Siakap Goreng Kedai Makan Rahmat

March 24, 2013

Bila i dan officemate berkumpul dan berborak² kosong, untuk mengisi masa lapang setelah Boss keluar makan, topic utama perbicaraan adalah tentang makanan. Bila Tengok Tv bila tak ada cerita menarik dekat TV3 pukul 7 malam tu, cepat² cari Channel 5 yang selalu buat tayangan cerita tentang makanan yang sedap²... haha! bergitu fanatiknya kami tentang makanan. jadi tak heran la bila badan kami semuanya bersize L. berbicara pasal makanan nie, mood yang suam boleh jadi ceria tahu!!

kali ni nak cerita pasal satu tempat makan dekat pasir gudang yang special. jangan tak tahu dekat sini pun ada juga jual makanan yang lain dari lain. Bagi orang Pasir Gudang, Kampung Pasir Putih merupakan tempat makanan yang sedap². dekat sini ada jual Nasi Ayam penyet yang super sedap, ada warong yang jual pelbagai sup yang murah, ada gerai yang jual rojak petis yang bahan² dia macam nak bagi family makan. hehehe! semuanya tertumpu dekat sini.

Apa yang I nak cerita dekat sini, adalah tentang Kedai Makan Rahmat. 

Kedai Makan Rahmat
No. 1, Jalan Pantai
Kampung Pasir Putih
81700 Pasir Gudang, Johor

Tel : 07-271 1770  Hp : 019-740 8847

Waktu Operasi : 10.30 Pagi hingga 3.30 petang setiap hari


Jika niat hari korang nak makan pada waktu tengah hari, adalah dinasihatkan korang call buat booking dulu. kalau tidak, korang comfirm kena berdiri lama untuk dapatkan tempat duduk. Kedai makan ini, menjadi tumpuan pekerja² kilang di sekitar pasir gudang untuk makan tengah hari. kebiasaanya waktu yang paling sibuk adalah antara pukul 1.00 petang hingga 2 petang. 

Apa yang specialnya kedai makan ini, menu utamanya iaitu Siakap Goreng, Ikan siakap yang super besar digoreng dengan sisik. sisik ni korang boleh makan. ranggupnya macam korang makan keropok. ikan tu dorang goreng dengan garam je tahu!

Selain daripada ikan siakap, ada juga udang goreng. cara dorang goreng udang ni pun sama dengan ikan jugak. hanya garam dan digoreng garing. kalau letih nak kopek kulit udang tu, korang makan je dengan kulit² dia. tapi jangan terlalu gelojoh pulak je.. kang ada pula yang tercekik!

selain menu utama seperti ikan dan juga udang tu. mereka turut menghidangkan pelbagai lauk lain seperti, sambal tempe, sambal ikan bilis, rendang daging, ayam masak sambal, pelbagai sayur dan minuman. Air yang paling i gemar adalah Ais limau! mereka blend limau kasturi tu tahu, bukan main perah² je. 

Suasana kedai makan yang terletak di atas persisiran pantai, korang boleh lihat aktiviti nelayan memunggah kupang dan ketam dekat sini. sambil tu boleh jenguk² pemandangan Singapore daripada kedai makan ni.


DYMM Sultan Johor merasmikan kedai ni pada tahun 1986. Fuhh!! lama betul la kedai makan ni bertahan!

Aktiviti nelayan memunggah kupang. Nak beli kupang fresh pun boleh!


Kebanyakkan meja dah pun ditepek "reserved"

Besarrrrr ikan siakap ni tahu!


menu makan tengahari kami 
Banyak lagi tempat makan yang best dekat kampung pasir putih ni, Insaa Allah, i akan usahakan buat entry untuk itu ye!






You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images