Prosedur Pengambilan Anak Angkat - Part 2

August 20, 2013

Skarang dah tak pakai pampers! 


Kali nie i nak sambung tentang prosedur pengambilan anak angkat yang telah i lalui. Moga² pengalaman yang i kutip sepanjang pemohonan ini, dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka² yang berkenaan. Sharing is caring orang kata...

Prosedur pertama yang i beritahu korang pada entry lepas adalah mengenai laporan polis kan. pada korang yang baru je terjumpa blog tercomel i nie *wink comel jugaklah kan* boleh rujuk dekat entry ini kalau nak tahu lebih lanjut tentang laporan polis yang korang kena buat. 

http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/07/prosedur-pengambilan-anak-angkat-part-i.html#

Okey, selepas ada laporan polis, i rasa selamat sikit la. bagaikan diduga, nenek kepada si Dania nie, datang rumah i, dia kata nak 'pinjam' Dania buat jalan². Pinjam Dania hokey. Mana tak mengamuk Suami i. Nasib baik lah, pada ketika tu, Suami ada. kalau takde, tak tahu lah i, dapat tengok semula Dania atau tidak. Ada berlaku sedikit salah faham dan pertelingkahan pada hari tersebut. Kemudian, Nenek Dania buat laporan polis, mengatakan yang i dan suami menculik Dania! Wow! nasib baik ada laporan polis yang menyelamatkan kami semua. Alhamdulillah.So, laporan polis amat penting kalau korang tak ada apa² surat penyerahan.

Prosedur ke-dua, Permohonan di Pejabat Pendaftaran Negara

Sebenarnya, tak perlu terus ke Jabatan kebajikan Masyarakat dulu untuk proses pengambilan anak angkat, kalau korang dah ada anak yang korang nak ambil anak angkat Korang boleh terus buat permohonan dekat Jabatan Pendaftan Negara yang berdekatan.  Ada 3 borang yang perlu korang isi. Borang perihal kanak-kanak, Ibu dan bapa Angkat, Borang Penyerahan yang perlu di isi oleh ibu bapa kandung kanak-kanak, dan Borang Penerimaan yang di isi oleh ibu bapa angkat.

Disebabkan i tak dapat hubungi ibu kandung Dania, Maka kes i akan dirujuk kepada Jabatan kebajikan Masyarakat. Sekiranya, i dapat mengisi Borang Penyerahan daripada ibu bapa kandung Dania, Kes i tidak akan di rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Keputusan pengambilan cuma 7 hari waktu bekerja. 

Dokumen yang korang kena sediakan masa nak submit borang permohonan tu ialah :

  • Surat beranak asal kanak-kanak dan mykid sekiranya ada (dania takde mykid, mama dia simpan kot)
  • Sijil Nikah Asal dan fotostat
  • Kad pengenalan Pemohon, Asal dan fotostat.
rasanye ni je kot. Nanti kalau ada penambahan, i akan update iyeee... oooyeeee lupa nak bagitahu, bagi pemohon yang telah berkahwin, sila pastikan usia perkahwinan korang melebihi 2 tahun tau. kalau tak, permohonan akan ditolak. selain daripada itu, usia kanak-kanak angkat mestilah melebihi 2 tahun dalam penjagaan korang.


Nanti i akan update lagi.... bye!


You Might Also Like

27 Comments

  1. sijil nikah siapa ye? if yg nak ambil anak angkat tu x kahwin lg mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sijil Nikah ibu bapa angkat.
      Bagi orang bujang, saya tak berapa sure...
      kena refer JPN yang berdekatan..

      Delete
  2. oh. for me. pjg ceklist dia. addtional info...slip gaji, bil umah kalu jpn kajang nak cukai pintu...gambar ukuran poskad 4R, salinan ic n mykid (jika ada) dan surat izin atau penyerahan tu kene original.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke... kengkadang lain tempat lain pula document yg dia orang nak ekk... thanks utk additional info awak... ^__^

      Delete
    2. Lepas buat surat pendaftaran kelahiran baby, kena buat surat sumpah, kan. Lepas tu, anak boleh terus tukar ikut surname kami pada masa yang sama ke?

      Delete
    3. surat pendaftaran kelahiran bayi tu maksudnye surat beranak asli bayi kan.. yang warna hijau?
      surat sumpah kena buat untuk bagi kedua2 pihak. surat penyerahan bayi untuk ibu bapa kandung, dan surat penerimaan bagi ibu bapa angkat bagi

      simpan surat tersebut sehingga bayi berumur 2 tahun @ 2 tahun usia perkahwinan saudari dengan suami (bapa angkat)

      selepas 2 tahun, nama anak tidak boleh ditukar sepenuhnya mengikut ibu bapa angkat.
      kebenaran diberikan untuk menambah satu nama pada nama asal pada permulaan nama atau penghujung nama bayi. (bin / binti anak tersebut tidak ditukar kepada nama bapa angkat)

      harap dapat membantu!

      Delete
    4. Kalau pengesahan drpd ibu anak tu blh ke?bapa kandung xpenah ambil tahu pasal anak..jd kalau ambil.pengesahan drpd mak kandung shj blh ke?

      Delete
    5. Sy nk tnya..klu sy nk ambil anak angkat drpd ibubapa org asing..y xde surat lahir..mcm mn ea

      Delete
  3. Assalamualaikum

    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Saya mencari seorang anak lelaki yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024

    ReplyDelete
  4. Kepada sesiape yg Ade masalah,Dan nk bagi ank,atau biomom berhati-hati..kerana mereka semua adalah egan jual anak.dam akan menyamar sebagai IBU,bapa yg tk dapat mengandung,Dan mengambil kesempatan pade org susah terutamanye biomom yg nk BG baby..hati-hati bile mereka nk lihat dokumen anda atau bertayekan masalah.Sbb mereka Ade seribu alasan supaya Ade terpaksa serah anak.Dan jual pade org kaya.
    Matlumat si penipu
    Ain Arjuna
    Mawar mikayla
    Bibie elynadia rosdy tapi Ni fbook baru,dh kantoi dia tukar lain name Kak bibie jauzah mustafa
    Sy susah Ade gambar so gemok bertudung Ni
    Sy telah report polis at as mperdagangan anak.trtapi Semarang so penipu Ni masih ektif di internet,fbook,chat,WSPP hati -hati ye

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum saya nak tanya saya ada ambik anak angkat saya jaga 2 bulan dah pas tu bapak dia ambik balik selepas 11 hari bapak budak tu serah semula pada saya sekarang ni nak buat cam na nak pastikan bapak anak angkat saya tidak buleh mengambil semula anak dia....kalau ada cadangan buleh la kongsi ngan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      pn zaidah, ini adalah cadangan dr saye:
      1. seeloknya bawak si bapa kandung tu ke JPN untuk buat surat penyerahan anak angkat. Jika si bapa kandung enggan. Better buat laporan polis. sebagai langkah utk defence diri kite daripada tuduhan menculik. hati orang kite tak tahukan.. ape² boleh terjadi.

      2. dalam masa 2 tahun, ibu bapa kandung boleh ambil anak dia. saya rasa tidak ada alasan untuk kite tidak menyerahkan anak itu. kecuali ada surat penyerahan anak angkat dari JPN atau laporan polis. kalau ada mungkin kite boleh bawa kes ini ke mahkamah.

      3. yg terakhir, elakkan daripada berhubung dengan keluarga kandung (jika dah ada dokument yg sye ckp tu). nampak mcm kejam. tapi bila dah sesuka hati nak serah, sesuka hati nak ambil, nanti kite yg hadapi masalah. kann!

      p/s : kalau saye, mmg saye bawak lari jekk budak tu.. heheee

      Delete
  6. kes sy ni..parents baby tu xnk jmpe sy n xnk libatkn court. baby br 4 months old..dia cma kata akan bg dokumen baby n surat penyerahan je..perlu ke sy buat laporan polis atau terus ke jpn?




    ReplyDelete
    Replies
    1. pn Aishina,
      kes mcm ni, adalah lebih baik kalau pn pergi buat laporan polis. laporan polis ini sebagai pelindung kite sebenarnya. sebab kita takde hitam putih menjaga bayi ni kan...

      selepas tu settelkan document baby. kalau takde document bby susah kite nak buat permohonan anak angkat.. kalau dah ada sekurang²nya kad klinik baby kkira beruntung. sebab melalui kad klinik tu kite boleh dptkan salinan sijil lahir , sekiranya mak ayah baby tak dapat dikesan.

      Delete
  7. kalau parents tu xnk jmpe sy n just serah baby, dokumen baby n surat hitam putih..perlu ke buat report atau terus ke jpn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu ada laporan polis.. sbb laporan polis untuk lindungi kite dari sebarang tuduhan jenayah.. mana tahu kot² mak ayah dia tertiba jekk nak caj kita kidnap anak dia kan..

      selepas tu boleh terus g JPN, tanya mcm mana nak mohon surat anak angkat.

      Delete
    2. Assalam Puan Rozieta..kes saya pun mcm ni jugak..ibunya tak nak jmpe kami dan dokumen kelahiran baby takde sbb ibunya melahirkan di uma dan takde kad merah...dan saya pun telah buat report polis..tapi JPN tolak permohonan kami kerana perlukan ibu kandung hadir bersama...boleh puan tinggalkan no telefon puan utk saya mtk pandangan jika tidak keberatan...terima kasih
      Farhan - 0123182748

      Delete
    3. Assalam Puan Rozieta..kes saya pun mcm ni jugak..ibunya tak nak jmpe kami dan dokumen kelahiran baby takde sbb ibunya melahirkan di uma dan takde kad merah...dan saya pun telah buat report polis..tapi JPN tolak permohonan kami kerana perlukan ibu kandung hadir bersama...boleh puan tinggalkan no telefon puan utk saya mtk pandangan jika tidak keberatan...terima kasih
      Farhan - 0123182748

      Delete
    4. Haii farhan..
      awak boleh berhubung dengan kite dkt Facebook - Aqaisha hijab / aqaisha collections

      Delete
  8. Klu kawin bru 4 blan x blh kew...mmg trngn sgt nk ada bby

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu akk tak boleh kot.. 4 bulan tu baru lagi dik, perlu berusaha lebih key! hehe

      Delete
  9. Salam...laporan polis tu....kita sendiri yang taip atau karang...atau pun pihak polis yang taip surat tu...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laporan polis tu kena buat dkt balai polis. nnti polis yang akan tiapkan dan cop untuk awak...

      Delete
  10. Assalammualaikum puan. Sy de masalah tntg pengambilan anak angkat. Keluarga saya tak buat laporan polis, tapi kami ada surat akuan sumpah berkanun. Baru ni kami pergi ke JPN untuk daftar sebagai anak angkat la. Tp, mereka suruh kami buat balik surat akuan sumpah berkanun tu.. serius pening juga.. Puan bole wassap saya 011-16865110 (adda) untk memberi jawapan berkenaan soalan saya ni?? Terima kasih, saya harap puan dapat bantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam rabiatul.. boleh saye tahu mengapa pihak JPN mintak surat akuan sumpah yang baru...

      Adda boleh hubungi akk dekat facebook : Aqaisha Hijab's
      akk tggu ekk.. :)

      Delete
  11. salam saya nak tanya saya ada ambik anak angkat dah setahun sebulan...masa pengangkatan dekat jpn ibu dan bapa datang sekali....perlukah saya daftarkan anak angkat dekat jkm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Haii Hamnah, setahu saya, jika dah buat pengangkatan dekat JPN dan ibu bapa kandung hadir bersama. JKM tidak terlibat dalam process ini.

      Surat anak angkat dah dpt kan? so tak perlu lagi daftar dengan JKM.. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images