Snogurt

February 01, 2013

selepas pembukaan Tutti Fruiti di Bandar Seri Alam, muncul pula persaing mereka iaitu Snogurt. pada pemerhatian i, konsep yang dibawa adalah sama, bergitu juga dengan deco kedai mereka. Hampir serupa. Nasib baik tak ada saman menyaman antara mereka seperti mana syarikat pengeluar telefon tu kan. huhuhu.... dalam perniagaan, persaingan sebenarnya perlu untuk mengukur kebolehan dan ketahanan mental dan fizikal perniagaan kita. Persaing sebenarnya kawan, bukan musuh kan kan?

Hokey, berbalik pada cerita Snogurt, sehingga hari ini, terdapat 3 cawangan Snogurt di buka di kawasan Masai dan Pasir Gudang iaitu di :

Simply Froyo
No.9-G, Jalan Suria 7, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Tel / Fax : 07-252 3731

Firhanney Delight
No.53, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang Johor

Original Taste Enterprise
No. 14, Jalan Tembikai 5, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Tumbuh bagaikan cendawan. Kejap je dah ada 3 cawangan dalam masa setahun. Tahniah kepada pemilik peniagaan ini iaitu Raja Farah kerana berjaya mengembangkan perniagaan keluarganya dengan bergitu pantas.
I lebih sukakan Snogurt berbanding Tutti fruiti. sebabnya harga yang lebih murah, banyak discount dan rasanya froyo yang memang sedap. Siap ada kad yang membolehkan kita collect stamps. Kalau dah penuh kad tu dengan stamps, kita boleh tukar dengan Froyo 500gm. tepuk tangan!

Dekat sini, i nasihatkan beli dengan quantity yang banyak, sebabnya ada discount 30% untuk 500gm ke atas.  daripada pengalaman i, pernah beli satu mangkuk froyo lebih kurang harganya Rm 13.00, then satu hari tu, i pergi beli 2 mangkuk froyo dengan harga Rm18.00. fuuhh! terasa tak discount yang dia orang beri. berdua lebih baik! kan kan! 

Apa yang i suka tentang froyo ni sama ada tutti fruti ataupun snogurt adalah topping buah² nye.... sedap dan menyihatkan badan! saye suka makan buah-buahan.. ^__^











Esok i cuti ! waaaweeeee! dapatlah bergolek sakan dekat rumah dengan anak panda yang comel tu dua hari!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images