:: Temuduga di Jabatan Kebajikan Masyarakat

February 17, 2013

pagi ini, seperti yang maklumkan, sepatutnya temuguda mengambilan anak angkat harus di hadiri oleh anak ibu angkat dan ayah angkat. Tapi disebabkan yang tidak dapat dielakkan, i kena berurusan seorang diri dengan membawa budak kepoh ni. Sang suami tak dapat ikut serta kerana outstation yang berhari².. tak reti² nak balik. memang hangit betul la! haha!

sebenarnya, i meragui kebolehan diri sendiri. sebabnya mulut i ni terlalu ramah dan takut terlepas cakap benda yang tak sepatutnya i cakap. pulak tu, terbayang² kalau² mama dania tetiba je muncul dekat JKM tu? macam mana i nak buat? dah la i ni penakut? aha.. memang i ni penakut! damn it!

Tapi sepanjang sesi temuduga, tak de la muncul mama dia. Alhamdulillah! kecut perut oooOOO... nenek dia pun sibuk call, Dania ada tak?? wah wah! kemain lagi permata hati nenek ni... bukan permata hati nenek sahaja. Mak mertua i pun siap tunggu kat depan pintu rumah lagi tunggu budak kepoh ni balik.

mereka semua sayangkan dania. walaupun perangai macam jantan. suara macam loud Speaker, budak cenggeng ni penghibur hati. bantal peluk yang masam untuk i peluk setiap malam. kawan baik dan kawan gaduh untuk i setiap hari.

tak dapat nak bayangkan sebenarnya, bila dania tak ada... tak tahu macam mana nak teruskan hari² yang hambar.........




sebenarnya, takut nak cerita pasal dania banyak sangat dekat sini, sebab ada sekeping gambar dania yang dah kena cilok.. sapa tak yang berkenan dengan gambar anak i nie.. mungkin MAMA dia kot.. 

You Might Also Like

2 Comments

  1. Askum,

    Selepas membaca post berkenaan anak angkat ni, mgkan awak dapat membantu sedikit sebanyak dengan masalah yang saya hadapi sekarang. masalah utama nya bila C ibu kandung ingin anaknya kembali dengan alasan ingin membesarkan bayi itu sedangkan dia masih muda dan belum berkahwin dan situasinya dia di buang keluarga disebabkan bayi tersebut. Permasalahannya kami tidak dapat membuat sembarang tindakan undang2 di sebabkan pengankatan anak tu adalah bukan atas surat menyurat. hanya atas bantuan JKM sahaja. Bayi tersebut baru berusia 9 bulan. Agak lama lagi kami kena tunggu untuk dia sah menjadi anak angkat kami. Sila suggest apa yang perlu di lakukan wpun saya pernah terdetik untuk membawanya jauh bayi tersebut ke kg halaman saya, iaitu jauh keseberang negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'alaikumussalam...
      haii.. thanks sbb singgah sini..
      mengenai masalah yang awak hadapi ni...
      kite takde pengalaman...
      tapi ni just kite punya pendapat lah,

      Mungkin Nor boleh refer semula pada JKM... sbb awak ada deal ngan JKM tentang baby tu kan.
      pada pendapat kite, memandangkan life si ibu nie mcm tak terurus, jika nor guna khidmat JKM, mungkin Nor boleh dapat hak penjagaan. Cuba refer semula pada JKM yeee.. maybe dia orang boleh tolong atau cadangan..

      one more thing.. jgn bawak lari... kesian dkt ibu dia...

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images