Sunday, January 27, 2013

Acara Gunting Rambut

sejak baby lagi, i memang minat nak membotakkan kepala Aufa. Memandangkan pada waktu baby, tahap sawan atas kepala dia amat² memberangsangkan. haha.. bertepek sana sini. Kesian anak ibu kan kan! Tapi Alhamdulillah sekarang kulit kepala dia dah cantik. 

disebabkan dah cantik, boleh lah nak buat rambut berfesyen².. hahaa! tapi malangnya, rambut Aufa beralun kalau dibiarkan panjang. so, terpaksa la melupakan bayangan rambut berfesyen untuk Aufa. yang i suka, rambut anak bujang i ni, melekap dengan kepala dia. takde istilah "menyapu dahi" bila dituip angin. kahkahhh... kuat macam mana pun angin rambut dia tetap statik macam tu. Aloloooo... comel tau!

Rambut aufa cepat panjang, so terpaksa la selalu pergi saloon. Mamak tu pun dah mula kenal Aufa. cuma Aufa je tak kenal² dengan dia. selalu buat mimik muka bila masuk kedai gunting tu.... 











2 Hari lepas, bawak dia pergi gunting rambut dekat tempat yang sama. Bila nampak je mamak tu, dia terus nangis,, hahaa.. seb baik lah bai ni pandai pujuk.. tersengih² aufa lepas tu.

Thursday, January 24, 2013

JB Burger Bakar Taman Kota Masai

Akhirnya dapat juga memenuhi keinginan untuk merasa kehebatan rasa burger bakar. Asyik menikmati keindahan gambar dia dekat facebook je kan... terliur tahu.... tapi sayangnya, warung burger bakar ni dah tutup. apa dahhh.. cepat sangat gulung tikar. mungkin kedudukannya yang tidak berapa nak stategik. tapi i rasa lah kan mungkin masa memasak yang mengambil yang terlalu lama. Ataupun memang orang kota masai yang jakun tak reti nak makan burger macam ni. tambahan pula, orang² taman nie tak berapa nak suka tunggu lama kot.. keihkehhh....

Tapi, Alhamdulliah sempat juga merasa 2 kali burger bakar. hehee... Alhamdulillah...!









skarang ni kalau nak rasa makan burger bakar kena travel jauh sikit... emmm!

Wednesday, January 23, 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Sumber Gambar  : www.ppiuniten.com


Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi kesejahteraan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka memyempurnakan hak mereka keatas kamu. maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim itu sadara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah samam, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku

Wahai manusia, tiada ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tiada akan ada lain agama bari. Oleh itu wahai manusia, nilaikan dan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Tuesday, January 22, 2013

Love Story - Beautiful Of You
















My Boyfriend ^_^

Panduan Membeli dan Memasang Air-COnd - Lagi!


Terpanggil buat entry ni setelah menerima email dari salah seorang pembaca blog i. Thanks awak sebab sudi baca blog kite... brother ni tanya i soalan berkenaan air-cond berdasarkan pengalaman i, so ini la jawapan i dari soalan beliau, so harap² dapat membantu beliau dan juga awak² semua..


Soalan Pertama : Brand yang disyorkan
berkenaan jenama, selalunya pelanggan saya lebih gemar memilih jenama Sharp, Panasonic dan York. Sharp mempunyai kelebihan dalam aliran suhu sejuk yang lebih panjang. boleh merangkumi sehingga 4 kaki. maksud saya, kekuatan dia sembur udara sejuk tu sehingga 4 kali. so lebih cepat sejuk. Kalau Panasonic dan york kekuatan adalah pada jenamanya dan keyakinan pelanggan sebabnya, ini jenama lama.

Soalan kedua : pertanyaan kepada jurujual dalam membuat perbandingan.
ermm.. selalunya, jurujual akan tanya kekerapan kegunaan & dekat mana nak guna. kalau dia orang tak tanya benda ni, so u boleh tanya mereka perkara ni. 

Soalan Ketiga : creteria jaminan 
jaminan daripada kontraktor selalunya merangkumi cara mereka memasang sahaja. selalunya jaminan akan diberikan kurang dari seminggu. so, dinasihatkan, selepas pemasangan cuba cek ada kebocoran tak pada paip tak. kalau nampak ada air menitik cepat² boleh tanya pada kontrator. tapi selalunya air akan keluar dari compressor. itu perkara normal.

Soalan 4: panduan tempat pemasangan.
selalunya kontraktor akan cuba meminimumkan penggunaan cooper paip untuk mengelakkan kebocoran. kedudukkan back to back adalah disarankan. so kita yang kena ubah kedudukan perabot dalam rumah kita.


entry kali ini malas nak tepek gambar yee...

Permulaan Kehidupan Yang Lebih Sihat

Permulaan tahun baru kali ini, i berazam untuk mengutamakan kesihatan diri berbanding dengan makanan yang sedap. heheee.. boleh ke? masih berusaha untuk melupakan makanan yang boleh memudaratkan diri. kesedaran ini bermula bila mana, badan mula rasa sakit² bila bangun tidur. mudah letih dan mudah lenguh. kedengarannya macam orang tua kan? walhal, mak i pun jarang mengadu sakit² badan. kiehkehh...

tambahan pulak, bila terpandang anak² i yang masih kecil, timbul persoalan, sapa nak jaga mereka bila i sakit nanti? wahhhh.. boleh menitis airmata bila terbayangkan i terlantar sakit ataupun pergerakkan yang terbatas, anak² i yang kecik ajak main, nak mandi, nak susu, nak makan, nak pergi shopping. wahhh! tak dapat bayangkan bila i tak dapat nak penuhi permintaan mereka. 

jadinya, i ambil keputusan untuk meringankan sedikit badan dan ambil vitmin dan suppliment untuk kesihatan dan kecergasan badan. bermula awal tahun ini sehingga sekarang. Alhamdulillah, kesihatan semakin memberangsangkan. Lenguh² dan sakit² badan dah kurang. cuma sikap malas aje tak hilang lagi. kahakhahah.... semakin si Aufa Tahqif lambat bangun, semakin itu lah ibu dia duk berselubung dalam selimut. Nasib baik la i nie masuk kerja tengah hari. Jadi paling awal bangun 7 Pagi. heheee..

bercerita tentang meringankan berat badan, buat masa ini, berat badan terkini adalah 68kg. hahahhh.. sila gelakkan. rasanya ni la berat lemak yang paling banyak i ternak dalam badan. dalam usaha menurunkan ke 55kg sekurang² nya. harap² nya, berjaya la hendaknya. bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak.



ini adalah suppliment yang terbaru i beli. harga boleh la tahan mahalnya. tapi alhamdulliah, menampakkan kesan yang positif

Suppliment untuk mengurangkan berat badan


 skincare suppliment


Masih mengamalkan Evening primrose Oil dan juga Kalsium dalam bentuk pil. i memang tak suka susu bentuk cecair.. kiehkehhh

Tuesday, January 15, 2013

Selamat Datang 2013




Aloooo... dah hampir 3 minggu berada dalam tahun baru. Baru hari ini ada kesempatan untuk update blog. busy mengalahkan perdana menteri. enchhh! disebabkan akhir tahun hari tu, syaikat tempat keje i ni, buat promosi, so tak dapatlah nak mengadap komputer dan melayan internet seperti selalu. tambahan pula, i memang online dekat office *kat rumah tak de internet dan  juga komputer keikeihh*. rasanya i memang kena beli laptop baru la, baru ada masa agaknya. itu pun kalau ada masa! kiehkeihkehhh..

Apapun, selamat menyambut tahun baru kepada awak semua. semoga tahun baru ini mematangkan diri dan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun² sebelum nya.

banyak benda nak update sebenarnya, tentang nur iman dania yang dah pun bersekolah, tentang kerja, tentang Muhammad Aufa Tahqif. tapi satu² la ye... 

kepada korang yang selalu mengunjungi blog i yang tak seberapa ni i ucapkan terima kasih. sila la selalu singgah dekat blog ni ye.. i akan cuba update selalu yang mungkin.. ehh!