Sempena Sambutan hari Guru 2013

June 04, 2013

amboii kemain lambat entry kali ini kan? nak kata sibuk, tak la sesibuk mana. cuma ketika itu, i sibuk dan kemaruk nak habiskan tengok cerita korean Faith a.k.a The Great Doctor. itu yang tak ada semangat nak update blohg. heheheeeee..

okey, berbalik kepada tajuk entry hari ini, i memang sedia maklum yang 16 Mei hari itu, adalah sambutan hari guru. tapi tak terlintas langsung nak bagi hadiah ke, apa ke, sebab i tak terfikir yang anak i dah sekolah. hah! masa sekolah dulu, bila tiba waktu sambutan hari guru, i paling liat nak pergi sekolah. sebab boring! haha.. maaflah ye cikgu² semua.

macam biasa, lepas balik kerja, i ambik anak² i dekat rumah mak mertua i. bila kakak nampak je muka i,dia cakap " ibu, nia nak hadiah 5. nak bagi hari guru esok! hahahah.. baru tersedar yang i sememangnya patut sediakan hadiah untuk cikgu² dekat tadika anak i. So, sebagai jalan penyelesaian,esok pagi² i belikan 5 bar coklat cadbury. kasi cikgu² semua kenyang. heheheeee....

Sebelum cuti sekolah bermula, tadika anak i buat sambutan hari guru. sekali lagi anak i pesan, cikgu suruh bawak kuih! hahaha..... macam² cikgu pesan ye kakak. tapi tak ape la, seronok juga ada anak yang bersekolah ni. macam² benda nak kena sediakan. 

nama pun i ni ibu modern sesangat. mana la i pandai buat kuih. goreng jemput² pun tak lepas. kesudahanya, i buat kat cupcake. itu je la yang i pandai buat. apa² pun. ini merupakan pengalaman yang amat berharga menjadi seorang ibu. priceless!



i sibuk² paipkan cream dekat atas cupcake, anak bujang i tolong i menyerak dekat dapur. perhhh! terpaksa biarkan dia dengan periuk belangga kesukaan dia seketika. kalau tidak, memang tak kan siap la cupcake untuk kakak bawak pergi sekolah nanti.





masa sambutan hari guru hari tu, kakak dibenarkan memakai pakaian bebas. so, i pakaikan peplum untuk kakak siap shawl lagi. hehehehee.... tapi peplum tu tak bagai peplum baju tu longgar. hehehe...


jangan ditanya hidung dia kembang ikut sapa? hehehe.....

besarnye lombong anak ibu nie.. hehehehee

You Might Also Like

1 Comments

  1. yummeyhhh nya cup cakes tu..salam kenal..jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images