Tesco Seri Alam Indoor Playground

March 06, 2013

Kalau bercerita tentang Taman Permainan ni, i lebih prefer outdoor playground. sebab utamanya, i sukakan suasana yang nyaman waktu petang dengan terik matahari waktu petang dan angin yang bertiup. Dekat pasir gudang ni, banyak outdoor playground untuk anak² dan jugak untuk ibu bapa. tapi kali ni bukan nak cerita pasal outdoor playgound tapi nak cerita pasal indoor playgound.

kebanyakan indoor playground ada dekat shopping complex. sambil membeli belah boleh bagi anak² rasa gembira main dekat playground kan! tak kan mak bapak je nak rasa seronok shopping kan. Tapi i rasa enjoy bila ada dekat taman permainan ini.  bila tengok muka anak² yang tersengih memanjang, i pun rasa happy!

kemarin, Aufa tak berapa nak sihat sangat. Tapi mood nak bermain tu ada. di sebabkan waktu tu asyik hujan aje, i dan suami decide nak bawak mereka pergi bermain dekat Tesco Seri Alam Indoor Playgound. Indoor playgound ni terletak berhadapan dengan food court. memang kedudukan yang stategik. bagi ibu bapa yang anak² mereka dah besar panjang dan pandai menjaga diri, boleh melepaskan anak² mereka bermain dekat sini dan mak bapa boleh makan dekat food court sambil memantau keadaan anak² mereka. kan?

Anak i kecil lagi, walaupun kakak dah besar tapi i tak sanggup lagi nak lepaskan dia pergi sorang ke kawasan ni. heheee.. memang was² kalau dia tak ada dekat depan mata. i dan suami bawa anak² masuk dekat indoor playground dengan harga RM 3.00 seorang untuk 2 jam. Ibu bapa pun boleh masuk untuk mengawasi anak masing².iye la, budak² kalau dah excited bermain, ada aje kemalangan yang tak di ingin berlaku kan.











Adik suka sangat main kuda hijau tu. benda lain tak menarik perhatian dia..

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images