Resepi Nasi Goreng Planta

December 18, 2012

Nasi goreng ni sinonim dengan sarapan pagi kan? tapi ada jugak yang makan nasi goreng ni pagi petang malam. sebabnya mudah disediakan. tak perlu banyak lauk. Tapi jangan selalu amalkan ye. sebab nasi goreng mengandungi kalori yang tinggi. Boleh memudaratkan kesihatan.

Suami i memang suka makan nasi goreng yang i masak. dia kata super sedap! sebenarnya yang membuatkan nasi goreng i sedap adalah bahan yang i guna. i tak suka masak cincai² ni. sebab tu setiap kali masak, Udang itu bahan wajib. tak kira masak nasi goreng ke masak sayur ke, i memang suka letak udang.

banyak pulak kan cerita i nie.Meh lah tengok resipi. 

Bahan-bahan
Nasi Putih secukupnya
sedikit belacan
2 Ulas Bawang putih - Di cincang
3 tangkai Kacang panjang - di hiris
10 Ekor Udang
2 biji telur
Sedikit minyak Masak
1 senduk planta
garam dan serbuk perisa secukupnya


Cara Memasak
panaskan minyak masak bersama planta. Tumis bawang putih dan belacan sehingga naik baru. selepas itu masukkan udang. Tunggu sehingga udang masak. selepas itu masukkan sayur . kacau sekejap then masukkan telur dan gaul rata.Kemudian masukkan nasi, garam dan sebuk perisa. Siap!





 Planta Kena campurkan dengan minyak supaya planta tu tidak hangus kalau terlalu panas



Extra sayur. Suami i suka letak sayur lebih











Dah hampir selesai makan baru teringat nak ambil gambar ^__^


Selamat mencuba!

You Might Also Like

1 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images