Remote Control dan penjagaannya

April 14, 2013

Zaman yang serba serbi maju, maka wujudlah teknologi yang memudahkan lagi kehidupan manusia di muka bumi ni, kan? Antara teknologi yang sekian lama wujud yang digunapakai untuk memudahkan kehidupan kita ialah remote control atau dalam bahasa melayunya alat kawalan jauh.

Kebanyakkan sistem audio dan sistem video menggunakan remote control, kipas angin dan.air cond pun ada remote control. Remote control untuk mesin basuh peti ais dan.dapur belum ada saintis ciptakan lagi heheee.
Remote control ni sebenarnya sangat sensitif pada hentakkan. So, ibu bapa terutamanya hendaklah memastikan bahawa remote control bukannya salah satu alat permainan anak anda. Kebiasaannya, anak2 merupakan penyumbang terbesar kerosakkan remote control. Kalau anak i aufa, remote control ni macam bola dia buat, main campak2. Lepas tu bila battery dia tercampak , kemain suka! Bukan setakat tu aje, dia jugak gemar tutup tv guna remote bila kite tengah syok mengadap cerita2 best. Hahaaa... Terselit pulak cerita tentang anak...

Selain dari menjauhkan remote ini daripada kanak2. Kita juga harus memastikan remote control tidak menggunakan.battery yg mempunyai mAh yang tinggi macam rechargeable battery, battery akali, long life battery. Mesti korang akan tanya kenapa? Sebabnye mAh yang tinggi akan menyebabkan kerosakkan pada remote pada jangka masa panjang. Dan seharusnya battery perlu ditukar selewatnya 6 bulan selepas penggunaan. Kerana dikuatiri batteri yang terlalu lama penggunaanya akan cair dan mengeluarkan cecair yang ada dekat dalam bateri dan seterusnya akan menyebabkan cecair tersebut terkena pada barang2 elektronik pada remote tersebut.

So paling selamat, gunalah batteri yang murah dan tidak.berjenama untuk remote control masing2. Biar selalu tukar battery daripada tukar remote control.

Sebenarnya, remote control boleh dibeli. Bagi tv, remote control mudah di dapati. Tetapi bagi barangan lain seperti kipas angin, home theater dan air.cond kebanyakkan.perlu di.tempah dahulu supplier. Nama pun dari supplier kan, sudah semestinya remote control itu adalah yang original dan comfirm.harganya memang lah mahal.. Kalau remote control tv dan juga astro, kita boleh dapat yang bukan original dengan harga yang murah. Kesimpulannya, sayangilah remote control korang semua...!!



You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images