Sukaneka Tadika Aulad Bestari

July 31, 2013

walaupun cerita ini agak basi, tapi nak jugak cerita.... saja nak mendokumenkan saat² yang best dalam hidup. kot² nanti boleh terlupa, boleh tengok balik blog nie. kot² mana tahu bila dania dah besar, terjumpa blog ibu dia, mesti dia tersenyum kembang kempis hidung bila baca entry mengenai dia. kan kan! itu bagusnye ada blog. umpama diary tak rupa dairy. heheheee...

Sukaneka ini merupakan sukanekan pertama untuk Nur Iman Dania. maka dia kena bangun seawal 6.45 pagi. bukan mudah tahu nak kejutkan dia bangun. sedangkan pukul 9 pagi pun payah nak bangun, nie kan pula nak bangun 6.45 pagi. lepas bangun mesti nak susu sebotol. kalau minum sekali sedut tak pe. ini siap berangan. setengah jam pun belum tentu nak habis. hahahahaaa.. maka mula lah mulut i nie nak berleter....

Sepanjang sukaneka tu, i memang salute la dekat cikgu² tadika yang penuh kesabaran melayan kanak² yang terlebih aktif, yang susah nak dengar kata. fuhh memang mencabar lah. i yang ada dua orang anak kecik nie pun huru hara rasanya kalau bawa pergi mana²...

pada hari tu, kakak belajar pasal amalan memberus gigi bersama kodomo Lion. dekat ini, orang² Kodomo Lion bercerita. budak² kan suka bercerita. Sekarang ni, pantang makan, mesti gosok gigi. sampai habis basah semua baju setiap kali dia gosok gigi. Tak ape lah kakak, asalkan kakak rajin gosok gigi, ibu tak kisah salin berapa kali baju pun.

Lepas dari acara bercerita barulah acara sukaneka bermula. kakak sesi kedua. murid² berumur 4 tahun tidak bercampur dengan sukaneka kanak² lebih tua daripada mereka. 

Nur Iman Dania masuk acara bawa bola dalam sudu. Dan.. yeahh! kakak menang! i pulak terlonjak² gembira! hahahaaaa














Dah hampir penghujung Ramadhan kan? tahun depan tak tahu dapat jumpa bulan Ramadhan lagi ke tidak...

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images