Birthday Party Muhammad Aufa Tahqif Yang Pertama

December 26, 2012

16 Disember yang lalu, genaplah umur budak kecik nie setahun! oooohhyyeeee! anak ibu dah besar! sempena menyambut hari ulang tahun dia yang pertama, i dan suami excited betul nak buat majlis ringkas untuk meraikan tarikh penting ni. kebetulan pula, 16 disember jatuh pada hari ahad. Maka, bersesuaian la dengan cuti ibu dan ayah nya.

Majlis i buat dekat rumah mama, sebab kebanyakkan jiran tetangga dekat sini kenal dengan Aufa. kalau buat dekat rumah mak i, rasanya tak berapa nak seronok sebab mereka tak kenal anak i tu macam mana bentuknya. kalau dekat kawasan perjiranan rumah mak mertua i, rata² kenal sapa Muhammad Aufa Tahqif.

Tukang memasak menu adalah mak i. hehehe! masakan mak i paling sedap sebenarnya. lagipun i tak nak membebankan mak mertua i untuk masak itu dan ini. so, i serahkan tugas memasak tu kepada mak i. Laksa Johor, pulut kuning dan kari ayam, mak i yang masak. i pun nak tunjuk skill memasak untuk majlis. hehehe! menu yang i masak, spegetti ayam dan pavlova. encehhhh! menu mat saleh saja kan? hahah.. tu yang paling senang.

Jemputan tak ramai sangat, buat secara sederhana dengan budjet yang sederhana. walaupun sederhana, bila lihat anak² i happy, budak² kecik yang datang pun happy. So i pun happy. Tapi yang sebenarnya menyambut birthday pada hari tu macam Nur Iman Dania pulak. Yang tiup lilin nur iman dania, Yang potong kek pun Nur Iman Dania. hahah.. tak pe la kakak, next birthday kakak, ibu buat dekat rumah mama jugak ye. boleh jemput kawan² kakak..

Apa kata korang layan gambar² sekitar majlis yang diambil oleh suami i. orangnya tak berapa pro dalam hal mengambil gambar, so korang tengok aje la yeee...





















ini mama, mak mertua i


kakak yang over kan? kan?


gediknya kakak!!

Semoga Muhammad Aufa Tahqif menjadi insan yang hebat, sehebat makna namanya! 

You Might Also Like

1 Comments

  1. Happy birthday Aufa :) Alalala... cepatnya dah setahun ye

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images