Anak Angkat - Keputusan Temuduga Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

April 12, 2013

Haiii semua! Kenalkan Baby baru i Nur Iman Dania Rashidi.Alhamduillah, berkat doa dan juga usaha dan dengan izin-Nya, budak kecik yang mulut dia macam mak nenek nie, telah pun dengan rasmi menjadi anak angkat i mengikut undang-undang. YeeeHoooo! 


gembira tak? i memang gembira tak terkata. dah tak payah nak berebut-rebut dengan mama dia, tak payah nak risau tentang perkara² yang remeh temeh. Dah boleh bukak buku bank, daftar PTPTN. boleh buat medical insurance! wow! banyak sungguh perkara yang nak i buat untuk kakak.

Sekarang ni, kalau ditanya nama dia sapa. Dia akan sebut penuh " Nur Iman Dania Rushidi (Rashidi). heheeee! kemain rapat dengan ayah dia sekarang. Jangan lah nak cuit² ganas dengan ayah dia. Kakak dan jadi bodyguard ayah sekarang! menci! menci! dah la ramai orang cakap, muka seiras ayah dia. Ermmmm tang mana seiras pun tak tahu la.....

Nanti i akan update cara bagaimana i buat sehingga dapat surat anak angkat daripada JPN okey!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images