:: Budjet 2013 yang membawa perbalahan ::

October 01, 2012

hellooo... assalamualaikum, 
hari ni bukan nak cerita tentang intipati budjet 2013 yang telah pun dibentangkan. tapi i rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan individu yang merasa tidak puashati dengan inti karipap budjet 2013 yang mereka rasakan berat sebelah lalu melemparkan kemarahan itu kepada individu lain ...

 bermula dengan status individu ini... pastu meleret entah ape ape je..



Apa yang menghangit kan i pada malam tersebut statement yang i kotakan merah. menjawab persoalan mereka yang tidak berpuashati dengan kesenangan yang baru sahaja warga felda kecapi, tapak tanah rumah dan juga kebun bukan la diberi percuma oleh felda. mana ada barang yang bernilai itu percuma. Mak dan abah i bayar setiap bulan selama berpuluh² tahun dengan hasil kelapa sawit. maknanya dengan duit gaji setiap bulan. bukannya diberi PERCUMA. Subsidi memang warga felda terima. yang i tahu seperti Subsidi baja, Subsidi racun. pada peringkat permulaan, memang warga felda memerlukan subsidi ini, sebabnya KAMI ORANG SUSAH. harga sawit tak menentu. adakalanya, Arwah Abah aku cuma bergaji RM 0.20 pada bulan tersebut setelah tolak belanja barang dapur dekat kedai syarikat yang boleh bertahan setakat setengah bulan kalau kami berjimat.. dulu kedai syarikat la, tapi sekarang dah tukar kedai D'Mart. kepada individu tersebut, pernah ke tengok mak ayah u dapat gaji rm 0.20?? pernah?? 

Pernah tak korang semua pergi sekolah tak bawa duit belanja? pernah tak korang makan KULIT UBI KAYU untuk makan tengah hari?? Pernah tak?? Orang Felda dulu bukan senang. bukan anak emas pada sesiapa. kami semua baru saja nak merasa nikmat senang. warga felda bukan duduk goyang kaki dekat rumah untuk dapat hasil macam sekarang. 

ada pula individu yang mempersoalkan tentang sumbangan kami warga felda. hahaaaa.... okey serius memang i gelak. orang buta pun maybe boleh tahu apa sumbangan kami. Felda membekalkan kelapa sawit terbesar di malaysia. So, korang rasa apa sumbangan kami untuk korang? so, masing² diberikan akal dan fikiran untuk berfikir...so, sila la fikir!




sebenarnya, i tak berapa nak faham, apa yang individu ini sakit hati. padahal masa budjet 2013 lepas, takde la pulak perdana menteri melebih-lebihkan felda. tapi kenapa mereka sakit hati sangat sampaikan tergamak nak publish statement yang boleh menguriskan perasaan orang lain. hanya orang² yang melalui saja tahu bertapa payahnya kami nak bertahan sehingga sekarang. 

maybe dia orang ni nak PM bagi bonus selambak sampai boleh beli banglo sebiji kot. tapi itu la kan, kalau dihitung kerja sehari cuma 1 jam dan selebihnya adalah mengular, rasanya layak ke nak dapat keistimewaan macam itu? renung² kan dan fikir² kan...


berharap sangat kepada mereka yang terlibat, bersyukur dengan apa yang anda dapat itu lebih baik daripada menyalak tak tentu hala dan mendapat dosa..

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images