:: Antara Hari Raya Di sini dan Di Sana ::

September 06, 2012



Ini aje gambar hari raya yang i ada.. ^__^

Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog ini, rasaya tidak terlambat kan? mesti korang semua masih lagi berada dalam mood berhari raya kiehkihh.. Tapi pada i, mood berhari raya dah lama berakhir. Semenjak dewasa ni, Mood berhari raya semakin menipis. ^__^. seiring dengan usia agaknya. tidak sebenarnya, semenjak kawin, sememangnya semangat menyambut hari raya ada sedikit sahaja. itu pun untuk anak-anak. membuat persiapan untuk anak² tu, ada juga lah terasa. 

sepatutnya bila dah kawin, mood berhari raya semakin berkobar² kan? hahaaaa.. sungguh pelikkan? disebabkan setiap tahun i akan berhari raya di rumah mertua, so kemeriahan balik kampung tu dah tak ada. maklum aje lah, rumah mak mertua i setaman dengan tempat tinggal i. jadinya, tidak adalah suasana berhari raya yang selalu i rasa bila dekat rumah atuk i. walhal, rumah atuk i pun sebenarnya kawasan perumahan di bandar. Tapi tak kiralah, sekurang² ada aktiviti balik kampung. huhuhuuuu.....

bila waktu pagi, selalunya rumah mak i akan sunyi. selalunya waktu pagi i akan tinggal dengan anak² i. tapi pada tahun ini, Nur Iman Dania ikut nenek dia balik kampung, so tinggal lah i dengan Muhammad Aufa Tahqif. Tidak ada riuh rendah dengan suara mak, adik² i, specially Intan Nazira dan Amarlisa. hah! selalunya mereka ni, kalau ada kat rumah adalah gamatnya. sebab adik i Intan Nazira ni, kalau bersiap kemain lembab! seingat i lah kan, mak i akan membebel sebab kita orang bangun lambat dan tak tolong dia kat dapur. waduuuhhhhh sayunya hati ini. 

pada kebiasaannya, i akan pergi rumah mak mertua selepas suami i balik dari solat hari raya. selepas makan, selalunya kita orang akan melepak kat depan tv sambil berbual² kosong dan menunggu orang datang beraya. time macam ni, i, suami dan mak mertua i akan mengeluarkan sampul duit raya untuk diberikan kepada anak² i. masa ni ada terasa meriahnya, sebab anak² tiri i akan terjerit² gembira. hahahahaaa...

Tapi bila dekat kampung,selepas kaum adam balik dari solat hari raya, kita orang sekeluarga akan makan beramai². dan menu wajib dipagi raya adalah nasi! kalau kat rumah orang lain mesti makan ketupat kan. tapi family i akan makan nasi, tapi bukan nasi putih. Selalunya mak akan masak nasi jagung ataupun nasi minyak yang dimakan dengan Ayam masak Merah, rendang daging, Dalca, Acar Masak dan yang paling penting, Ikan Bawal atau Ikan Siakap Masak 3 Rasa. hahahaha... mesti ada yang terkejut, bila i cakap, family i lebih suka makan ikan daripada ayam di pagi raya. sebabnya, kalau pergi beraya, mesti kita orang akan makan ayam, ayam dan ayam, ayam lagi. Hahaaa sebu pulak nanti perut bila asyik makan ayam aje kan.. selesai makan, sesi meminta ampun dan maaf bermula pada yang tua. masa ini bermula la sesi mengeluarkan air mata. huhuhhh dah lama rasanya tak merasa bermaaf-maafan seperti ini. bila puas mengalirkan air mata, maka bermula sesi memberi duit raya! hoooyeeee! seronok kan?

ssetelah itu, kami semua akan berangkat ke kubur beramai. semenjak kawin i tak pernah ke kubur. even kubur arwah abah. hanya Doa mengiringi dipagi raya. Semoga arwah faham mengapa i tak pernah ke sana. setelah itu, barulah kami semua akan beraya dirumah sanak saudara. masa ni la, bermacam² cerita mengenai ahli keluarga dapat kita ketahui. ermmm.. seronok kan? walaupun beraya dirumah mak mertua i, tidak semeriah di kampung i. I terima seadanya kerana itu adalah cara suami i beraya. ^__^


bukan niat i nak menghebahkan keburukan sesiapa disini. i cuma nak berkongsi apa yang i rasa. semoga tidak ada tanggapan negetif pada i pada entry kali ini.




You Might Also Like

4 Comments

  1. Salam perkenalan ita.

    Hehe...biasalah kan.mmg ada bezanya beraya di sana dan di sinun..kalu saya,seronok cuti raya ni,tapi tak leh lama,kalu lama sgt,saya kepenatan,rasa nak balik umah cecepat je..hehe

    Btw,
    U tanya tu,biasaje anak2 i.tapi i jenis garang jugak.if masa tidur,mmg akan tidurkan. If masa blaja tuk 3tahun tu,i make sure die blaja even just in short time...10-15 min.biasalah bebudak kan..kuat main.cepat hilang fokus.

    Yang cepat jalan tu,mgkn sbb bila da stat panjat,sy bantu die dapatkan idea tuk bangun berdiri berpaut.buat ulang ulang kalu..lama lama die tau buat sendiri.hehe..bila mula bergerak,pancing dgn mainan makin jauh makin jauh.

    Gegitu je.takde special pun..

    Anak kita sebaya ye..
    Sedap nama anak anak u... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye ashra.. salam perkenalan ! ^__^. terima kasih bagi tips tu!

      Delete
  2. Takpelah beraya mana-mana pun sama je kan? Yang penting kita happy. Selamat hari raya Eita, maaf zahir & batin ye. Bila nak jalan-jalan rumah aku? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya reena! mmg teringin nak beraya kat rumah kau tu.. heheee. InsyaALLAH, lama sangat dah tak jumpa kan?

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images