:: Andainya Laksamana Sunan itu bukan satu Mitos ::

October 29, 2012



Apabila hujan turun, 
Melimpahlah air dari perbukitan, 
Aliran menunjah ke batu,,
Melekuk tanda waktu Beralih,
Seiring nyawa menghanyutkan usia,
Sejalan Nafas melangkah ke hujung, 
Awan kalau dapat dicapai,
Maka saktilah Hamba,
kamu bagaikan puteri Haryani.

Membaca itu satu amalan yang banyak manfaatnya kan? dari muda lagi i memang suka sangat baca novel. Ketika masih bersekolah, i peminat setia novel karya Ahadiat Akasyah. terutama sekali legenda budak setan. tapi masa tu nama pun budak sekolah, i pinjam dari rakan je. itu pun kena ambil nombor nak pinjam. lepas tu, maraton baca sampai tak tidur satu malam gara-gara ramai lagi yang dok tunggu giliran. fergh! gila la kalau di ingat masa tu. siap nangis² sebab terlalu feeling baca novel. hahahaaaa.....

selain daripada legenda budak setan, i ada juga la beli senaskah dua novel Ahadiat Akashah ni diantaranya Pilot, Boy I, Boy II, Cinderlla dan macam-macam lagi. tak ingat la nak listkan kesemuanya. ada di antaranya yang masih lagi dalam simpanan, dan ada di antaranya orang pinjam yang tak mahu pulang²..

selepas zaman Ahadiat Akashah, i beralih pula pada novel keluaran Alaf 21. antara penulis yang i minat hasil karya nya adalah Norhayati ibrahim dan Damia Hanna. dan yang terbaru Ramlee Awang Murshid. gara² watak Laksamana Sunan yang tersangat la owesome hingga terbawa² ke mimpi. memang dahsyat sungguh penanggan karetor Laksamana sunan ni kan.

bermula dengan pengembaraan Laksamana yang merupakan anak jati punggor Muar Johor yang melarikan diri ke Melaka seterusnya menaiki kapal dagang ke acheh kerana merajukkan Ayahnya yang menghukum tanpa usul periksa. Kemudian beliau berguru dengan Wali sufi tentang ilmu pendekar dan juga agama Islam disana. Bertemu dengan Haryani yang termasuk di zaman Laksamana sunan ketika haryani koma diseret peragut. pertemuan yang menghasilkan perasaan kasih dan sayang. paling best part ni. tapi tak mungkinlah kan dua zaman yang berbeza boleh bersatu. Haryani yang tersedar dari koma amat rindukan Laksaman sunan yang mana pada zaman itu telah pun tiada. tragis tak? 

permulaan yang sangat cantik. boleh buat korang jatuh cinta dengan keperibadian Sunan yang Taatkan Perintah Allah. disebabkan i cintakan karektor Laksamana Sunan ataupun nama sebenarnya Saifuddin Jalis, i follow setiap langkah perjalanan beliau. tapi sayangnya, Langkah Laksamana ini telah pun berakhir. Pengakhiran yang sangat best. 

so, i suggestkan pada korang novel ini. memang kalau masih lagi tercari-cari cari bahan bacaan yang best. sekali-sekala tengelamkan diri dalam dunia fantasi memang menyeronokkan! heeee selamat membaca!

Ada tak sesiapa Producer Filem yang nak filemkan novel nie! Siapalah agaknya  yang sesuai bawak watak Laksamana Sunan  tu kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images