Mandi Malam Masih Punya Kebaikkan..

March 20, 2013

http://www.flooringhunt.com/bathroom-decorating-ideas-on-a-budget/

Orang dulu-dulu memang tidak menggalakkan kita mana malam kan? tau tak korang sebab ape? i memang tak tahu.. hehe.. tak buat reseach dengan orang dulu-dulu. Masa muda remaja *encehhh*, i memang tak akan mandi malam. i abis kerja dalam pukul 10 malam. so bila sampai rumah cuba cuci muka, salin baju then tido. kalau mak tanya kenapa tak mandi. i cakap takut tulang reput! hahaha! kemain lagi alasan dia... dulu I fikir mandi malam akan mereputkan tulang dan menyebabkan paru-paru berair. Daripada sumber alasan itu pun i tak berapa nak sure. 

Setelah i berpindah ke rumah sendiri, kemudian rumah tu nun dekat tingkat 5. mendaki tangga dengan kiri kanan sarat dengan beg sambil mengedong Dania, sampai depan pintu memang berpeluh. so kalau tak mandi memang tak rasa selesa nak tidur. Semanjak daripada tu, memang wajb mandi sebelum tidur. walaupun hari cuti, i memang akan mandi sebelum tidur. rasa lebih selesa nak tidur, nak lepak² tengok tv, nak masak dan apa-apa lagi la.

sekarang, semenjak ada 2 orang anak ditambah pula cuaca sekarang yang amat² panas dan lagi tempat kerja i yang tak ada air cond pastu jarak kipas dari meja office i yang lebih kurang sebatu, membuatkan i mandi sekurang² 3 kali sehari. wajib! hahaaa.. takpe bil air memang i yang tolong settle.

daripada pembacaan i di Majalah rapi, mandi malam sebenarnya memberikan effect yang baik pada tubuh badan kita. sebabnya pada waktu malam, kita punya lebih masa dalam bilik air berbanding dengan waktu pagi. kebanyakkan kita sangat sibuk pada waktu pagi, banyak lagi tugas² yang perlu diuruskan sebelum ke pejabat. betulkan. so mandi pun mungkin lebih kurang je. macam tu jugak dengan i. walaupun waktu kerja i adalah pada tengah hari, tapi mandi untuk ke tempat kerja memang macam kerbau. mandi lebih kurang. so waktu malam memang i akan mandi lebih lama sikit. kalau nak syampoo ke nak scrub nak pakai losyen ke memang kena tunggu waktu malam. sebab waktu ni, anak kecik i dah tidur dan menjadi satu kelebihan untuk membuat sesuatu yang i suka bila dia tidur. Aman!

Air apa yang sesuai mandi pada waktu malam? kebanyakkan orang akan mensyorkan mandi menggunakan water heater. tapi pada i, lebih nikmat mandi guna air sejuk. lagipun cuaca sekarang ni yang agak panas, memang tak ada banyak beza mandi air sejuk dengan mandi air suam. mandi air sejuk  sebenarnya lebih menyegarkan, memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang kronik, meningkatkan metabolisme badan, mengurangkan serangan jantung dan strok kerana air sejuk mampu melancar peredaran darah serta meningkatkan paras sel darah putih - sumber kosmo online- , Selain itu mandi malam dapat menurunkan kadar tekanan darah - Sumber Majalah Rapi-

Kepada mereka yang malas mandi malam, ubah tabiat. kalau tak mampu nak tadah badan dengan air sejuk, boleh je guna air suam. Air suam pun ada juga kebaikkannya seperti membuka liang roma, membersihkan badan daripada toksin dan membuatkan tidur lebih lena. - Sumber google-

Berendam dalam bathtub pastu bubuh minyak aroma sikit then letak bunga sikit, feel macam princess je

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images