:: Aufa Kuat Gigit Semenjak Ada Gigi Sendiri ::

November 05, 2012


pejam celik pejam celik dah 11 bulan usia budak kecik ni kan? cepat sungguh masa berjalan, masih lagi rasa seronok bawak perut yang memboyot ke hulu ke hilir. pastu makan pun tak ada pantang². perut pun tak payah nak cover² buncit *part ni yang paling i suka*. bila lalu dekat depan kedai maternity house rasa macam nak pregnant lagi sekali pulak.. ahaaaa alahaiiii jiwa kacau betul lah..



okey, berbalik pada Muhammad Aufa Tahqif, pada usia 11 bulan ni, gigi dia dah tumbuh 4 batang. 2 di atas, dan lagi 2 di bawah. 2 di atas kemain besarnya macam gigi arnab. kata anak perempuan i, Nurhidayatul Najwa, mentang² lah lahir tahun arnab, gigi depan pun macam arnab. 

Jangan percaya pada muka comel yang nampak kemain baik ni. hahhaaa... sebenarnya otak dia ligat fikir ape yang yang dia nak buat lepas ni

orang kata, kalau tumbuh gigi cepat, maknanya lambat berjalan. mmmmm.. ye la kot. Tanda² untuk berjalan tu masih tak nampak lagi lah. tapi kaki dia memang dah kuat. kalau naik walker, macam bawak kerete ferrari laju dia. kadang² mintak tatihkan dia berjalan, terus menuju ke tangga! tangga okey! sungguh bahaya! 

suka sangat main tendang² bola. pastu suka sangat melampah² badan orang terutama kakak dia, Nur Iman Dania. dan yang paling tak sanggup. budak kecik ni kuat gigit! hahahaaaa.....

Nampak tak gigi arnab yang kuat gigit tu!

mak mertua i kata, bahu dia dah naik lebam sebab kena gigit setiap kali mendukung budak kecik ni. tabiat yang tak pernah hilang sehingga sekarang, ligat macam ulat! tak reti duduk diam. even masa kita dukung dia pun, kaki tangan badan semua bergerak. tak duduk diam.

tapi seronok bila anak i ligat dan sihat macam tu. walaupun sakit² satu badan.


Nurhidayatul Najwa tu anak bucuk, So that means, i ni ibu tiri la ... tapi i ibu tiri modern
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images