Aku Ingin Jadi Ibu Yang Lebih Baik

August 22, 2013

Sumber : Facebook

Haiiii Haii Haiii......
Selamat hari Raya kepada korang yang sudi singgah kat blog i. Walaupun lately, i jarang update cerita-cerita terbaru, tapi ada juga yang masih sudi menjengah blog i ni. Toceh Toceh! heheeeeee....

Life sebagai ibu, Isteri dan pekerja bukanlah sesuatu yang mudah. lebih² tugas sebagai ibu kepada 2 orang anak² yang aktif dan semakin membesar. Memerlukan tenaga yang super extra, Minda yang selalu berfikiran positif dan kesabaran yang amat tinggi.

Nama pun anak² kecil kan, apa yang mereka tahu, bermain, menyerak rumah, tidur makan. seronoknya jadi kanak² kan. Adakalanya tingkah laku dan percakapan mereka boleh mendatangkan kemarahan. adakalanya Soalan yang diajukan boleh buat kita terpingga-pingga nak jawab. heheheheeee... Kakak seringkali tanya soalan senang tapi i susah nak jawab. kalau lambat nak jawab dia marah. kalau dia marah, i pun tetiba jadi naik angin. haha! i memang seorang yang panas baran..!!

Sumber : Facebook

Tapi, selalunya, i akan pujuk anak i balik. i tak kan biarkan dia berkecil hati lebih dari 30 minit. walaupun puncanya dari sikap dan tingkah laku dia sendiri. I yang akan datang dekat dia, bertanya apa² dengan dia yang boleh buat dia bersuara. Sebabnya, dia takkan datang dekat kita bila dia tahu kita tengah marahkan dia. lebih² lagi bila dia dah dewasa dan boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Sebolehnya, i tak akan menjauhkan diri dengan anak i sekiranya i marah, walau marah macam manapun i, sebolehnya, i akan ada dekat dengan dia. supaya dia tak rasa tersisih, tak rasa keseorangan. Itu yang selalu buat bila berhadapan dengan kakak. 


Adakala percakapan dia buat i terasa hati, ada juga bila dia marah, keluar kata² yang agak tak elok untuk usia dia, adakalanya dia memberontak. Tapi sebolehnya, i akan sabarkan diri. Tidak sesekali i akan doakan perkara yang tidak elok untuk dia, tidak sesekali marahkan dia sehingga tidak boleh maafkan dia.  kerana dia anak i, anak yang i sayang. Sayang sampai hujung Nyawa! Muaaaaah!


Sayang anak-anak ibu ketat².......

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images