Persiapan Hari Raya Part 1

July 31, 2013

Kita dah pun berada di minggu akhir Ramadhan kan? Persiapan raya korang macam mana? yang pastinya dan sebolehnya jangan membazir. Pada i, persiapan i lebih tertumpu pada anak-anak i. Disebabkan i terpaksa bekerja pada minggu² akhir bulan puasa ni, maka i decide untuk buat persiapan raya secara online je. menjimatkan masa dan tenaga. Al-maklum aje lah, cuaca yang panas terik bergini boleh buat i nak pitam. lagi² bila terpaksa bersesak dengan orang ramai di tambah pulak dengan kelasakan anak bujang i. tu semua boleh mengundang kekurangan pahala puasa. buat penat puasa je kan, kalau asyik marah² dalam hati.

banyak barang jugak lah i beli secara online, antaranya...




hahaaaa.. tahun nie, i pulun habis beli kasut. semuanya i beli dekat zalora. range harga antara Rm 39.00 hingga RM 49.90. heheeeeee... kalau korang lihat, semua kasut flat i beli. antara sebab kenapa i beli kasut flat ni, sekarang ni kan i tengah pregnet, pastu anak bujang i nie, kalau terlepas dari stroller, boleh lari 400 kilometer sejam tahu. so, kalau lah waktu tu i pakai heel tak pun wedges, mahu haru i jatuh tersungkur. heheeee

ini baru bahagian ibu. ada gak bahagian anak. tapi tunggu next entry ye.. bahagian ayah, tunggu malam raya baru pergi beli. sebab suami i nie cerewet. biar dia beli dan rasa ape yang dia nak. kang beli² dekat online, dia tak berkenan pulak.


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images