Tatacara Membeli Sparepart Barang Elektrik ::

December 12, 2012

Dah agak lama kan i tak bercerita pasal tips pembelian. so, kali ini nak cerita mengenai cara ataupun dengan lebih tepat lagi kaedah untuk membeli sparepart barang elektrik. Idea ini muncul apabila ada seorang pelanggan ni datang nak beli Blade kipas. Bila kita tanya ape brand? Dia kata apa² brand pun sama. Haaaa! kat mana rasanya kesilapan pelanggan ni? erm.... kesilapan beliau adalah tak tahu atau tak ingat brand kipas dia.

Perkara yang terpenting ketika kita nak beli sparepart barang² elektrik adalah kita mengetahui Jenama ape barang tu. Kerana setiap Jenama mempunyai struktur sparepart yang berbeza. Seperti Blade kipas. Ehhh! korang tahu tak Blade kipas tu ape? keihkehhhhh.. Blade kipas tu kalau terjemahkan 100% melayu adalah Bilah kipas. Bilah kipas ada jual tau, ada antara pelanggan yang tak tahu benda ni. asal blade ni pecah je, beli  kipas yang baru. Kan dah rugi. 

Kalau korang tahu jenama apa, maka senang sikit jurujual tu nak carikan untuk korang. kalau tak tahu Jenama ape memang payah sikit la nak cari. Dan selalunya jurujual ni *macam i la* malas nak layan sangat dengan pelanggan macam ni. tahu kenapa? sebab kita orang kena keluarkan semua sparepart tu dan bagi korang pilih. kalau ada 50 jenis? tak ke haru macam tu. Penat tu satu hal. Tak de komisen pun satu hal. heheheeee... selalunya sparepart yang kecil² ni, kedai letrik biasanya akan simpan. Sparepart kecil ni macam Bilah Kipas, Blender Gear, Blender Jug, Fan Knob, Mentol Peti Ais *peti ais model lama la, Peti Ais sekarang guna LED light* Tali mesin jahit, Washer Drain Hose, Washer inlet hose,  washer filter, vacuum beg, remote control dan macam² lagi la.

Selain daripada Jenama, Model guna merupakan elemen yang penting untuk korang tahu sebelum membuat pembelian barang sparepart. Seperti pembelian Vacuum beg. Setiap jenama ada beratus model barang. Macam Panasonic Vaccum. Panasonic vaccum mempunyai pelbagai model. so, untuk mendapatkan Vaccum beg tersebut, model vaccum itu adalah penting. 

Sekiranya sparepart tu tak ada di kedai². korang boleh memesan terus ke pusat service jenama tersebut. korang boleh minta tolong dengan jurujual kedai letrik yang ada connection dengan jenama tersebut. Macam mana nak tahu pekedai tu ada connection dengan jenama tersebut. Korang boleh lihat pada signboard kedai tu. Selalunya kedai letrik akan mempamerkan logo jenama yang mereka jual pada kedai mereka. Untuk membuat pesanan, korang kena tahu jenama dan juga model barang yang korang nak order sparepart tu. Memudahkan pekedai tersebut membuat pesanan terus ke pengeluar barang tersebut. Kalau korang nak order sparepart barang samsung, mereka akan orderkan dekat samsung. Kalau korang tak tahu jenama dan model, selalunya dia orang akan mintak korang balik dan comfirmkan jenama dan model barang elektrik tu.

See, bertapa pentingnya untuk mengetahu jenama dan model sesebuah barang yang korang nak order sparepart tu. Tak semua model dan jenama menggunakan sparepart yang sama. 

Kesimpulannya, bukannya kitaorang, jurujual, tak nak melayan karenah pelanggan yang nak beli sparepart tapi tak tahu jenama tak tahu model. sebab kami memang tak dapat nak tolong. kalau nak kena order barang tu, nak order ngan sapa kalau tak tahu jenama? kan? kan?

so bagi mereka yang lepas nie nak pergi beli barang² sparepart tolonglah jangan belagak pandai lah sangat. Jangan nak ego macam tahu sangat barang tu dan jangan nak tinggi diri dengan mengeluarkan kata² yang tak sedap nak dengar. Be cool customer ye!



Antara Sparepart Blender - Maaf yee nama sparepart tu dalam bahasa indonesia ^__^
Sumber dari : http://efatajaya.wordpress.com 
 Antara Sparepart Mesin Basuh - Maaf yee nama sparepart tu dalam bahasa indonesia ^__^
Sumber dari : http://efatajaya.wordpress.com 

You Might Also Like

39 Comments

  1. Salam..nk bli di mana ye? Cth: bilah kipas jenama mistral, model mtf 180, size 18" (450mm)..tqvm ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slalunye sparepart boleh beli dkt kedai letrik biasa. mcm fan blade tu, kena cari kedai yang ada deal dgn jenama mistral. ataupun bawa contoh blade tu. kalau dah patah, bawa yang kepala blade tu pun tak pe. mana tahu ada yang blade jenama lain yang serupa dengan blade tersebut.

      harap dapat membantu!

      Delete
  2. Camana nak order spare part samsung peti ais kalau kita ada part no dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Call / walk in direct ke Samsung Service Center...

      Delete
  3. thanks sis for info...!

    ReplyDelete

  4. sis. sy ade mslh lah nk beli hoses vakum tau x cmne? jenama electrolux Z209 Icute.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii awak... untuk dapatkan hose vacuum tu kan.. boleh contact customer services center elextrolux 1300 88 1122 atau 03-7843 5888

      Delete
  5. Hai sis..kalau blender jug tu nak cari kat mane ye.. dekat tesco ade x? Brand panasonic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blender jug boleh beli dekat mana² kedai elektrik. dekat tesco rasanye mcm takde.. kalau dekat Econsave ada.
      bawak contoh jug lebih baik

      Delete
  6. Assalam sis..sye punye fan blade bru patah..nk cari spare part x jumpe plak..mcm mne ye..mungkin sus ade cadangan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... sis boleh bawa contoh blade tu ke kedai² yg jual barang² elektrik. sometime kedai² hardware pun ada jual

      Delete
  7. katmana nak beli pcb mesin basuh? samsung... sy difahamkan ada ori ada made in china

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak beli PCB yang original boleh beli direct dengan Samsung services center. Boleh google lokasi terdekat.

      Delete
  8. Dekat mana boleh beli kipas mesin basuh ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipas mesin basuh boleh beli kat mana² kedai letrik, atau kedai repair. pastikan bawa yg rosak tu supaya mudah untuk dia orang cari sparepart

      Delete
  9. Dekat mana boleh beli kipas mesin basuh ek

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis..mna nak dpatkan moto kipas jenama khind ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.khind.com.my/customer_care.asp
      boleh search dkt sini..

      tapi pada pendapat saya, kalau tukar motor kipas, seperti beli kipas baru.. better beli kipas baru, ada warranty lagi..

      Delete
  11. Assalam cik,boleh tak sy dapatkan no phone cik , supaya senang sy nk berurusan ,tq

    ReplyDelete
  12. kalo nak beli spare part peti ais toshiba kene beli kt service center ke?tau x kt mana service center toshiba area damansara or sg buloh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli kay center, awak akan dapat yg original. kalau beli kat kedai sparepart lain, kenkadang tak dapat yg original

      boleh call no kat bawah ni..

      S FASTRAX ELECTRONIC ENTERPRISE

      NO 21 JALAN BRP 1/4 BUKIT RAHMAN PUTRA SUNGAI BULOH 47000 SELANGOR.

      Tel: +6019-3284798 / +6016-3116457
      Fax: +03-61413428

      Delete
  13. salam. em harga blade kipas 3 bilah agak agak berapa ringgit ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...
      blade kipas 3 bilah harga lebih kurang ni :
      utk 12" - rm 10.00
      utk 16" - rm 15.00

      Delete
  14. Penerangan yg baik, saya penin tngh cari batang vacum panasonic yg patah.. Kat mana boleh bersua agaknya.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii Yahuza...
      untuk batang vacuum panasonic boleh terus call direct panasonic, kalau di johor bahru boleh call service center PHONE : 07-554 3531

      Panasonic Malaysia Service Centre
      2, 2A, 2B Jalan Impian Emas 7, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor Bahru

      untuk maklumat lanjut boleh refer panasonics website

      Delete
  15. Salam sis..tkasih atas info yg sgt berguna.anyway kat mana boleh beli vacuum bag jenama LG? Kat kedai elektrik biasa ada ke?tkasih atas pertolongan.

    ReplyDelete
  16. Sis..klau blander brand faber.. ada cntct no dak? Pening cr tk jmpa

    ReplyDelete
  17. Sis.. klau blander brand faber.. ada cntct no dak? Puas cr tk jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk dapatkan sparepart utk faber boleh contact no no.
      1800-28-2093
      03-6286 9000

      8.30 Pagi - 6.00 petang
      Isnin hingga Jumaat.

      harap Dapat membantu !

      Delete
  18. Kalau motor vacuum samsung rosak..kt mne yer sy nk dptkn..coz waranty ilang dah

    ReplyDelete
  19. Salam. Rak peti ais patah, jenama samsung, ade jual partnye tak??

    ReplyDelete
  20. kak ,saye ade problem ngan w/machine singer model wt5410 ,parts die kat mana nak dapat ,saye nak buy... Washer Pulsator i u have it i buy

    ReplyDelete
  21. salam sis, nk tnye, kalo sparepart oven nk cr kt mane ea? jenama khind oven toaster model OT52R

    ReplyDelete
  22. slm sis.. kalau bilah kipas siling ada tak jual spare part dia?. mana nak cari yer. kipas KDK rosak bilahnya terlanggar dgn tangga, xtau mn nak cari. bole bg idea tak?. kot ada no contact kilangnya terus ke.. baru je pasang..blum guna lagi...

    ReplyDelete
  23. salam sia..mne nak dptkan getah depan y lekat kat mesin basuh..mesin basuh y masuk baju dri depan n getah terkoyak ..jenama samsung

    ReplyDelete
  24. salam
    di mana dan macam mana nak dapatkan alat ganti bagi bilah untuk kipas berdiri jenama i?
    dan juga penutup di tengahnya?
    tq

    ReplyDelete
  25. Pulsator mesin basuh jenama panasonic brapa ek anggaran harga benda alah tu

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum sis sy nk tnya vacum sy tu jenama cornell, bila time nk vacum tu body vacum tu jd kemek xtaua pehal jd gitu huhu mna ek nak anta repair atau beli spare part model cornell tu buntu sy dibuatnya.. tq sis

    ReplyDelete
  27. mane nak cari spare part mesin basuh nye, contoh nye getah drain tu.. bnyk kedai da pergi, tapi tak jumpa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images