::Break Kereta ::

October 21, 2012


Bulan ni, kereta i memang menghabiskan duit i banyak sangat. bermula daripada tukar empat tayar kemudian dengan break. walaupun tayar yang i tukar tu secondhand. tapi mau pengsan jugak la bila terpaksa keluarkan duit yang banyak pada satu-satu masa. kenapa tak beli tayar baru aje? pada i, tayar baru ke tayar secondhand ke, sama aje kualiti nya. sebagai pengguna, kita harus bijak memilih. i dapat tayar secondhand yang memang baru. 

Owner lama beli sportrim baru, so tayar size 12" ni, tak boleh guna untuk sportrim yang cantik tu. lagi pula, i tengok, tayar tu masih baru dengan bunga tayar yang masih banyak. dah yang lebih penting, tiada kesan tampal. i nasihatkan kepada korang, yang nak beli tayar kereta secondhand, perkara utama yang korang kena perhatikan adalah bunga tayar dan kesan tampal. jangan sesekali beli tayar kereta yang ada kesan tampal. berkemungkinan besar, pada kesan tampal itu ada kebocoran. dan yang mengharukan, bila kesan tampal itu bocor, maknanya tayar itu tidak boleh lagi ditampal, korang kena buang dalam longkang aje.. hahaaaaa... i belajar dari kesilapan. harga tayar secondhand bersize 12" lebih kurang Rm 50.00 sebiji. kalau yang baru lebih kurang RM 115.00 sebiji. hah? nampak tak dia punya perbezaan?

mengenai break kereta, i pun tak berapa nak ingat bila kali terakhir i cek break. selagi i guna break, kereta i berhenti macam biasa, pada i itu cukup baik. heheeheee... ketika tukar tayar tempoh hari, budak makenik tu bagitahu, break kereta i dah habis. so selang 2 minggu baru la poket i ada nafas nak bayar break tu. harga dia RM 80.00. itu break biasa. kalau break yang baik harga dia RM 95.00 dan ada kos pemasangan. ceh! tengok dia orang, baru selang 2 minggu, harga dan bertukar. 

alhamdulillah, sekarang buah hati i ni, dah boleh berjalan jauh, timing bell pun dah tukar, tayar cantik, break berkeadaan baik. so panjanglah sikit langkah i. takde la asyik nak tukar kereta dengan bucuk aje.. 




Kereta i di kudungkan kakinya.. jap ek sayang! 






Berhati² memandu kepada awak, awak dan awak semua!


Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

1 Comments

  1. Biasalah Eita, kadang-kadang kereta nak jugak bermanja dengan tuannya. Penat dah hari-hari bawak tuannya jalan-jalan :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images