Tuesday, December 11, 2012

Mansuhkan Caj Penghantaran Untuk Pembelian Online

wahhh rajin pulak i update blog hari ni kan? disebabkan bos hari nie pergi meeting, so i ada masa yang banyak untuk mengular. kalau bos i ada, maknanya i kena standby dengan kerja² yang bukan dalam bidang kepakaran i. sebab itulah lately i sibuk nak menyiapkan kerja² tu. dah nama pun bukan dalam bidang kepakaran, dah tentulah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugas itu mengikut citarasa bos i. Nanti i cerita lebih lanjut tentang job yang bukan dalam kepakaran i ni, ye..!

Masuk² kerja je, i akan cek facebook. tengok aktiviti kawan² dan skodeng online shop. Mana lah tahu ada yang berkenan kat hati ke. Tetiba mata i berkenan dekat Shawl Radusite. Cantik! Cantik! so, cepat² pergi website dia, pastu register then booking. tapi bila dah nak hampir selesai, rasa macam tak berbaloi pulak sebab kena bayar caj penghantaran Rm 6.00. eleh Rm 6.00 pun nak berkira kan? Bukan masalah Rm 6.00 tapi bila i totalkan harga shawl tu jadi  Rm 45.00 terus jadi tawar hati.

Kedekut kan i. entah la, ni la masalah i, jarang sangat nak beli barang yang melebihi Rm 40.00. i rasa mahal sangat. keihkeihhh.. harga shawl tu dah cantik Rm 39.00 je. Angka 3 tu buat dia murah. Bila naik jadi Angka 4, Hati i kata mahal. Maafkan saye Shawl yang cantik. Awak memang cantik, tapi saya memang kedekut. 


Cantikan Shawl Pink tu, ada Ribbon. Alah² cantikkk nyeeee


Alahai ada caj penghantaran pulak!


Mungkin i kena pergi sendiri la kedai radusite ni. baru berbaloi kot nak beli shawl tu. Tapi shawl tu serius cantik 

2 comments:

  1. Haha

    Betui betui..kadang da molek da harga barang nak beli,bila tambah dgn caj hantar,terus terbantut..baik cari kat luar...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*