:: The Red Sweet Cherry Stoller ::

November 06, 2012

seperti yang korang tahu, i mengidamkan stroller baru untuk Muhammad Aufa Tahqif. kalau yang tak tahu boleh rujuk pada entry ini 
http://rozietaraffar.blogspot.com/2012/10/cerita-tentang-stroller.html
Memandangkan stoller yang sedia ada ni dan tak boleh nak tampung tinggi anak i ni, so i merancang nak beli yang baru, yang lebih besar. Supaya kalau Aufa baring dalam stoller yang baru tu, tak adalah sampai terjulur keluar kaki dia. hahaha! stoller yang sedia ada ni, kalau dia baring, mesti kaki dia terjulur keluar. adakalanya dia bengkokkan kaki dia biar muat² dalam perut stoller tu.

Ahad yang lepas, i pergi Jusco Bukit Indah, hajat nak tengok ada lagi tak stoller tu. You know What? stoller tu dah tak ada! Bukan setakat Sales discount je yang tak ada. batang hidung stoller tu pun tak nampak! iskk iskkk kejamnya Jusco ni kan. tak tinggalkan satu pun untuk i. melepas lah macam ni. 

ini la rupanya stoller yang i nak beli tu

Moralnya. Kalau dah dapat ape yang di hajati, sila sambar dengan cepat. kononnya i nie nak kumpul duit. tak nak guna duit yang ada pada waktu tu. kan! dan melepas. lain kali, tak mo kumpul² lagi. kalau dah berkenan sambar jek! kan kan! frust tau i, frust sangat!


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images