Monday, October 29, 2012

:: Andainya Laksamana Sunan itu bukan satu Mitos ::



Apabila hujan turun, 
Melimpahlah air dari perbukitan, 
Aliran menunjah ke batu,,
Melekuk tanda waktu Beralih,
Seiring nyawa menghanyutkan usia,
Sejalan Nafas melangkah ke hujung, 
Awan kalau dapat dicapai,
Maka saktilah Hamba,
kamu bagaikan puteri Haryani.

Membaca itu satu amalan yang banyak manfaatnya kan? dari muda lagi i memang suka sangat baca novel. Ketika masih bersekolah, i peminat setia novel karya Ahadiat Akasyah. terutama sekali legenda budak setan. tapi masa tu nama pun budak sekolah, i pinjam dari rakan je. itu pun kena ambil nombor nak pinjam. lepas tu, maraton baca sampai tak tidur satu malam gara-gara ramai lagi yang dok tunggu giliran. fergh! gila la kalau di ingat masa tu. siap nangis² sebab terlalu feeling baca novel. hahahaaaa.....

selain daripada legenda budak setan, i ada juga la beli senaskah dua novel Ahadiat Akashah ni diantaranya Pilot, Boy I, Boy II, Cinderlla dan macam-macam lagi. tak ingat la nak listkan kesemuanya. ada di antaranya yang masih lagi dalam simpanan, dan ada di antaranya orang pinjam yang tak mahu pulang²..

selepas zaman Ahadiat Akashah, i beralih pula pada novel keluaran Alaf 21. antara penulis yang i minat hasil karya nya adalah Norhayati ibrahim dan Damia Hanna. dan yang terbaru Ramlee Awang Murshid. gara² watak Laksamana Sunan yang tersangat la owesome hingga terbawa² ke mimpi. memang dahsyat sungguh penanggan karetor Laksamana sunan ni kan.

bermula dengan pengembaraan Laksamana yang merupakan anak jati punggor Muar Johor yang melarikan diri ke Melaka seterusnya menaiki kapal dagang ke acheh kerana merajukkan Ayahnya yang menghukum tanpa usul periksa. Kemudian beliau berguru dengan Wali sufi tentang ilmu pendekar dan juga agama Islam disana. Bertemu dengan Haryani yang termasuk di zaman Laksamana sunan ketika haryani koma diseret peragut. pertemuan yang menghasilkan perasaan kasih dan sayang. paling best part ni. tapi tak mungkinlah kan dua zaman yang berbeza boleh bersatu. Haryani yang tersedar dari koma amat rindukan Laksaman sunan yang mana pada zaman itu telah pun tiada. tragis tak? 

permulaan yang sangat cantik. boleh buat korang jatuh cinta dengan keperibadian Sunan yang Taatkan Perintah Allah. disebabkan i cintakan karektor Laksamana Sunan ataupun nama sebenarnya Saifuddin Jalis, i follow setiap langkah perjalanan beliau. tapi sayangnya, Langkah Laksamana ini telah pun berakhir. Pengakhiran yang sangat best. 

so, i suggestkan pada korang novel ini. memang kalau masih lagi tercari-cari cari bahan bacaan yang best. sekali-sekala tengelamkan diri dalam dunia fantasi memang menyeronokkan! heeee selamat membaca!

Ada tak sesiapa Producer Filem yang nak filemkan novel nie! Siapalah agaknya  yang sesuai bawak watak Laksamana Sunan  tu kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 21, 2012

::Break Kereta ::


Bulan ni, kereta i memang menghabiskan duit i banyak sangat. bermula daripada tukar empat tayar kemudian dengan break. walaupun tayar yang i tukar tu secondhand. tapi mau pengsan jugak la bila terpaksa keluarkan duit yang banyak pada satu-satu masa. kenapa tak beli tayar baru aje? pada i, tayar baru ke tayar secondhand ke, sama aje kualiti nya. sebagai pengguna, kita harus bijak memilih. i dapat tayar secondhand yang memang baru. 

Owner lama beli sportrim baru, so tayar size 12" ni, tak boleh guna untuk sportrim yang cantik tu. lagi pula, i tengok, tayar tu masih baru dengan bunga tayar yang masih banyak. dah yang lebih penting, tiada kesan tampal. i nasihatkan kepada korang, yang nak beli tayar kereta secondhand, perkara utama yang korang kena perhatikan adalah bunga tayar dan kesan tampal. jangan sesekali beli tayar kereta yang ada kesan tampal. berkemungkinan besar, pada kesan tampal itu ada kebocoran. dan yang mengharukan, bila kesan tampal itu bocor, maknanya tayar itu tidak boleh lagi ditampal, korang kena buang dalam longkang aje.. hahaaaaa... i belajar dari kesilapan. harga tayar secondhand bersize 12" lebih kurang Rm 50.00 sebiji. kalau yang baru lebih kurang RM 115.00 sebiji. hah? nampak tak dia punya perbezaan?

mengenai break kereta, i pun tak berapa nak ingat bila kali terakhir i cek break. selagi i guna break, kereta i berhenti macam biasa, pada i itu cukup baik. heheeheee... ketika tukar tayar tempoh hari, budak makenik tu bagitahu, break kereta i dah habis. so selang 2 minggu baru la poket i ada nafas nak bayar break tu. harga dia RM 80.00. itu break biasa. kalau break yang baik harga dia RM 95.00 dan ada kos pemasangan. ceh! tengok dia orang, baru selang 2 minggu, harga dan bertukar. 

alhamdulillah, sekarang buah hati i ni, dah boleh berjalan jauh, timing bell pun dah tukar, tayar cantik, break berkeadaan baik. so panjanglah sikit langkah i. takde la asyik nak tukar kereta dengan bucuk aje.. 




Kereta i di kudungkan kakinya.. jap ek sayang! 






Berhati² memandu kepada awak, awak dan awak semua!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, October 20, 2012

:: cerita tentang stroller ::




Berkenaan sgt dgn stroller ni.. Tapi disebabkan kengkangan kewangan oada masa ini, terpaksalah i pendamkan buat masa ni. Terbayang2 kecomelan dania dan aufa bila naik stroller ni.

Untuk pengetahuan korang, stroller ni i jumpa dekat Aeon Bukit Indah. Masa ni Aeon tengah buat promosi sehingga 28 oktober ni. Mudah-mudahan sempatlah kitanya i nak rembat 1 stroller ni.. Cantikkan? Harga dia cuma RM 125 sahaja. Ada 2 colour. Merah dan biru. i memang berkenan sangat la dengan warna merah ni.
^__^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, October 13, 2012

:: Aku yang sentiasa Sibuk ::

haiiii semua!
kalau korang berperasaan, i dah lama tak update blog. dah lama update tu satu hal, pastu update pun cerita pasal anak aje kan. hahahahaa... mesti ada diantara korang yang tersangatlah bosan mendengar celoteh i pasal anak² i kan. ^__^. seronok rasanya bila berbicara pasal anak. hahahhaaaa... ketawa lagi. i memang gembira. dan kegembiraan ini membawa kepada pengumpulan lemak² yang tidak terhingga di tempat² yang strategik.. kemain dia sedap duduk dalam badan i. 

untuk sekian kalinya, i berazam untuk lebih aktif berblog. kenapa i berblog? i berblog untuk berkongsi cerita dengan korang. harap² dengan blog i ini, adalah info-info yang berguna untuk korang jadikan panduan. harap² masih ada lagi pembaca yang setia dengan sudi menunggu cerita² dari i.

disebabkan sekarang ini, i mengendalikan akaun 2 syarikat dalam 1 masa, makanya, masa agak terhad untuk menaip cerita. tapi i akan cuba menyelit² kan masa untuk update blog ini hokey. banyak tips² yang ingin i kongsi dengan korang semua. Harap² sabarlah menanti yeee...


Kawan Baik Saya
^__^

Sunday, October 7, 2012

:: Mohd Abdullah Chan Chinese Restaurant ::

Chinese Food ataupun dalam bahasa melayu nya Makanan Cina adalah makanan favourite i. ini semua gara² pregnant dulu, suka sangat nak makan dimsum ataupun dumpling. sampai terbawa² ke hari ini. memang minat giler la makan dimsum ni.

Kat Jb kemain susah nak makan makanan masakan cina yang sedap dan halal. ada satu restoren yang i jumpa menyediakan menu masakan cina yang sedap tapi sayangnya tak ada pulak jual dimsum. kalau nak tahu restoran mana, boleh rujuk entry ini
http://rozietaraffar.blogspot.com/2012/04/huizu-restoran-chinese-muslim-cuisine.html

semasa i pergi KL secara mengejut. hahaaa.. memang sangat mengejut sebab tak plan² ape² pun. terjumpa satu tempat makan masakan cina. Nama dia Mohd Abdullah Chan dekat Kelana Jaya. mula² tu mak i macam was² je nak makan. sebab mak i nie memang tak lalu makan kalau makanan cina nie. tapi i ni degil kan keras kepala lagi, nak jugak makan dekat sini. so, terpaksalah mak i mengalah. Hahaaa ampun ye mak..


bila masuk dekat restoren tu, mak i dan senyum². dia kata hokey la tak macam restoren cina. ^__^. bila tengok menu.. teng! teng! i ternampak macam² dimsum ada disediakan. hooreyyy! hooorey! tapi i dapat order 1 jenis je. sebab takde sapa nak layan i bila i kata nak makan banyak² dimsum.. T__T

so, kepada sesiapa yang minat nak mencuba boleh try makan dekat sini. sedap dan murah lagi pelbagai pilihan. untuk maklumat lanjut tentang resotoren ini boleh klik dekat sini
http://www.mohdchan.com.my

















Ini muka owner blog yang kurus . tapi sekarang dah gemuk balik  T_T



ini adalah dimsum cendawan. i dapat makan merasa makan ini saja.. T__T
















 i rekomen air kendodong asam boi dan air limau asam boi.. perhhhhh memang terangkat la!



Yang paling best dekat kawasan Dataran Golmac, Kelana jaya ini, macam² restoren ada. untung orang kelana jaya kan. 

Friday, October 5, 2012

:: Nur Iman Dania 3 Tahun ::

cepat aje masa berlalu..
dah 3 tahun Nur Iman Dania tinggal bersama² i, tidur pun masih lagi sekatil. Masih lagi minta dipeluk, di tepuk dan menyanyi bila nak tidur. sekarang amat² petah berkata².. apa pun dia akan bercakap, bercakap dan bercakap. kepoh sungguh. selalu sangat cari gaduh dengan amacu dia. hahaaaa.... semenjak amachu dia tak ada, i la tukang sakat dia. tukang makan air mata dia kalau dalam bahasa mak i. hahahaaa! seronok² bila dapat buat dia menangis! jahatnyer ibu dia ni kan.

kalau dia bercerita tentang apa yang dia buat, apa yang dia makan, lebih² kalau bergosip tentang dia berjalan ke sana sini, amboi kemain lagi semangat. sampai tak cukup nafas! ^__^

di usia 3 tahun ni, Nur Iman Dania dah tak memerlukan pampers! waaweeee!! jimat duit ibu ayah. tidur malam pun dah tak perlukan pampers jugak. walaupun adakalanya terbabas dua tiga kali. hahaaa.... nenek dia bising pasal i guna tilam mahal dia! mak, nanti angah beli tilam yang baru untuk mak.

Gegirl i ni kuat berjalan. kalau pergi mana² then singgah pergi kedai, memang dia akan turun dari kereta. kalau tak nak bagi, meraung la dia dalam kereta. tempat favourite dia adalah kedai jajan dan taman permainan! kalau dah jumpa taman permainan, sure susah nak ajak balik. dan makanan favourite dia adalah Telur dan mee. 


kalau korang nak tahu, Nur Iman Dania ni "gembeng". hahaaa.... kalau adik dia cuit dia sikit je, mula la nak mengeluarkan air mata. hahaaaa.. adik dia pulak, memang suka nyakat kakak dia nie. hep hep! kecik² dah pandai bergurau ye sayang ibu nie..

Teringat ketika i nak ambil dia dekat rumah kakak tiri i, mama dia hanya mampu berikan dia air masak je., tak mampu nak bagi air susu. Sedih sangat. sekarang ni, Nur Iman Dania selalu tanya dengan i " Ibu, Mama Enya mana?" , i jawab " Mama enya work". kadang² terasa cemburu juga, tapi i tak boleh nak sorokkan dari dia. biar dari kecil dia tahu i ni sapa, Mama dia siapa.

Tapi dia lebih sayangkan ibu dia.. heheeeee... kan kan kan kakak kan!














Ibu pun sayang Dania! Enya kan Gegirl ibu!

Monday, October 1, 2012

:: Budjet 2013 yang membawa perbalahan ::

hellooo... assalamualaikum, 
hari ni bukan nak cerita tentang intipati budjet 2013 yang telah pun dibentangkan. tapi i rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan individu yang merasa tidak puashati dengan inti karipap budjet 2013 yang mereka rasakan berat sebelah lalu melemparkan kemarahan itu kepada individu lain ...

 bermula dengan status individu ini... pastu meleret entah ape ape je..



Apa yang menghangit kan i pada malam tersebut statement yang i kotakan merah. menjawab persoalan mereka yang tidak berpuashati dengan kesenangan yang baru sahaja warga felda kecapi, tapak tanah rumah dan juga kebun bukan la diberi percuma oleh felda. mana ada barang yang bernilai itu percuma. Mak dan abah i bayar setiap bulan selama berpuluh² tahun dengan hasil kelapa sawit. maknanya dengan duit gaji setiap bulan. bukannya diberi PERCUMA. Subsidi memang warga felda terima. yang i tahu seperti Subsidi baja, Subsidi racun. pada peringkat permulaan, memang warga felda memerlukan subsidi ini, sebabnya KAMI ORANG SUSAH. harga sawit tak menentu. adakalanya, Arwah Abah aku cuma bergaji RM 0.20 pada bulan tersebut setelah tolak belanja barang dapur dekat kedai syarikat yang boleh bertahan setakat setengah bulan kalau kami berjimat.. dulu kedai syarikat la, tapi sekarang dah tukar kedai D'Mart. kepada individu tersebut, pernah ke tengok mak ayah u dapat gaji rm 0.20?? pernah?? 

Pernah tak korang semua pergi sekolah tak bawa duit belanja? pernah tak korang makan KULIT UBI KAYU untuk makan tengah hari?? Pernah tak?? Orang Felda dulu bukan senang. bukan anak emas pada sesiapa. kami semua baru saja nak merasa nikmat senang. warga felda bukan duduk goyang kaki dekat rumah untuk dapat hasil macam sekarang. 

ada pula individu yang mempersoalkan tentang sumbangan kami warga felda. hahaaaa.... okey serius memang i gelak. orang buta pun maybe boleh tahu apa sumbangan kami. Felda membekalkan kelapa sawit terbesar di malaysia. So, korang rasa apa sumbangan kami untuk korang? so, masing² diberikan akal dan fikiran untuk berfikir...so, sila la fikir!




sebenarnya, i tak berapa nak faham, apa yang individu ini sakit hati. padahal masa budjet 2013 lepas, takde la pulak perdana menteri melebih-lebihkan felda. tapi kenapa mereka sakit hati sangat sampaikan tergamak nak publish statement yang boleh menguriskan perasaan orang lain. hanya orang² yang melalui saja tahu bertapa payahnya kami nak bertahan sehingga sekarang. 

maybe dia orang ni nak PM bagi bonus selambak sampai boleh beli banglo sebiji kot. tapi itu la kan, kalau dihitung kerja sehari cuma 1 jam dan selebihnya adalah mengular, rasanya layak ke nak dapat keistimewaan macam itu? renung² kan dan fikir² kan...


berharap sangat kepada mereka yang terlibat, bersyukur dengan apa yang anda dapat itu lebih baik daripada menyalak tak tentu hala dan mendapat dosa..