Tuesday, December 11, 2012

Gara-gara Tertinggal Beg Make-Up

Pagi tadi baru perasan yang beg make-up i tertinggal kat dalam drawer tempat kerja! uwaaahhhh!! macam nak lempang diri sendiri sebab cuai!! husband yang ada dalam bilik ketika itu, ketawa mengejek senyap². cisbedebah! mood yang bergitu girang nak pergi kerja jadi merundum!! uwahhh! lagi mengharukan, bila tengok muka dalam cermin pucat macam mak nenek! hahahaha! sadis! sadis!

Beg make-up selalunya i akan usung ke mana pun i pergi. sebab itu i akan beli beg yang besar untuk mengisi barang² penting, seperti camera, Dompet, Handphone dan Beg Make-up. patut la semalam, bila balik, i rasa beg macam ringan je..

so, nak dijadikan cerita, i selongkar bilik mak, terjumpa foundation yang lama. korek² nasib baik ada sikit untuk tutup pori² dan cela². then i tampal dengan bedak Aufa dan Dania. tak de la macam mak nenek sangat la kan.






Comot sikit beg makeup nie. dah masuk 3 tahun i pakai masih lagi cantik! Harga Rm 10.00 dekat bazar karat



seriusly i rasa macam mak nenek bila tengok muka makcik nie!


Moral nya, lepas touch-up terus simpan dalam beg. 

2 comments:

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*