Happy Anniversary 12 Years ! - Aku wanita bekerjaya

November 14, 2012

Bila i cakap yang i ni wanita berkerjaya, ramai sangat yang gelakkan i. lebih² en suami. bergitu juga dengan adik² i, officemate i pun akan gelakkan i bila i mention yang i ni wanita berkerjaya. tapi i tak kisah, walaupun kerjaya i sekarang ni bukan lah yang memakai suit pejabat, kerja tempat yang ada air-cond. punya bilik kerja sendiri ataupun meja kerja yang ada partion. kerusi tempat i duduk bukanlah kerusi yang tingginya boleh menutup kepala. 

tempat kerja i "open air", mempunyai memandangan hadapan yang menghijau bila waktu siang dan pada waktu malam, pemandangan indah limpahan cahaya lampu kelip² dan biasan lampu daripada kenderaan yang lalu lalang. 

bila menoleh ke kiri dan kanan, pemandangan yang menyeronokan bila semua LED di pasang. lebih² lagi, bila rancangan itu menarik permerhatian i. Namun bergitu, pemandangan belakang bukanlah satu yang menyeronokkan, kerana disitu lah terdapatnya mak lampir dan pembantunya serta tuan boss. hahahahaha!!

kerja sebagai jurujual bukanlah satu pekerjaan yang menghinakan. Walaupun, ini bukanlah pekerjaan impian i, tapi sekurang² i bersyukur sangat kerana diberi peluang memikul tanggungjawab ini. melayan karenah pelanggan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan apabila pelanggan tu hidungnya tinggi macam nenek kebayan. ego melebihi Gunung Everest, yang mana percakapannya boleh menimbulkan kebencian dan kemurungan sepanjang hari. tapi acapkali i memang dapat pelanggan bengong macam ni. tapi i tetap juga menyeronokkan diri melayan mereka ini Tetapi i caj harga lebih hangat daripada biasa setimpal dengan kesombongan pelanggan tersebut. Off Course la, mereka kena bayar sakit hati i. ^__^ hahaaaa..... tapi tak semua mcm tu. ada juga pelanggan yang friendly, yang menimbulkan keseronokkan untuk i terus menjadi jurujual yang berkaliber. enceh enceh! ape poyo sangat ayat i ni. hahahahahaaa!

walaupun suasana kerja yang nampak macam low class, kerjaya pun adakalanya orang cakap low class. tapi Alhamdulillah income menjamin masa hadapan. ada juga antara pelanggan tanya " kerja kat sini boleh dapat Rm 1000.00 ke? " helllloooo makcik, kami mampu pakai inspira* itu officemate i la, i tetap setia pada produa*

apa pun, i suka dengan kerja i sekarang. walaupun kelayakkan untuk kerja ni, tidak memerlukan Ijazah yang i gengam. tapi i cukup puas bila apa yang i target setiap bulan dapat dicapai. sebab itu, bertahan di sini 12 tahun. Yeaaa! Happy Anniversary! 22 November ni genap 12 tahun i di sini. happy sangat!

PC i selalunya akan dihiasi dengan pic makanan.. hehehe


full view workplace i











Tabung masa depan !


First Aid

Mana-mana tempat kerja mesti ada masalah. jangan pandang serius hal² macam ini. ambil pendekatan masuk telinga kanan keluar telinga kiri

You Might Also Like

4 Comments

  1. wah..bestnyer..ogy pun sambut anniversary yg ke-2 mgu kat tmpt keje 15hb november nie...eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy anniversary jugak.. Moga kekal smapi 12 tahun.. Hehehe

      Delete
  2. Happy anniversary wanita bekerjaya :) be strong to continue until more & more years *love

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images