Perlukah Menimbang Berat Badan Setiap Hari ?

March 15, 2013

Sumber : Facebook Health & Wellness Today


Bila mula berdiet, nampak je alat penimbang, semangat melonjak² nak tahu berat badan terkini. Duit Syiling 20 sen mesti ada dalam dompet. hehehe! tapi perlu kah menimbang berat badan setiap hari? kebanyakkan orang berpendapat menimbang berat badan setiap hari akan membuatkan mood down bila tengok meter alat menimbang tu tak berubah², lagi mengharukan meningkat naik!! selepas itu, bila terjadinya keadaan ini, mula la stress dan makan dengan berlebihan. itu pendapat kebanyakkan orang, tapi pada pendapat i lain. i suka timbang berat badan setiap hari! kenapa?

Sebab utama, i dapat pantau perubahan berat badan i. walupun 100 gram berubah turun atau naik sangat penting. Kalau turun, Alhamdulillah. itu maknanya, makanan yang i ambil pada hari tu menyihatkan dan senaman yang i amalkan bersesuaian dengan metabolisma badan i. Jika naik pula, itu bermakna pemakanan i pada hari tu, sangat-sangat tidak elok. So, dengan result perubahan berat badan setiap hari membolehkan i membuat keputusan cara makan dan senaman yang elok pada hari berikutnya. 

Jika hendak menimbang setiap hari, dinasihatkan supaya menimbang pada waktu yang sama dan ditempat yang sama. lebih elok kalau guna timbang digital. kerana memberikan keputusan yang lebih tepat. Waktu pagi dan selepas mandi adalah waktu yang sesuai untuk menimbang berat badan.sebab selepas mandi, berat badan akan ada sedikit turun. Kenapa? entahlah, i pun tak tahu kenapa. ^__^. kenapa waktu pagi? sebabnya kita belum makan apa² lagi pada waktu tu dan makanan yang kita makan semalam dah hadam.

Jadinya, kepada mereka yang sedang berdiet, moh ler kita beli penimbang berat badan untuk memantau lebihan lemak dalam badan. seeloknya timbang digital ye..! selamat berdiet !


Jom Like facebook Health & Wellness Today. kat sini banyak info tentang kesihatan yang boleh korang praktik kan!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images