Tahun Pertama Ke sekolah

March 06, 2013

Lambatnya i nak post entry pasal persekolahan dania. sekarang ni dah masuk bulan ketiga Dania bersekolah. Mak i tak berapa setuju sebenarnya bila i nak sekolahkan dia pada usia 4 tahun ni. Tapi memandangkan cabaran berkenaan hal akademik pada masa ini memang tercabar sangat, i ambil keputusan untuk dia sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.


Alhamdulllah, sepanjang bersekolah ni, takde timbul lagi mood tak nak sekolah. Mula² sesi persekolahan tu, setiap kali nak balik, kena pancing dia pergi kedai baru nak balik. Dia tak nak balik!! mungkin rasa seronok bila ada dekat sekolah agaknya. Tapi sekarang ni, jarang sikit pergi kedai. bila time balik, senang je dia nak balik. maybe pada tahap ni, dia dah tahu, waktu balik kena balik.

Sekarang ni, dia dah mengenal huruf vocal. sistem pembelajaran juga tak sama dengan i dulu. sebutan huruf pun tak sama. untuk memantau pembelajaran Nur iman Dania, i pun turun serta belajar macam mana dia belajar. heheeee....! nasib baik ada cikgu kat sana tak lokek ilmu dengan i. Selain mengajar anak i, mereka terpaksa juga mengajar i. hahaaa!



Sebelum pergi sekolah mesti layan upin ipin yang i download daru Youtube! Aktiviti wajib!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images