Burger Bakar Abang Burn

May 13, 2013

Assalamualaikum...
Haiiii... rindu dekat kite tak? hahaha.. kemain lama menyepi kan. semenjak kemaruk tonton cerita Faith the great doctor secara online. mood nak menulis blog down secara tiba² sebab nak cepat² nak tahu kesudahan cerita tu.. hahaha.. maybe korang akan cakap cerita tu dah lama. hah! memang kena mengaku pun cerita tu memang dah lama, tapi baru ni ada kesempatan nak layan. apa pun jalan ceritanya memang menyeronokkan sangat.

okey kita stop cerita korea tu ek.. i memang khusyuk bila tengok cerita korea ni. ok! ok! stop! kita cerita pula pasal makanan. kita cerita pasal fenomena Burger abg Burn. i pernah cerita kan pasal burger bakar yang i pernah makan dekat entry ini  http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/01/jb-burger-bakar-taman-kota-masai.html tapi sayang kejap je dah tutup. mungkin disebabkan faktor menunggu burger bakar tu siap yang makan masa 30 minit. terus lingkup. isk isk kesian.

Tapi dengan Burger Bakar Abang Burn, fuhh! sekejap je dah siap., belum pun air yang i order sampai, burger premium yang i order dah siap. Daging Burger yang mampat tebal. memang mengenyangkan. terlepas juga la gian nak makan burger bakar setelah burger bakar dekat kota masai tu tutup. Pada hari tu, i order Abg Burn Premium Burger Bakar. rata-rata orang cakap, burger premium nie sedap sangat. tapi disebabkan pada ketika itu i tengah diet, so i makan dagingnya aje la.. so tak dapat la nak rasa dan bagi preview kat korang bezanya burger bakar biasa dengan burger bakar premium nie. heheh.. diet la sangat kan. Adik dan hubby i order menu baru Abang Burn iaitu Meatball Abang burn. kalau orang-orang Johor nie teringin nak makan Meatball dekat Ikea tu, boleh la cuba meatball abang burn. hehehe... rasanye tak tahu la sama ke tidak, tapi dari segi rupa macam sama..

Burger Bakar Abang Burn
Gerai No 1, Mewah Cafe
Today's Market,
Bandar Seri Alam, Masai Johor

Waktu Operasi : 5 pm - 12.30 am





i dah berjaya turunkan berat badan i, 4 kilogram. Suami i pun sama! sama² berlumba sapa dapat turunkan berat badan yang paling banyak! satu persaingan yang positif. hehehe

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images