Wednesday, February 20, 2013

Resepi - Bubur Nasi Istimewa

Resepi lagi! oooyeeee! dalam mood untuk menghabiskan segala cerita dan gambar yang dah lama jadi draft. Hahaha... tahap kemalasan yang agak tinggi sejak akhir-akhir ini. resepi ini i jumpa dekat blog Sky's Blue Kitchen. i suka jenguk blog ni sebab gambar makanan dia sangat² menyelerakan. hahaha! pernah buat sekali, dan en suami kata sedap! anak² pun makan dengan penuh selera. ibu dia? ape pun sedap! hahaha!

Bahan-bahan
150 gm  Beras
100 gm  Isi daging - di potong Kecil²
100 gm  Isi Ayam - Di potong kecil²
Segengam udang kering - di rendam dan di tumbuk kasar
1 tbsp   Lobak cincang (yang ini i tak guna)
50gm    Labu - dipotong dadu
1.-2 Ulas   Bawang Merah - di hiris
3 Ulas Bawang Putih -  di hiris
2 Batang batang serai  - di titik - (yang ini i tak guna)
1/2 tbsp  Halia cincang
1 tsp perencah pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Minyak Bijan

Cara Memasak 
Rebus daging hingga empuk dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumus bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Kemudian, masukkan udang kering dan serai. Tumis sehingga udang kering sehingga kering
Masukkan ayam dan masak seketika
kemudian, masukkan lnak merah dan beras serta air secukupnya.
Masak seperti biasa. Tambah air jika perlu
setelah bubur masak masukkan daging dan labu. biarkan seketika
tambahkan minyak bijan, perencah pati ayam dan garam secukup rasa
tutup api dan hidangkan.








selamat mencuba!

Resepi - Roll Sosej

Pada awal persekolahan dania, i suka bekalkan dia makanan. seronok kalau tengok bekal dia kosong bila balik sekolah. heheh.. salah satu makanan yang i selalu bekalkan untuk kakak roll sosej. Roll sosej ini adalah sosej yang digulung dengan roti, lepas tu di celup dengan telur dan digoreng. sedap sedap sedap! hehheeee

Bahan-bahan
1 Keping Roti gardenia
1 Sosej Ayamas
1 Biji Telur
Sedikit Minyak untuk memasak

Cara Memasak :
1. Rebus Sosej hingga masak
2. Lenyekkan roti hingga nipis
3. Pukul telur sekejap
3. gulungkan sosej dengan roti, kemudian celupkan dengan telur yang telah dipukul
4. goreng hingga garing









sekarang ni, kakak pun dah tak berapa sgt mintak bekal. dia lebih suka makan waffer coklat gardenia dengan air milo kotak kecik. kadang-kadang i tapaukan coco crunch. jimat masa! heheee

Tuesday, February 19, 2013

umur saya 23 tahun

23 Tahun la sangat kan?? Ngeri pulak bila lihat angka umo semakin bertambah dan meningkat. sedangkan kehidupan masih lagi tonggang langgang macam budak baru habis spm..
hingga kini masih lagi tercari2 kekuatan dan keistimewaan yang ada pada diri.. ape ek keistimewaan diri yang buat i laib dari orang lain...
bila lihat kejayaan orang lain, yang seusia dgn diri, serious i memang jeles! hahaaa pengakuan ikhlas ni... soalan yang selalu i tanyakan pada diri, pada masa depan ape keistimewaan yg i ada yang boleh menjamin masa depan keluarga i?
andaikata suatu hati terpaksa berhenti kerja dan duduk dekat rumah. apa perkara yang i boleh buat utk bantu keluarga, bantu suami i? emmm.. tu yang buat i pening. tak kan i nak duduk rumah abis kan beras je kan?
pening2...
tengah2 fikir sambil makan birthday cake sendiri... datang sorang hantar bunga dan coklat! wow! hampir tersedak!
terima kasih bucuk..

Sunday, February 17, 2013

:: Temuduga di Jabatan Kebajikan Masyarakat

pagi ini, seperti yang maklumkan, sepatutnya temuguda mengambilan anak angkat harus di hadiri oleh anak ibu angkat dan ayah angkat. Tapi disebabkan yang tidak dapat dielakkan, i kena berurusan seorang diri dengan membawa budak kepoh ni. Sang suami tak dapat ikut serta kerana outstation yang berhari².. tak reti² nak balik. memang hangit betul la! haha!

sebenarnya, i meragui kebolehan diri sendiri. sebabnya mulut i ni terlalu ramah dan takut terlepas cakap benda yang tak sepatutnya i cakap. pulak tu, terbayang² kalau² mama dania tetiba je muncul dekat JKM tu? macam mana i nak buat? dah la i ni penakut? aha.. memang i ni penakut! damn it!

Tapi sepanjang sesi temuduga, tak de la muncul mama dia. Alhamdulillah! kecut perut oooOOO... nenek dia pun sibuk call, Dania ada tak?? wah wah! kemain lagi permata hati nenek ni... bukan permata hati nenek sahaja. Mak mertua i pun siap tunggu kat depan pintu rumah lagi tunggu budak kepoh ni balik.

mereka semua sayangkan dania. walaupun perangai macam jantan. suara macam loud Speaker, budak cenggeng ni penghibur hati. bantal peluk yang masam untuk i peluk setiap malam. kawan baik dan kawan gaduh untuk i setiap hari.

tak dapat nak bayangkan sebenarnya, bila dania tak ada... tak tahu macam mana nak teruskan hari² yang hambar.........



sebenarnya, takut nak cerita pasal dania banyak sangat dekat sini, sebab ada sekeping gambar dania yang dah kena cilok.. sapa tak yang berkenan dengan gambar anak i nie.. mungkin MAMA dia kot.. 

Saturday, February 16, 2013

Pelamin Idaman Semua

kebanyakkan orang, kalau nak kawen mesti nak yang grand, meriah tahap super, jemputan yang ramai, pelamin yang indah, paluan kompang yang sedap, makanan yang enak, cenderahati yang super istimewa, pakaian yang berkelipan umpama permata...

amboooiiii kemain banyak koma! sememangnya itu hakikat. memegang pepatah "kawen kalau boleh sekali dalam hidup" mestilah nal cipta memori yang tahap super.

tak salah, tapi i melihat dari sudut yang berlainan. kehidupan selepas berumahtangga lebih penting. tanggungjawab.

pada i kenduri kecil-kecilan yang dihadiri saudara mara terdekat, kawan-kawan rapat dan jiran tertangga yang dekat sudah cukup memadai sebenarnya.

mesti lepas ni mak andam boikot i sebab mencurah pasir dalam periuk nasi mereka.. itu cuma pendapat i, bagi yang berkemampuan okey la.. tapi bagi yang kurang berkemampuan mcm mn?

ada yang sanggup berhutang utk kenduri kawen yang meriah. ada pula sanggup tak kawen sbb duit kenduri tak cukup.

bukan i cakap kenduri kawen ni salah. tapi buatlah secara yang berhemah dan bersederhana la...

D'Terrece BBQ Steamboat

Asyik post cerita pendek je kebelakangan ini kan? hehe.. ini semua gara-gara i download application blogger dekat google play. so, lebih selesa update menggunakan handphone. Di mana-mana sahaja, jika ada idea  dan cerita menarik i segera publised.

kali ni menaip menggunakan PC pulak, banyak gambar yang masih lagi tersimpan untuk diceritakan kat korang. kalau bercerita pasal tempat makanan yang sedap, dekat Malaysia ni, memang kaya dengan tempat makan yang sedap² belaka. sebab itu la kebanyakkan rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan. termasuk la i. rasa macam nak request Baucher Kurus 1 Malaysia la (BK1M) hehheheee... 

okey dah dah la mengarut tu ye. i nak memperkenalkan dekat korang 1 tempat makan yang boleh dikatakan tak mengemukkan sangat. hari tu, suami kata nak pergi dating! hah! setelah sekian lama tak berdating. so teruja jugak la nak berjalan berdua-duaan tanpa anak dan stoller! seperti biasa , i la yang kena ponteng kerja, sebab hari tu suami bercuti. ^__^

suami ajak makan dekat steamboat dan grill dekat bandaraya Johor bahru :

D'Terrace BBQ Steamboat
No. 9, Jalan Kapten Mohd Amin
Kolam Air
80100 Johor Bahru
Tel : 012-756 5693 , 07-221 1988

Waktu Operasi 
5.00 Pm - 12.00 am

Harga 
RM 20.90 untuk dewasa
Rm 9.90 untuk kanak kanak

Rating : 3/5

waktu i pergi, banyak tempat yang dah kena booking. so kalau korang nak pergi makan dekat sini, terutamanya pada hujung minggu, harap dapat booking dulu. kalau tidak ,mungkin terlepas la peluang nak makan makanan yang super banyak pilihan.

menyediakan makanan yang korang boleh grill dan juga untuk dibuat steamboat dari pelbagai jenis. kuah steamboat terbahagi kepada 2 iaitu tomyam dan sup biasa. sup tomyam dia sedap seimbang pedas dan masam. minuman pun banyak pilihan selain daripada itu turut disediakan ais krim! haha! memang mengenyangkan.

















Umpama makan dekat seoul garden! tapi seoul garden tetap terbaik..

Friday, February 15, 2013

Diet Atkins Bermula

gara2 adik i yang paling bongsu berdiet atkins dan dia beristiqomah berdiet. semangat nak berdiet secara semula jadi tanpa bantuan mana2 produk perlangsingan badan berkobar2.

dulu i pernah berjaya turunkan berat badan dgn cara ni, dan berharap kali ni i berjaya juga... dah tak larat rasanya nak bawak lemak tepu kat dlm badan ni...

Tahun Baru Cina 2013

cuti agak pendek pada tahun ni. bos i kemut sgt nak bagi cuti panjang2 mcm dulu.

tapi tak de maknanya kalau cuti panjang bila suami tak bercuti. kena standby je. so takde maknanya lah nak cuti keluar dari johor bahru ni.

kesudahannya, satu family pergi beraya dekat rumah bos suami.. first time ni g beraya pada tahun baru cina

yang seronoknya, i anak beranak dapat angpow! waaaweeee... seronok seronok seronok!

keseronokkan dapat angpow tu, kami bawa ke jusco tebrau! kite makan besar!! kesimpulan nya, walaupun tak dapat nak bercuti sakan seperti orang lain. tapi Alhamdulillah, i dikurniakan kegembiraan yang melimpah ruah ketika bersama anak2 i. tak kira di mana sekalipun

Thursday, February 7, 2013

Magnum chocolate truffle

Kembang kuncup hidung bila tetiba suami dtg kedai bawak ais krim magnum. Chocolate truffle lagi. Dia tahu isteri dia memang giler chocolate. Hahaaa! Ni mesti kes nak pujuk i sebab merajuk tak dapat makan kfc mlm tadi..

Maybe dia tension tgk i muncung seribu dari mlm tadi.. Thanks bucuk! Hati dh cair mcm ais krim cair dlm mulut..

Kisah Apam Angry Bird

Permintan kakak, nak bawak apam angry bird pergi sekolah. Tapi malangnya, dah dua hari i cari tapi x jumpa. Semalam pg kat tmpat akak sorang orang ni, dia kata orang yang tukang buat tu tak hantar hari nie. Maka moyok la muka dia. I sogok dgn air rebina dan waffer dari gardenia , nasib baik mood dia okey lepas tu.

Hari ni, bangun je dari tido, dia dah tanya apam semalam. Hari ni pergi cari lagi. Tapi dah habis pulak. Haiyaaaa! Tak ada rezeki kakak la. Nak tak nak kena cari apam juga. Nasib baik jumpa apam yg biasa. Bila tunjuk dekat dia, senyum meleret!

Hai kakak! Nasib baik tak demand.sangat. Janji dapat apam...

Kita minum dulu...

Kalau kakak dia pegang botol susu. Dia pun mula sibuk nak capai voto susu kakak. Bising mulut nak minta botol pd mulut kakak. Kalau tak dapat. Menangis. Kalau dah dapat kakak dia pulak yg menangis. Kakak kan gembing!!

Budak aufa ni kalau dpt botol susu, dia suka sepah-sepahkan air susu dekat lantai, then dia tenyeh air susu tu dengan tangan..

Wednesday, February 6, 2013

One step closer

Minggu lepas dapat call dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada interview lepas raya cina ni utk permohonan anak angkat. Waweee... Semakin hampir dia milik i dan suami sepenuhnya... Mudah-mudahan semuanya berjalan dgn lancar.. Ibu sayang kakak!

Tuesday, February 5, 2013

Cerita Aufa - Aktiviti Mengemas

kalau dibelikan mainan, sekejap je dia main. lepas tu dia main campak² je permainan tu. Dia cepat bosan. Tapi apa yang paling dia suka dan tak pernah jemu ialah pinggan mangkuk, periuk belangga, dan segala bentuk perkakasan di dapur. hah! anak i nie ada talent nak jadi chef agaknya. Kalau kite sibuk memasak, dia pun sibuk jugak lah nak memanjat badan kite. mintak dukung. sebab dia nak tengok apa yang kite tengah buat. Kalau bunyi Mixer putar telur tu, kemain suka. berebut panjat kerusi nak tengok.

adakalanya, i biarkan aja dia main periuk belangga mak i, sebab dah elakkan dia daripada kacau i memasak. terpaksa sebenarnya. kalau tak buat macam tu, memang tak berasap la dapur i.




Abaikan kecomelan Rambut dia ye. maklumlah belum mandi lagi.

Love Story - They My Heart, My Soul & My Best Buddy




Alhamdulillah, Ya Allah  Syukur ku atas kurniaan yang tak ternilai yang telah Engkau berikan kepada aku.

Friday, February 1, 2013

Snogurt

selepas pembukaan Tutti Fruiti di Bandar Seri Alam, muncul pula persaing mereka iaitu Snogurt. pada pemerhatian i, konsep yang dibawa adalah sama, bergitu juga dengan deco kedai mereka. Hampir serupa. Nasib baik tak ada saman menyaman antara mereka seperti mana syarikat pengeluar telefon tu kan. huhuhu.... dalam perniagaan, persaingan sebenarnya perlu untuk mengukur kebolehan dan ketahanan mental dan fizikal perniagaan kita. Persaing sebenarnya kawan, bukan musuh kan kan?

Hokey, berbalik pada cerita Snogurt, sehingga hari ini, terdapat 3 cawangan Snogurt di buka di kawasan Masai dan Pasir Gudang iaitu di :

Simply Froyo
No.9-G, Jalan Suria 7, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Tel / Fax : 07-252 3731

Firhanney Delight
No.53, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang Johor

Original Taste Enterprise
No. 14, Jalan Tembikai 5, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Tumbuh bagaikan cendawan. Kejap je dah ada 3 cawangan dalam masa setahun. Tahniah kepada pemilik peniagaan ini iaitu Raja Farah kerana berjaya mengembangkan perniagaan keluarganya dengan bergitu pantas.
I lebih sukakan Snogurt berbanding Tutti fruiti. sebabnya harga yang lebih murah, banyak discount dan rasanya froyo yang memang sedap. Siap ada kad yang membolehkan kita collect stamps. Kalau dah penuh kad tu dengan stamps, kita boleh tukar dengan Froyo 500gm. tepuk tangan!

Dekat sini, i nasihatkan beli dengan quantity yang banyak, sebabnya ada discount 30% untuk 500gm ke atas.  daripada pengalaman i, pernah beli satu mangkuk froyo lebih kurang harganya Rm 13.00, then satu hari tu, i pergi beli 2 mangkuk froyo dengan harga Rm18.00. fuuhh! terasa tak discount yang dia orang beri. berdua lebih baik! kan kan! 

Apa yang i suka tentang froyo ni sama ada tutti fruti ataupun snogurt adalah topping buah² nye.... sedap dan menyihatkan badan! saye suka makan buah-buahan.. ^__^











Esok i cuti ! waaaweeeee! dapatlah bergolek sakan dekat rumah dengan anak panda yang comel tu dua hari!