Produk penjagaan Kulit Bayi TEDDY

March 22, 2013

Bayi dilahirkan dengan kulit yang sangat halus. i suka pegang bahagian jari yang comel² tu. ramas kuat².. hehheee. lembut dan harumnya bau dia. Tapi kalau nak kulit anak kita kekal lembut macam tu, kena lah jaga kan. ada juga bayi yang dilahirkan dengan kulit yang mengelupas. macam Muhammad Aufa Tahqif, kulit dia memang tak halus, jari² dan muka dia ada kulit yang mengelupas. Mungkin akibat daripada i suka sangat minum ais masa mengandung. -___- pulak tu, jarang sangat minum air kelapa. Maklum aje la mak i moden sangat. lagi pula dia pun dah lupa petua-petua lama. anak pun dah besar panjang semuanya. ^__^

mari i kenalkan korang dengan TEDDY. diperbuat daripada campuran ekstrak tumbuhan iaitu Liquorice, Green Tea, Rosmary, Gotu Kola, Chamomile, Skullcap dan Japanese Knotweed . Mengandungi Minyak Jojoba semula jadi dan ekstrak Almond untuk melindungi dan menambah kelembapan  pada kulit bayi.

I suka sangat guna Losyen TEDDY.. bukan setakat anak² je boleh guna, mak-mak yang nak kulit sehalus kulit bayi pun boleh guna. Losyen Teddy ni kalau kita guna selepas mandi, effect harum memang kekal lama. lepas tu bila dah kering, terasa macam pakai bedak. Selain tu, apa yang paling i suka, kuantiti losyen tu adalah 350ml dengan harga yang sangat murah. Kalau tak ada promosi pun, harga dia sebotol kalau tak silap Rm 8.90. Murah kan? 

Bedak Teddy pula diperbuat daripada sebuk tepung jagung tulen dan diperkaya dengan Aloe Vera organik, Chamomile dan extrak calendula untuk menenangkan kulit. Mempunyai bau semula jadi tanpa pewangi. Kalau tepek kat muka dan badan anak kita, takde bau pewangi ape². yang kita dapat hidu adalah bau harum original anak kita. pastu boleh cium anak² tu sepuas hati. muuahhaaaaaa!ianya diperkaya dengan Aloe Vera organik, Chamomile dan extrak calendula untuk menenangkan kulit

Yang paling best adalah Teddy baby Nappy Cream ni sangat elok untuk ruam lampin, gigitan nyamuk dan apa jua kegatalan pada kulit anak kita. Tidak berminyak dan tidak mengandungi Minyak mineral sekaligus memerikan effect kering pada kulit bayi.

Teddy Baby Oil pula i selalu gunakan ketika Muhammad Aufa ada masalah scalpe pada kulit kepala dia. Diperbuat daripada minyak zaitun dan bersifat menyejukkan.

Banyak pilihan untuk rangkaian produk penjagaan kulit bayi dekat pasaran, sebelum membuat keputusan untuk membeli, adalah lebih baik korang beli produk yang dalam package botol kecil. Ada diantara produk-produk ini mungkin tidak bersesuaian dengan kulit anak-anak korang




You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images