Friday, March 1, 2013

Penyakit Tembel Selalu Dikaitkan Dengan Mengintai

Tembel ke ketumbit? Pada permerhatian i dan dengan bantuan pakcik google, perkataan Tembel selalunya digunakan oleh orang² jawa. Istilah Tembel banyak di gunakan di indonesia manakala perkataan ketumbit selalu digunapakai oleh orang² melayu.  korang rasa malu ke kalau terbit tembel ni? i tak berapa nak malu sebab i pakai spek. so, tak ketara sangat la bila timbul tembel ni. Entah kenapa agaknya penyakit tembel ni, orang suka kaitkan dengan mengintai. I yang takde pulak mengintai orang pun terjangkit Tembel hahaaa...

Tembel atau ketumbit ini terjadi disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. kelenjar minyak yang tersumbat ini selalunya akan dijangkiti oleh bakteria Staphylococcus aureus. Antara faktor yang menyebabkan kelenjar minyak tersumbat adalah Tekanan, Pertukaran hormon, penggunaan alat solek yang telah dijangkiti bakteria, Diabetis, kandungan lemak yang tinggi dalam badan dan kekurangan vitamin dalam badan.

Tanda-tanda apabila mata kita dijangkiti ketumbit adalah bisul dibahagian atas atau bawah kelopak mata, bengkak di sekeliling kelpak mata, sakit, kelopak mata menjadi merah, kelopak mata terasa sakit apabila disentuh, mata jadi pedih, mata berair, gatal-gatal di kawasan bisul, tidak selesa mengelipkan mata dan sensitif pada cahaya cerah.

ketumbit pada kebiasaanya berwarna putih atau kekuningan seperti jerawat. Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut sendirinya. Jangkitan daripada bakteria akan pulih apabila nanah telah dikeluarkan.

tu tengok, mata i dah tumbuh tembel.bukan kerana i intai sesiapa, i rasa lemak lebih sangat melekat dalam badan i, sebab tu la timbul tembel tu. huhu! Tapi nasib baik tak ada mata bisul. just bengkak biasa je. Pergi kerja orang tak berapa perasan sangat sebab i cover pakai spek. hehehe!

Teringat waktu dulu, pernah terkena ketumbit ni dekat atas kelopak mata. disebabkan ketumbit ini tidak bermata, terpaksa pergi klinik buat pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah. dia punya rasa Fuyyyooooooo, mau nangis!


1 comment:

  1. Thanks for review.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*