Monday, September 17, 2012

:: Set Penjagaan Wajah ::

Penjagaan wajah amat² penting terutama bagi perempuan yang semakin berusia macam i. *senyum kelat* terpaksa la ngakukan i dan makin berusia. kulit pun dah tak setegang maca muda. tapi i lebih suka kulit muka i sekarang berbanding waktu remaja dulu. sebabnya waktu remaja dulu, kulit muka i selalu sgt tumbuh jerawat. pantang susut jerawat kat pipi sini, timbul pulak satu ketul kat pipi lain. tambah pulak, tangan i nie memang gatal memicit jerawat. effectnya, muka i bertepek bekas jerawat. pada masa ini, i guna set penjagaan wajah Clean & Clear. sebabnya, botolnyer yang comel dan selebihnya terpengaruh dengan iklan. effectnya takde la menjadi sangat pada kulit i. heheheee! 

i ni suka cuba macam² produk kecantikkan. i pernah guna mustika ratu. Habis renyuk muka i diserang jerawat. pastu i guna produk Vannese. Produk ini sesuai ngan i, kulit i jadi putih melepak! tak yah pakai bedak pun dah putih. adik² jeles sebab muka i lebih putih daripada tangan i. hahaaa! terasa cacat la pulak kan. tapi i dengar cerita produk ini akan menghakis kulit. so, i berhenti guna. effectnya smpi sekarang, kulit muka i putih. iyo la agaknya. ^__^

sekarang i guna pencuci muka dan pelembab Olay. sememangnya produk ini, memang tersangat sesuai dengan kulit i. sebenarnya dari i belasan tahun lagi memang i guna produk olay ni. tapi masa tu i cuma guna krim dia aje. dulu krim dia warna pink dan nama olay masa itu adalah Oil of Ulan kemudian baru ditukar ke Olay. ahaaa! siapa pengguna setia Olay mesti tahu kan. 

Dengan Olay, pori² kat pipi nie semakin mengecil. Bila mengecil, bila kita tepek make-up kat muka terutama sekali foundation, ianya memberi kesan kulit yang mulus tanpa sebarang cela. hahaaa! betul! liang roma yang terbuka akan mencacatkan sedikit penampilan, even u pakai foundation. seruisly, i pernah guna Safi Balqis Q10. tapi krim ni tak buat liang roma i mengecil. so, bila pakai foundation dan bedak, masih nampak lagi liang roma tu. makeup macam tak mesra alam dengan kulit. buat i semakin tua dan selekeh! haaaaa....

Lebih suka kalau beli package macam ni.. amat² berbaloi wang ringgit.
1 set harga dia lebih kurang Rm 35.00 sahaja
sudahnya i kembali menggunakan Olay. Total Effect day cream. Dalam masa 2 hari, liang roma i kembali mengecil. hati i pun gembira! time bersolek pun tersipu² sendiri tengok kulit muka yang mulus tu! hahaaa.. kalau korang kata aku perasan. iye iyee memang i punya perasaan!! ^__^

so, kepada adik² yang masih lagi tercari² produk apa yang korang semua nak cuba. boleh guna rangkain produk olay. Produk Olay ni, bukan sahaja untuk orang² yang perasan tua macam i *hahaha tak nak ngaku la dah tua*. ada jugak untuk mereka yang memang dah berusia dan juga yang masih muda remaja. selamat mencuba!

Cream ni yang buat kulit i lebih halus daripada biasa



dah semakin berusia ni, kena beralir arah ke produk
yang boleh mencegah penuaan
^_^



Mulus tak kulit i? heheeee....

Olay kena bagi i commision nie sebab tolong promotekan barang mereka.. hahahahaaa! 

4 comments:

  1. Meh sini bagi aku usap muka kau, sambil cubit 100 kali. Hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah..... cubit 100 kali ekkk.. kalauu boleh menguruskan sikit pipi aku tu.. aku rela!

      Delete
  2. sis kalo usia 30an sesuai ke pakai olay ni ? i umur 34 tahun

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*