:: Aids Juga ada pada Kucing ::

November 08, 2012

Disebabkan Muhammad Aufa Tahqif dah tersedar seawal 6 pagi, itu pun disebabkan Ayah dia bukak lampu dalam bilik time nak bersiap pergi kerja. tapi, kalau tak bukak lampu pun memang pada waktu ni, memang dia akan tersedar sekitar 6.30 pagi. bertuah punya budak sorang ni kan, tak bagi ibu dia nak bangun lewat sikit.

Disebabkan bangun awal, dapat lah tengok TV3 Malaysia Hari ini pagi tadi. Dan issued yang menarik perhatian  i adalah berkenaan kucing. Sebelum lahirnya Nur Iman Dania, rumah i penuh dengan kucing. Dulu i bahasakan diri i ibu untuk kucing² i. See bertuahnya kucing² i kan. tapi semenjak i adopted Nur Iman Dania, i dah tak bela kucing lagi. Mak i memang Anti-Kucing, so beliau jadikan Nur Iman Dania sebagai alasan yang kukuh untuk i tidak lagi membela kucing. huhhuuu...

Berbalik pada racangan Malaysia hari ini pagi tadi, baru i tahu hari ini bahawa kucing pun boleh dijangkiti AIDS. Kuman yang menyerang kucing yang menghidapi AIDS ini adalah FIV - Feline Immudodeficiency Virus dan jangan bimbang, Virus ini tidak boleh menjangkit  manusia! jangan bimbang ye...

Seperti AIDS pada manusia, Virus FIV ini akan menyerang sistem imun. Selalunya Virus ini disebarkan kepada kucing lain melalui gigitan dimana kebanyakkan virus akan disebarkan menerusi air liur kucing tersebut. berita baik bagi pembela kucing, ibu kucing yang menghidapi FIV ini, kebarangkalian untuk menyebarkan virus kepada anak dalam kandungannya adalah amat tipis.

Tanda-tanda awal jangkitan virus ini adalah, deman, hilang selera makan, cirit birit, lesu dan bengkak hati. jika keadaaan kucing itu bertambah teruk, kucing tersebut akan berkudis di badannya, mulut dan mata serta penyusutan berat badan.

Kalau korang tanya ada ubat tak? ada penemuan vaksin untuk virus ini yang dinamakan  RetroMADI di Klinik Haiwan & Surgeri Wawasan yang dikendalikan oleh Dr Thaim Khoon  dan Dr Wong Shaw Feei di Pusat Bandar Puchong. Korang boleh baca articel mereka di sini 

http://www.furryfriendsfarm.org.my/in-the-press/retromad1-new-drug-packs-big-promise/


so, pencegahan awal selalunya boleh menyelamatkan nyawa, so bawa kucing² pelihara korang untuk mendapatkan vaksin seawal usianya 8 minggu. Untuk maklumat lanjut boleh refer pada artical ini

http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/92-aids-kucing



jom layan gambar antara kucing² yang pernah i bela.

Pumpkin a.k.a epam, Uun & Citot



Haiii nama saya Opie, ni adalah aksi gedix saye!


 Hyeee.... ibu saya ni lupa nama saya, sebab dah banyak sangat anak kucing yang dia bela.. hahaaa tapi saya tak amik hati pun

Sumber : Adalah seperi yang di higlight di atas. Thanks for the info..

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images