Sunday, April 14, 2013

Remote Control dan penjagaannya

Zaman yang serba serbi maju, maka wujudlah teknologi yang memudahkan lagi kehidupan manusia di muka bumi ni, kan? Antara teknologi yang sekian lama wujud yang digunapakai untuk memudahkan kehidupan kita ialah remote control atau dalam bahasa melayunya alat kawalan jauh.

Kebanyakkan sistem audio dan sistem video menggunakan remote control, kipas angin dan.air cond pun ada remote control. Remote control untuk mesin basuh peti ais dan.dapur belum ada saintis ciptakan lagi heheee.
Remote control ni sebenarnya sangat sensitif pada hentakkan. So, ibu bapa terutamanya hendaklah memastikan bahawa remote control bukannya salah satu alat permainan anak anda. Kebiasaannya, anak2 merupakan penyumbang terbesar kerosakkan remote control. Kalau anak i aufa, remote control ni macam bola dia buat, main campak2. Lepas tu bila battery dia tercampak , kemain suka! Bukan setakat tu aje, dia jugak gemar tutup tv guna remote bila kite tengah syok mengadap cerita2 best. Hahaaa... Terselit pulak cerita tentang anak...

Selain dari menjauhkan remote ini daripada kanak2. Kita juga harus memastikan remote control tidak menggunakan.battery yg mempunyai mAh yang tinggi macam rechargeable battery, battery akali, long life battery. Mesti korang akan tanya kenapa? Sebabnye mAh yang tinggi akan menyebabkan kerosakkan pada remote pada jangka masa panjang. Dan seharusnya battery perlu ditukar selewatnya 6 bulan selepas penggunaan. Kerana dikuatiri batteri yang terlalu lama penggunaanya akan cair dan mengeluarkan cecair yang ada dekat dalam bateri dan seterusnya akan menyebabkan cecair tersebut terkena pada barang2 elektronik pada remote tersebut.

So paling selamat, gunalah batteri yang murah dan tidak.berjenama untuk remote control masing2. Biar selalu tukar battery daripada tukar remote control.

Sebenarnya, remote control boleh dibeli. Bagi tv, remote control mudah di dapati. Tetapi bagi barangan lain seperti kipas angin, home theater dan air.cond kebanyakkan.perlu di.tempah dahulu supplier. Nama pun dari supplier kan, sudah semestinya remote control itu adalah yang original dan comfirm.harganya memang lah mahal.. Kalau remote control tv dan juga astro, kita boleh dapat yang bukan original dengan harga yang murah. Kesimpulannya, sayangilah remote control korang semua...!!



Friday, April 12, 2013

Anak Angkat - Keputusan Temuduga Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Haiii semua! Kenalkan Baby baru i Nur Iman Dania Rashidi.Alhamduillah, berkat doa dan juga usaha dan dengan izin-Nya, budak kecik yang mulut dia macam mak nenek nie, telah pun dengan rasmi menjadi anak angkat i mengikut undang-undang. YeeeHoooo! 


gembira tak? i memang gembira tak terkata. dah tak payah nak berebut-rebut dengan mama dia, tak payah nak risau tentang perkara² yang remeh temeh. Dah boleh bukak buku bank, daftar PTPTN. boleh buat medical insurance! wow! banyak sungguh perkara yang nak i buat untuk kakak.

Sekarang ni, kalau ditanya nama dia sapa. Dia akan sebut penuh " Nur Iman Dania Rushidi (Rashidi). heheeee! kemain rapat dengan ayah dia sekarang. Jangan lah nak cuit² ganas dengan ayah dia. Kakak dan jadi bodyguard ayah sekarang! menci! menci! dah la ramai orang cakap, muka seiras ayah dia. Ermmmm tang mana seiras pun tak tahu la.....

Nanti i akan update cara bagaimana i buat sehingga dapat surat anak angkat daripada JPN okey!

Paper Work Selepas Hari promosi

Entry sebelum ini, i ada cerita yang kedai tempat kerja i buat promosi untuk promote barang² samsung. Seronok tahu bila waktu promosi ini. Sebab ketika itu, kita orang tidak digalakkan buat paper work. jadinya i dan kengkawan semua bersidai dekat kaki lima kedai. Sementara tunggu customer datang, kami, ramai² pulun tengok maharajalawak jozan dekat Samsung LED 46". kahakhhakhh! nasib baik bos kali ini agak sporting. terima kasih bos!

Bila habis promosi ni, yang buat i pening kepala adalah paperwork! menimbun-nimbun. itu pun i dah ada settlekan sebahagian semasa promosi. tak nak kumpul kerja terlalu lama. sambil² buat paperwork, sambil² update blog. hahaaaaa! lama bebenor tak dapat nak update blog. Al maklum aje la, kat rumah tak ada pc.. hehehehehe!


Banyak benda nak cerita kat korang ni, terutamanya pasal anak angkat! keputusan permohonan anak angkat i dah keluar tahu!