Tuesday, January 22, 2013

Permulaan Kehidupan Yang Lebih Sihat

Permulaan tahun baru kali ini, i berazam untuk mengutamakan kesihatan diri berbanding dengan makanan yang sedap. heheee.. boleh ke? masih berusaha untuk melupakan makanan yang boleh memudaratkan diri. kesedaran ini bermula bila mana, badan mula rasa sakit² bila bangun tidur. mudah letih dan mudah lenguh. kedengarannya macam orang tua kan? walhal, mak i pun jarang mengadu sakit² badan. kiehkehh...

tambahan pulak, bila terpandang anak² i yang masih kecil, timbul persoalan, sapa nak jaga mereka bila i sakit nanti? wahhhh.. boleh menitis airmata bila terbayangkan i terlantar sakit ataupun pergerakkan yang terbatas, anak² i yang kecik ajak main, nak mandi, nak susu, nak makan, nak pergi shopping. wahhh! tak dapat bayangkan bila i tak dapat nak penuhi permintaan mereka. 

jadinya, i ambil keputusan untuk meringankan sedikit badan dan ambil vitmin dan suppliment untuk kesihatan dan kecergasan badan. bermula awal tahun ini sehingga sekarang. Alhamdulillah, kesihatan semakin memberangsangkan. Lenguh² dan sakit² badan dah kurang. cuma sikap malas aje tak hilang lagi. kahakhahah.... semakin si Aufa Tahqif lambat bangun, semakin itu lah ibu dia duk berselubung dalam selimut. Nasib baik la i nie masuk kerja tengah hari. Jadi paling awal bangun 7 Pagi. heheee..

bercerita tentang meringankan berat badan, buat masa ini, berat badan terkini adalah 68kg. hahahhh.. sila gelakkan. rasanya ni la berat lemak yang paling banyak i ternak dalam badan. dalam usaha menurunkan ke 55kg sekurang² nya. harap² nya, berjaya la hendaknya. bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak.



ini adalah suppliment yang terbaru i beli. harga boleh la tahan mahalnya. tapi alhamdulliah, menampakkan kesan yang positif

Suppliment untuk mengurangkan berat badan


 skincare suppliment


Masih mengamalkan Evening primrose Oil dan juga Kalsium dalam bentuk pil. i memang tak suka susu bentuk cecair.. kiehkehhh

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*