:: Anak Luar Nikah Tidak Boleh Di Bawa Ke Mekah ::

November 07, 2012

Bila membaca tajuk entry kali ini, mesti ramai yang nak lempang i kan? relax²... jangan la lempang i, sebenarnya perkara ini i terjumpa dekat wall facebook i. Memang menarik perhatian sesiapa juga untuk memaki hamun bagi yang mempunyai mendapat yang tidak sama seperti ini.

apa yang i sangat² pelik, mengapa ada di antara kita, selalu mempersoalkan kehadiran dan kelahiran anak² diluar pernikahan? mengapa tanggapan negetif selalunya akan dilemparkan kepada bayi tersebut. mengapa tidak kita menyalahkan pelakunya iaitu ibu dan bapa kepada bayi tersebut.

setkan mind kita, anak² tersebut tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai anak luar nikah. tidak pernah sekalipun mereka akan terfikir bahawa kehadiran mereka akan menyusahkan dan mengaibkan sesiapa. kenapa masih ada yang tak mengerti. apa dosa yang mereka buat sampai banyak masyarakat masih memberikan tanggapan negetif terhadap bayi² ni.

seperi yang pernah i cakap, anak² ini, kalau di toreh kulitnya, maka akan mengalirkan darah yang sama dengan darah anak² yang sah tarafnya. Maka apa yang membezakan mereka sampai ada yang beranggappan bahawa anak² ni tidak boleh di bawa ke Mekah.

Sedangkan "Manusia Halal" yang penuh dosa pun masih lagi diterima di Mekah, inikan pula Bayi yang suci tanpa dosa. yang melabelkan "Anak Haram" Bukan datangnya dari ALLAH, bahkan manusia yang mempunyai darah yang sama. tak tahu lah pulak kalau "manusia" itu mempunyai darah yang bercampur dengan emas hinggakan mereka rasa layak untuk melabelkan seperti itu.

Anak² ini, jika diasuh dengan penuh kasih sayang, dididik dengan pendidikan Agama Islam yang sempurna, InsyaALLAH akan menjadi insan kebanggaan orang lain, menjadi Insan yang berguna kepada diri mereka sendiri, Bangsa dan Agama.

Selalunya anak² seperti ini, dipermudahkan penjagaanya oleh ALLAH S.W.T. Tidak percaya! Percayalah, sebab i ada pengalaman!




Status Facebook Dari Anak Angkat untuk dibela


Antara komen yang i rasa memberikan cukup jelas penjelasan kepada orang² yang berkenaan

i rasa nak lempang mak ayah pemanggil tu. dengan yang buat panggilan tu pun i nak lempang sekali. Geram! geram!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Mmg i pn marah baca pasal kt FB tu...xder iman ke dia org tu...sbgai org tua dia org patut tahu hukum halal haram ni...
    Akak pn bela anak angkat mcm adik jgak...alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya sepanjang kita bela anak angkat nie...anak akak pn dh nk masuk 4 tahun anak lelaki...akak n husband syg sgt2 kt anak akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata orang membesarkan anak² sebergini amat mudah berbanding dengan anak sendiri kan? tahniah akk sebab sayangkan anak angkat akk! saye pun sayang sangat dengan anak angkat saya walaupun dah ada anak sendiri...

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images