Mayfair Slimming Center dan baucer Groupon

March 23, 2013


i selalu online waktu bekerja. sebab utama adalah kerana i tak ada laptop atau pc dekat rumah. hahah! lagipun memang tidak mempunyai cukup masa nak mengadap pc dekat rumah. Masa yang ada i gunakan sebaik mungkin untuk anak² i dan juga untuk melakukan kerja-kerja surirumahtangga. 

Kerja sekarang ni pun bukan lah berat sangat dan tidak memerlukan 100% tumpuan dalam membuat sesuatu tugas. jadinya, banyak masa terluang untuk i skodeng Blog dan facebook. hehe. lebih² lagi bila bos dah balik makan. 

satu petang tu, i terskodeng web Groupon Malaysia dan terjumpa package untuk menguruskan badan dari Mayfair. Rm 38.00 sahaja. Maknanya i akan jimat sehingga 70% daripada harga Rm 2,641.00. Terujakan! ditambahkan lagi dengan keadaan sekarang dah macam secomel beruang kutub, i nekad beli kupon tu. Ala.. Rm 38.00 je murah sangat!

i beli kupon tu bulan december 2012, tapi bulan Feb 2013 baru dapat tebus. itu pun setelah kawan i war-warkan yang dia daftarkan diri dekat Slimming world Slimming Center. Terpengaruh sebenarnya. Kalau ikutkan hati, malas nak tebus kupon tu. 

Bila Sampai dekat sana, bagaikan diduga, i 'dipaksa' upgrade la sangat. pakej yang i beli. Mula² tu dia tawarkan i pakej yang boleh buat i sakit jantung bila lihat harga dia. hahaha! kaw² punya harga. I tolak dengan baik. sehinggakan dia offer i pakej student dengan harga Rm 700.00 dengan 10 sesi. 5 sesi untuk pecah lemak dan 5 sesi cair lemak. pakej tu buat i cair. Damn! dah agak dah, i mesti cair punya! Bila i dah accept offer mereka, barulah dia orang nak buat treatment. Kalau tidak, mereka akan push i sampai i kata okey! 

untuk pecah lemak, Consultant tu mintak i tanggal baju, kecuali bra dan seluar dalam.! ternganga aku! hahaaa... maluuuuuu! nasib baik hari tu i i pakai pakaian kecik yang paling cantik yang i ada...hahahaaa!! consultant tu sapu seluruh badan i dengan losyen kurus then dia warp badan i dengan wrapping plastic, then dia bungkus i dengan hot blanket. dia suruh i rehat lebih kurang 30 minit. siap tidur berdengkur i kat dalam blanket tu. Selepas 30 minit, wrapping plastic tu ditanggalkan then di ukur badan i. resultnya ada penyusutan sebanyak 2 cm pada setiap bahagian.

Ape yang i rasa selepas dibungkus dengan hot blanket tu? rasa macam baru lepas pergi jogging dekat Bukit Layang-Layang 3 kali pusing. Penat!!

Appointment kali kedua, i kena paksa beli fiber. seperti biasa, selagi i tak kata okey, selagi tu la tak ada treatment. Masa ni, i dah mula rasa menyesal. Kali ketiga treatment, consultant tu offer i guna minyak apa tah. kegunaan minyak tu, adalah untuk membuang selulit. selagi tak kata okey, selagi tu tak ada treatment. So i terpaksa kata okey. Dalam hati i, ni kali terakhir i buat treatment. Tak apa rugi sikit daripada i asyik kena paksa beli itu beli ini. Nasib baik i tak bayar habis lagi fiber tu dengan minyak. i letak deposit  pada fiber tu Rm 50.00 dan minyak tu Rm 5.00 saja. 

Next treatment? No No No.. i tak pergi lagi. masih tertinggal 2 kali treatment. tapi hati i sebulat kata, tak payah pergi lagi. Buang masa, buang duit! sebanyak 3 kali pergi treatment tu. berat badan i kurang 2 kilo. dan dengan berkat i berusaha diet Atkins, i dapat kurangkan lagi sekilo dalam masa 2 minggu.

Moralnya, Jangan beli apa² kupon yang giler murah macam tu,lebih² lagi yang melibatkan service macam slimming center dan Spa. kebanyakkan mereka pasti akan ushar kita untuk upgrade pakej.. i dah serik. serik sangat².....

Diet Atikins lagi baik! 

You Might Also Like

4 Comments

  1. mmg pun... jgn pernah cuba nk lngkah kaki ke slimming centre.. konpem menyesal tau. baik diet jer

    ReplyDelete
  2. Cik puan,sy dh penah pegi slimming mayfair ni.3 kali treatment..mmg best dorg buat..wpon dipaksa join mcm cik puan tu..sy tetap berkeras ati..sy nk treatment RM38 tu je..so dorg layan jgk..bkn wat cincai2..kali ketiga pegi..agak lama sket.setiap kali pegi,sy dipaksa join the club.alhamdulillah..sy slamat.pastu pegi london weight plak..offer RM28 kt groupon.sy dipaksa jgk join the club..tp sy keras ati..skali treatment,berat turun 2kg.wpon berat sy dikira ideal,BMI dlm spec..tp saje syok2 try.Yg penting..kna keras ati.duit extra x bwk.crdt card xde..so..byk jgk la sy gune servis online utk slimming,masaj,facial..tp lain2 tpt..tkleh tpt yg sama..so..jgn putus asa yea..coba lg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii elicy. best nye hati awak.. bak sini bagi sye pinjam..
      hati kite ni cepat cair.. sbb tu serik nak pergi lagi..

      n sye mmg setuju.. dia orang mmg buat treatment tak main²..
      tapi hanya orang yang hati dia keras macam awak je yg terlepas dari godaan offer dia orang...

      ^__^

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images