Account Exec merangkap Designer &Pelukis Plan

March 26, 2013

i suka dengan job sekarang. Walaupun banyak perkara yang menjengkelkan dekat sini tapi i masih suka dengan kerja sekarang. selain daripada masa yang flexisble, boleh masuk kerja sesuka hati kau, rehat lama mana kau nak! ahak!! tapi jangan kau terkantoi dan meraung bila tengok slip gaji awal bulan sudah! hahahaaa..... sebab itu la i boleh bertahan lama dekat sini. Walaupun selalu kena bambu dengan 'bapak', walaupun selalunya official letter yang i buat selalu kena reject dengan dia, walaupun i terpaksa buat kerja mak lampir, bila difikir balik bertapa senangnya berkerja di sini, hati i terus berbunga² dan semangat berkobar² nak pergi kerja.


Dan yang paling i suka kerja dekat sini kerana i tak banyak sangat kerja! wah! wah! wah! walaupun dekat payslip, orang tukang buat gaji tu letak post i Account executive-executive la sangat!, kerja i tak de la banyak mana pun. setakat pantau account receivable yang tak berapa kerat tu dengan account payable yang macam kacang tu, i sempat lagi berblog dan berfacebook serta berwhatassp dengan click i yang duduk depan mata ni. haha! bila berwhatsapp benda yang pelik² dan kelakar bangat kita orang rasa, boleh tergelak sakan sama  macam orang giler sambil pandang muka masing². macam destinasinye jauh je kan!

bila waktu buat bank reconcilation then tak balance dengan bank book, baru i rasa sibuk. macam sekarang ni, dah 2 hari i try nak balancekan tapi tak balance² jugak! weiiii macam mana tak balance nie! *sepak pipi sendiri*. waktu sibuk i adalah bila dapat on the spot work daripada boss i. bos i ni suka bagi i kerja yang merepek dan selalu akan keluar ayat ini 'ita, bila ada masa u buat". Bila ada masa itu bermaksud, "ita i nak u buat sekarang". hahaaa!

Esok, kedai yang i kerja sekarang, akan buat promosi, so bermula la kerja bermusim i iaitu, designer! i akan ditugaskan untuk merekacipta price tag yang baru setiap kali promosi. tapi selalunya price tag yang i buat akan direject oleh bos i. enche! kemain i reka yang pada i cantik, menarik tapi tak menepati citarasa orang tua bos i. hahaaaa! kesudahanya, i ubah ikut selera dia..

baru² ni, company i akan buka cawangan baru khas menjual perabot sahaja. Atas permintaan giler bos i, dia suruh i buat plan lantai kedai baru tu! encehh! maka terkedek² la i dengan dia pergi kedai baru ukur sana, ukur sini. then terhasil la plan lantai versi orang amatur macam i. nampak macam senang, tapi i ambil masa yang agak lama nak settlekan benda ni.

Menarik kan? jadi i takdelah bosan sangat buat kerja yang sama setiap hari. bukan setakat itu sahaja kerja i, i buat macam² kerja dan juga sebagai kaunter pertanyaan untuk kawan² i. sebab bos i nie ada masalah dalam menyampaikan maklumat. cuma i je yang lebih paham apa maklumat yang dia nak sampaikan. 13 tahun tuuu dengar dia beri arahan. hahhaaa... heavennye kerja dekat sini!




kawan-kawan i selalu cakap i ni PA bos. PA la sangat kawan-kawan!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Apa perbezaan layout tingkat atas dengan bawah tu Ta? :) Hehehe... Apa-apa kerja pun ok, janji rezeki yang halal untuk keluarga :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images