Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, sekejap hujan lebat, pastu panas yang melampau. sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan kita. bermula dengan Muhammad Aufa yang selsema selepas itu batuk, Nur Iman Dania pulak ikut jejak langkah dan seterusnya ibu dan ayah dia. so, the whole family terkena virus.
ayahnya tak la terus sgt sakitnya, ibu dia aje yang teruk. hahaha.. mungkin dah tua, so antibodi dah kurang. tu yang lambat baik. kira² lebih 2 minggu jugak selsema dan batuk menempek kat dalam badan i. sampai satu tahap, hingus bercampur darah. *pengsan*
selain daripada makan ubat dari klinik, mak suggestkan minum air pati limau nipis. Alhamdullilah berkesan dengan badan i. akhirnya batuk dan selesema beransur baik. walaupun suara tidak pulih sepenuhnya. masih senggau dan garau macam jantan! hahaaa...
Cara-cara untuk buat pati limau nipis ni macam ni:
Bahan-bahannya :1 biji Limau NipisSedikit garam1/4 cawan air masakCara membuatnya :Perahkan limau nipis ke dalam cawan.campurkan sedikit garam, Kacau hingga larut garam tuselepas tu boleh dicampur dengan sedikit air. pastu boleh minum
Mak i ada masalah batuk yang agak kronik hinggakan dia pernah sesak nafas macam semput. so dia amalkan pati limau nipis ni, alhamdulillah, sekarang dah tak ada lagi masalah batuk dan pernafasan. Tapi di ingatkan, petua ni untuk orang dewasa ye. jangan pula korang cuba² buat dekat budak² dan baby. i tak nak bertanggungjawab kalau ada apa² masalah yang timbul.
besar nya tangan makcik ni, hahahaa
Selamat mencuba!