Bila Kakak Kena paksa buat keje sekolah

May 14, 2013

Pejam celik dah 5 bulan kakak sekolah. banyak peningkatan yang i dapat lihat pada dia. terutama dalam bab menghafal. kalau dulu asyik menghafal lagu aje kan. sekarang ni dah mula menghafal doa² harian dan juga Ayat-ayat lazim serta bermacam² jenis selawat.

seronok bila dia leka baca selawat kalau time bermain dengan anak patung dia. siap berbuai anak patung dia tahu. dia dodoikan anak patung dengan selawat! hahaha.. cute nye anak ibu nie.

sebelum makan, mesti dia ingatkan i, "ibu, jangan lupa baca doa". hehehe.. kalau dia nampak i tengah makan, dia mesti tanya, "ibu tak baca doa ekkk".. heheheheheeeeeeeeee Sebelum tidur mesti baca ayat² lazim. Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan  Surah An-Nas. 

Aktiviti yang kakak suka adalah mewarna! sekarang ni dah tahu beberapa warna yang asas. tapi yang paling liat dia nak buat adalah kerja sekolah.! fuhhh! memang payah sikit nak suruh dia buat kerja sekolah. Macam² alasan. sakit mata lah, gatal sana lah, gatal sini lah. sampai ke tahap, mama kena pegang pensil dia. kalau tak mama yang pegang, kak Najwa  pula kena pegangkan. tapi kalau dengan i, i biasakan dia buat kerja sekolah dengan usaha sendiri. biarpun tak cantik, tak dapat bintang dari cikgu, asalkan hasil tulisan tu adalah dari usaha dia sendiri. sebab tu, setiap kali i yang handle kerja sekolah dia, memang Nenek dia bising. kata i nak dera anak. iskiskkk! takde la sampai nak mendera. i cuba nak dia berdisplin dan tahu tanggungjawab dari usia yang muda. 

yang sebenarnya, kakak memang pandai buat kerja sekolah, tapi memandangkan dia menjadi anak emas semua orang, itu yang menyebabkan dia besar kepala sikit. tapi apa pun, ibu bangga kakak dapat siapkan semua kerja sekolah kakak dengan sempurna. harap² tahun akan datang, kakak dapat buat kerja sekolah dengan bantuan yang minimum dari orang lain. 



Muka Moyok je bila kena marah dengan i, tapi tak pe bila kakak dah dewasa, kakak akan faham kenapa ibu marah kakak hari ini

Galaxy kesayangan i dah kondem! wahh!! tak boleh nak beronline bersosial macam biasa..

You Might Also Like

1 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images