:: Kepentingan Insurans Perubatan - Medical Insurance ::

September 18, 2012

Pada pendapat i, membeli insurans pada masa ini sebenarnya sangat penting. sebabnya, insurans ini melindungi poket kita apabila berlaku sesuatu yang buruk pada diri kita dan juga pada orang yang dekat dengan kita. seperti mak ayah, isteri, suami dan anak². 

Dulu insurans yang paling popular adalah Insurans Nyawa. insurans nyawa ni melindungi poket kita apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal dan hilang nyawa. kenapa dari tadi asyik cakap melindungi poket? hahahaaa.... sebab pada i, insurans sebenarnya melindungi kewangan kita. bukannya melindungi diri kita. kan kan? 

sekarang ini, syarikat² insurans juga menyediakan insurans perubatan. insurans perubatan ini melindungi kewangan kita sekiranya kita menghidapi penyakit yang serius. Insurans perubatan ini membolehkan kita menerima rawatan di hospital² swasta. yehooo.... tapi ingin ditekan kan disini, kalau setakat korang, deman kura², selsema dan batuk. tak payah la nak mengada² pergi hospital swasta. sebabnya insurans perubatan ini akan berfungsi sepenuhnya bila korang kena tahan wad dan bermalam disana sekurang² semalamam.. kalau ambil rawatan pesakit luar di hospital swasta, sila la keluarkan duit poket sendiri yeee...

sebenarnya i nak cerita pasal nur iman dania yang demam teruk suatu ketika dulu. demam panas yang berlarutan selama 3 hari. apa yang menyedihkan i adalah, i tak dapat nak bawak di pergi Hospital swasta. korang tahu aje la kan hopsital kerajaan ni macam mana. Nur iman Dania dimasukkan kan wad kecemasan di Hospital Mersing. masa itu dia ikut nenek dia balik kampung. masa dalam wad tu Dania cuma dicucuk untu masuk kan air. pastu buat xray dan ambil darah.bila deman dia dah agak kebah dan result xray dah keluar. Nur Iman Dania dibenarkan pulang. apa yang tidak memuaskan hati i, Nur Iman Dania masih lagi bernafas melalui mulut. sebabnya dia selsema. dan selsema dia kali ini, tidak mengeluarkan hingus. hidung dia tersumbat tak boleh nak bernafas secara normal.

itu yang amat i kesalkan. tidak ada ape yang meraka buat untuk menyelesaikan masalah selsema anak i. jika lah pada kala itu, i ada beli medical insurance untuk dia. Maybe Nur Iman Dania tidak sengsara macam tu. sedih²..tapi memandangkan Nur Iman Dania belum lagi sah mengikut undang² Malaysia sebagai anak angkat i, jadinya i tak boleh nak masukkan nama dia dalam Family Medical Insurance. lagi la sedih kan?

jadinya, i kena tunggu umur perkahwinan i 2 tahun, baru lah i boleh membuat permohonan anak angkat yang baru untuk dia. i pernah membuat permohonan pada bulan mac 2012 tapi ditolak disebabkan usia perkahwinan kami tak sampai 2 tahun. so, i kena tunggu 23 Oktober 2012. Maknanya bulan November ni i dah boleh buat permohonan baru!yeahh yeahhhh...




Nur Iman Dania yang tak mau amik gambar. Mase ni on the way ke klinik 














Selepas proses pengambilan anak angkat selesai, boleh la i masukkan nama dia dalam Family Medical Insurance. so tak perlu la dia ke hospital kerajaan sekiranya berlaku kes seperti ini.

You Might Also Like

1 Comments

  1. Kesian tgk anak2 kecik..terlantar sakit..Jika berminat dengan insurance noleh hubungi saya 012-3816041 untuk keterangan lanjut.. - JeffryJalil@Prudential

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images