Wednesday, December 26, 2012

Johor Outlet Premium

Bersempena dengan en Suami bercuti, i dan family dapat menjejakkan kaki dekat Johor Outlet Premium. terkadang terlintas juga dekat fikiran, nama je duduk dekat Johor, tapi nak menjejakkan kaki kat tempat² baru dibuka, memang mengambil masa yang panjang. hehehe.. sebabnya, i tak boleh nak drive seorang bila ada anak panda 2 orang ni ikut. Kalau kakak je yang ikut, rasanya i boleh handle lagi. Bila dah Adik panda yang ikut, rasanya belum keluar dari kawasan taman tempat tinggal i ni dia dah merengek tak boleh duduk diam dalam car seater. ^_^. so, terpaksalah kena tunggu suami i bercuti. tu pun jarang dapat cuti yang kena dengan hari cuti i. nasib badan! tapi alhamdulillah, sekurang² dapat la juga menjejakkan kaki dekat sini walaupun terlewat.

berbekalkan stroller baru Muhammad Aufa, perjalanan memang lancar. keikhekhh! nak mention jugak Aufa dah ada stroller baru kan. Walaupun budak ini, setiap kali ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang, Bila berat kenaikkan berat badan selari dengan garisan kuning. tak ada siapa yang larat mengedong dia dengan lama. Banyak berat!

Okey, lari dari topic pulak kan! perjalanan ke sini daripada pasir gudang, sebenarnya tidak la susah. tapi disebabkan suami i nak jimat duit tol, jadi kami turun di exit senai. so, jalan dia amat lah berliku². tapi sebenarnya kalau nak senang kena ambil exit senai utara dan kos tol cuma Rm 0.80 sahaja. hahaha! kemain lagi nak berjimat.

Daripada permerhatian i, rasanya ini bukan tempat i untuk beli membeli belah. hahahah! okey serius i cakap, i tak mampu nak beli barang² dekat sini. i rasa macam kat oversea pulak bila kiri kanan menjual barang² yang berjenama. fuyoooo, feeling ada dekat oversea pulak. Nasib baik tak turun sajli. kalau terturun nya salji dekat JPO tu, mesti feeling² dekat korea. enceehhhh! berangan!

Dalam banyak² kedai berjenama dekat sini, i mampu masuk Padini sahaja. keihkehhh. i memang tak berminat langsung nak beli baju berjenama dengan harga yang melebihi Rm 40.00. kalau terpaksa beli, i fikir berpuluh² kali sebelum beli. ok memang i berkira! 

Banyak² tempat dekat sini, Food court adalah tempat yang paling best i rasa. keihkehh.. sebab kat sini adalah tempat makan. kalau bab makan, mahal macam mana pun i sanggup. ^_^





Tak pernah tahu pun jenama ni.. Kolot tak i ?
















































Nak beli DSLR la. Boleh tangkap gambar lagi cantik daripada ni kan kan?

1 comment:

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*