Wednesday, July 31, 2013

Majlis Cabutan Bertuah

Bulan April hari tu, i ada war-warkan yang tempat kerja i ada buat promosi barangan Samsung dan akan mengadakan acara cabutan bertuah.. pada bulan Mei hari tu, maka berlangsunglah acara julung-julung kali diadakan oleh pihak syarikat. walaupun ada banyak kekurangan di sana sini, harap² semua pelanggan yang hadir dan pemenang cabutan bertuah tu, berpuas hati dan enjoy dengan makanan dan gelagat manusia-manusia yang hadir. Segala kekurangan akan diperbaiki pada masa akan datang.








































maaf ler, gambar bersepah dan tak ade caption nak letak.. dasar pemalas!

Persiapan Hari Raya Part 1

Kita dah pun berada di minggu akhir Ramadhan kan? Persiapan raya korang macam mana? yang pastinya dan sebolehnya jangan membazir. Pada i, persiapan i lebih tertumpu pada anak-anak i. Disebabkan i terpaksa bekerja pada minggu² akhir bulan puasa ni, maka i decide untuk buat persiapan raya secara online je. menjimatkan masa dan tenaga. Al-maklum aje lah, cuaca yang panas terik bergini boleh buat i nak pitam. lagi² bila terpaksa bersesak dengan orang ramai di tambah pulak dengan kelasakan anak bujang i. tu semua boleh mengundang kekurangan pahala puasa. buat penat puasa je kan, kalau asyik marah² dalam hati.

banyak barang jugak lah i beli secara online, antaranya...




hahaaaa.. tahun nie, i pulun habis beli kasut. semuanya i beli dekat zalora. range harga antara Rm 39.00 hingga RM 49.90. heheeeeee... kalau korang lihat, semua kasut flat i beli. antara sebab kenapa i beli kasut flat ni, sekarang ni kan i tengah pregnet, pastu anak bujang i nie, kalau terlepas dari stroller, boleh lari 400 kilometer sejam tahu. so, kalau lah waktu tu i pakai heel tak pun wedges, mahu haru i jatuh tersungkur. heheeee

ini baru bahagian ibu. ada gak bahagian anak. tapi tunggu next entry ye.. bahagian ayah, tunggu malam raya baru pergi beli. sebab suami i nie cerewet. biar dia beli dan rasa ape yang dia nak. kang beli² dekat online, dia tak berkenan pulak.


Sukaneka Tadika Aulad Bestari

walaupun cerita ini agak basi, tapi nak jugak cerita.... saja nak mendokumenkan saat² yang best dalam hidup. kot² nanti boleh terlupa, boleh tengok balik blog nie. kot² mana tahu bila dania dah besar, terjumpa blog ibu dia, mesti dia tersenyum kembang kempis hidung bila baca entry mengenai dia. kan kan! itu bagusnye ada blog. umpama diary tak rupa dairy. heheheee...

Sukaneka ini merupakan sukanekan pertama untuk Nur Iman Dania. maka dia kena bangun seawal 6.45 pagi. bukan mudah tahu nak kejutkan dia bangun. sedangkan pukul 9 pagi pun payah nak bangun, nie kan pula nak bangun 6.45 pagi. lepas bangun mesti nak susu sebotol. kalau minum sekali sedut tak pe. ini siap berangan. setengah jam pun belum tentu nak habis. hahahahaaa.. maka mula lah mulut i nie nak berleter....

Sepanjang sukaneka tu, i memang salute la dekat cikgu² tadika yang penuh kesabaran melayan kanak² yang terlebih aktif, yang susah nak dengar kata. fuhh memang mencabar lah. i yang ada dua orang anak kecik nie pun huru hara rasanya kalau bawa pergi mana²...

pada hari tu, kakak belajar pasal amalan memberus gigi bersama kodomo Lion. dekat ini, orang² Kodomo Lion bercerita. budak² kan suka bercerita. Sekarang ni, pantang makan, mesti gosok gigi. sampai habis basah semua baju setiap kali dia gosok gigi. Tak ape lah kakak, asalkan kakak rajin gosok gigi, ibu tak kisah salin berapa kali baju pun.

Lepas dari acara bercerita barulah acara sukaneka bermula. kakak sesi kedua. murid² berumur 4 tahun tidak bercampur dengan sukaneka kanak² lebih tua daripada mereka. 

Nur Iman Dania masuk acara bawa bola dalam sudu. Dan.. yeahh! kakak menang! i pulak terlonjak² gembira! hahahaaaa














Dah hampir penghujung Ramadhan kan? tahun depan tak tahu dapat jumpa bulan Ramadhan lagi ke tidak...