Monday, September 24, 2012

:: Giveaway From Reenaonline

www.reenaonline.com

ini merupakan giveaway pertama yang i ambil bahagian. sebenarnya bukan tak nak joint giveaway² blog orang lain, tapi kebiasaannya tak berkesempatan nak joint. adakalanya terlepas due. hahaaa! mesti korang akan tanya, kenapa giveaway ni tertiba aje i ada kesempatan? sebabnya Hadiahnye! IKEA KATALOG 2013 kahkahkah...

i dan keluarga berkemungkinan akan ke IKEA pada Bulan Oktober ni, so dengan adanya katalog ni *kalau i menang la*, boleh la i usung ke IKEA nanti. Memandangkan i bukan jenis orang yang suka menjelajah setiap sudut tempat yang i pergi, so dengan katalog boleh la i terus je menuju ke tempat barang yang i nak beli tu.

i dan aim beberapa barang dari IKEA. memandangkan tak lama lagi durian runtuh untuk generasi ke-tiga felda akan diagihkan,boleh la i 'melekatkan' sesuatu dengan duit tu untuk dijadikan kenangan. hahahaaa! semoga Random Number generator tu baik hati memilih i. pilih la saye pilih la saye! ^__^

ini untuk Nur Iman Dania pada masa ini dan
Muhammad Aufa Tahqif   pada masa akan datang



ini untuk ibu nye

Masih ternanti² Ikea di Johor Bahru. 

Wednesday, September 19, 2012

:: Kelebihan Berselawat ::




Muhammad Aufa Tahqif lena tidur bila ibu dia berselawat. Nur Iman Dania pun pandai berselawat dan selalu take over tugas ibu dia, tidurkan adik dia... Kalau dia berselawat, selalu guna high note! Haaaaa! bergema rumah tau!!

Tuesday, September 18, 2012

:: Kepentingan Insurans Perubatan - Medical Insurance ::

Pada pendapat i, membeli insurans pada masa ini sebenarnya sangat penting. sebabnya, insurans ini melindungi poket kita apabila berlaku sesuatu yang buruk pada diri kita dan juga pada orang yang dekat dengan kita. seperti mak ayah, isteri, suami dan anak². 

Dulu insurans yang paling popular adalah Insurans Nyawa. insurans nyawa ni melindungi poket kita apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal dan hilang nyawa. kenapa dari tadi asyik cakap melindungi poket? hahahaaa.... sebab pada i, insurans sebenarnya melindungi kewangan kita. bukannya melindungi diri kita. kan kan? 

sekarang ini, syarikat² insurans juga menyediakan insurans perubatan. insurans perubatan ini melindungi kewangan kita sekiranya kita menghidapi penyakit yang serius. Insurans perubatan ini membolehkan kita menerima rawatan di hospital² swasta. yehooo.... tapi ingin ditekan kan disini, kalau setakat korang, deman kura², selsema dan batuk. tak payah la nak mengada² pergi hospital swasta. sebabnya insurans perubatan ini akan berfungsi sepenuhnya bila korang kena tahan wad dan bermalam disana sekurang² semalamam.. kalau ambil rawatan pesakit luar di hospital swasta, sila la keluarkan duit poket sendiri yeee...

sebenarnya i nak cerita pasal nur iman dania yang demam teruk suatu ketika dulu. demam panas yang berlarutan selama 3 hari. apa yang menyedihkan i adalah, i tak dapat nak bawak di pergi Hospital swasta. korang tahu aje la kan hopsital kerajaan ni macam mana. Nur iman Dania dimasukkan kan wad kecemasan di Hospital Mersing. masa itu dia ikut nenek dia balik kampung. masa dalam wad tu Dania cuma dicucuk untu masuk kan air. pastu buat xray dan ambil darah.bila deman dia dah agak kebah dan result xray dah keluar. Nur Iman Dania dibenarkan pulang. apa yang tidak memuaskan hati i, Nur Iman Dania masih lagi bernafas melalui mulut. sebabnya dia selsema. dan selsema dia kali ini, tidak mengeluarkan hingus. hidung dia tersumbat tak boleh nak bernafas secara normal.

itu yang amat i kesalkan. tidak ada ape yang meraka buat untuk menyelesaikan masalah selsema anak i. jika lah pada kala itu, i ada beli medical insurance untuk dia. Maybe Nur Iman Dania tidak sengsara macam tu. sedih²..tapi memandangkan Nur Iman Dania belum lagi sah mengikut undang² Malaysia sebagai anak angkat i, jadinya i tak boleh nak masukkan nama dia dalam Family Medical Insurance. lagi la sedih kan?

jadinya, i kena tunggu umur perkahwinan i 2 tahun, baru lah i boleh membuat permohonan anak angkat yang baru untuk dia. i pernah membuat permohonan pada bulan mac 2012 tapi ditolak disebabkan usia perkahwinan kami tak sampai 2 tahun. so, i kena tunggu 23 Oktober 2012. Maknanya bulan November ni i dah boleh buat permohonan baru!yeahh yeahhhh...




Nur Iman Dania yang tak mau amik gambar. Mase ni on the way ke klinik 














Selepas proses pengambilan anak angkat selesai, boleh la i masukkan nama dia dalam Family Medical Insurance. so tak perlu la dia ke hospital kerajaan sekiranya berlaku kes seperti ini.

Monday, September 17, 2012

:: Set Penjagaan Wajah ::

Penjagaan wajah amat² penting terutama bagi perempuan yang semakin berusia macam i. *senyum kelat* terpaksa la ngakukan i dan makin berusia. kulit pun dah tak setegang maca muda. tapi i lebih suka kulit muka i sekarang berbanding waktu remaja dulu. sebabnya waktu remaja dulu, kulit muka i selalu sgt tumbuh jerawat. pantang susut jerawat kat pipi sini, timbul pulak satu ketul kat pipi lain. tambah pulak, tangan i nie memang gatal memicit jerawat. effectnya, muka i bertepek bekas jerawat. pada masa ini, i guna set penjagaan wajah Clean & Clear. sebabnya, botolnyer yang comel dan selebihnya terpengaruh dengan iklan. effectnya takde la menjadi sangat pada kulit i. heheheee! 

i ni suka cuba macam² produk kecantikkan. i pernah guna mustika ratu. Habis renyuk muka i diserang jerawat. pastu i guna produk Vannese. Produk ini sesuai ngan i, kulit i jadi putih melepak! tak yah pakai bedak pun dah putih. adik² jeles sebab muka i lebih putih daripada tangan i. hahaaa! terasa cacat la pulak kan. tapi i dengar cerita produk ini akan menghakis kulit. so, i berhenti guna. effectnya smpi sekarang, kulit muka i putih. iyo la agaknya. ^__^

sekarang i guna pencuci muka dan pelembab Olay. sememangnya produk ini, memang tersangat sesuai dengan kulit i. sebenarnya dari i belasan tahun lagi memang i guna produk olay ni. tapi masa tu i cuma guna krim dia aje. dulu krim dia warna pink dan nama olay masa itu adalah Oil of Ulan kemudian baru ditukar ke Olay. ahaaa! siapa pengguna setia Olay mesti tahu kan. 

Dengan Olay, pori² kat pipi nie semakin mengecil. Bila mengecil, bila kita tepek make-up kat muka terutama sekali foundation, ianya memberi kesan kulit yang mulus tanpa sebarang cela. hahaaa! betul! liang roma yang terbuka akan mencacatkan sedikit penampilan, even u pakai foundation. seruisly, i pernah guna Safi Balqis Q10. tapi krim ni tak buat liang roma i mengecil. so, bila pakai foundation dan bedak, masih nampak lagi liang roma tu. makeup macam tak mesra alam dengan kulit. buat i semakin tua dan selekeh! haaaaa....

Lebih suka kalau beli package macam ni.. amat² berbaloi wang ringgit.
1 set harga dia lebih kurang Rm 35.00 sahaja
sudahnya i kembali menggunakan Olay. Total Effect day cream. Dalam masa 2 hari, liang roma i kembali mengecil. hati i pun gembira! time bersolek pun tersipu² sendiri tengok kulit muka yang mulus tu! hahaaa.. kalau korang kata aku perasan. iye iyee memang i punya perasaan!! ^__^

so, kepada adik² yang masih lagi tercari² produk apa yang korang semua nak cuba. boleh guna rangkain produk olay. Produk Olay ni, bukan sahaja untuk orang² yang perasan tua macam i *hahaha tak nak ngaku la dah tua*. ada jugak untuk mereka yang memang dah berusia dan juga yang masih muda remaja. selamat mencuba!

Cream ni yang buat kulit i lebih halus daripada biasa



dah semakin berusia ni, kena beralir arah ke produk
yang boleh mencegah penuaan
^_^



Mulus tak kulit i? heheeee....

Olay kena bagi i commision nie sebab tolong promotekan barang mereka.. hahahahaaa! 

Tuesday, September 11, 2012

:: Nur Iman Dania Anak Merdeka ::

Bertuah sungguh rasa badan ni bila punyai anak yang tarikh lahirnya sama dengan tarikh kemerdekaan tanah air tercinta. Walaupun bukan i yang mengandungkan dan melahirkan dia, i tetap bangga sebab i yang menjaga dia. Nur iman Dania yang kepoh, yang degil, yang suka gaduh dengan i, yang comel dan yang cute! wow! korang rasa tak bertapa bangga nye i ada anak seperti Nur Iman Dania? heheheeeee....

31 Ogos 2012 lepas, genaplah umur dia 3 tahun. Dan masih mengekalkan berat badan 11 kg even ibu dia berjaya menambahkan lemak²dalam badan. hahaaa....! Nur Iman Dania siap cakap lagi ngan i " ibu ni dah gemuk banyak! enya gemuk sikit je"see! rasa macam nak lempang je budak ni!

Sempena menyambut ulang tahun nya yang ke 3 tahun, i buatlah sedikit jamuan untuk ahli keluarga yang terdekat. sebab 2 3 bulan sebelum tu, dia dah sibuk menyanyi lagu happy birtday untuk diri sendiri. haha! cute sungguh bila dengar dia menyanyi tau!

Birthday cake yang seponser sepenuhnya oleh Amasha. Thanks Amasha!


























Semoga Nur Iman Dania menjadi  anak yang solehah, Semoga di panjangkan usia, diberikan kecergasan akal dan fizikal ... Amin!

Thursday, September 6, 2012

:: Antara Hari Raya Di sini dan Di Sana ::



Ini aje gambar hari raya yang i ada.. ^__^

Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog ini, rasaya tidak terlambat kan? mesti korang semua masih lagi berada dalam mood berhari raya kiehkihh.. Tapi pada i, mood berhari raya dah lama berakhir. Semenjak dewasa ni, Mood berhari raya semakin menipis. ^__^. seiring dengan usia agaknya. tidak sebenarnya, semenjak kawin, sememangnya semangat menyambut hari raya ada sedikit sahaja. itu pun untuk anak-anak. membuat persiapan untuk anak² tu, ada juga lah terasa. 

sepatutnya bila dah kawin, mood berhari raya semakin berkobar² kan? hahaaaa.. sungguh pelikkan? disebabkan setiap tahun i akan berhari raya di rumah mertua, so kemeriahan balik kampung tu dah tak ada. maklum aje lah, rumah mak mertua i setaman dengan tempat tinggal i. jadinya, tidak adalah suasana berhari raya yang selalu i rasa bila dekat rumah atuk i. walhal, rumah atuk i pun sebenarnya kawasan perumahan di bandar. Tapi tak kiralah, sekurang² ada aktiviti balik kampung. huhuhuuuu.....

bila waktu pagi, selalunya rumah mak i akan sunyi. selalunya waktu pagi i akan tinggal dengan anak² i. tapi pada tahun ini, Nur Iman Dania ikut nenek dia balik kampung, so tinggal lah i dengan Muhammad Aufa Tahqif. Tidak ada riuh rendah dengan suara mak, adik² i, specially Intan Nazira dan Amarlisa. hah! selalunya mereka ni, kalau ada kat rumah adalah gamatnya. sebab adik i Intan Nazira ni, kalau bersiap kemain lembab! seingat i lah kan, mak i akan membebel sebab kita orang bangun lambat dan tak tolong dia kat dapur. waduuuhhhhh sayunya hati ini. 

pada kebiasaannya, i akan pergi rumah mak mertua selepas suami i balik dari solat hari raya. selepas makan, selalunya kita orang akan melepak kat depan tv sambil berbual² kosong dan menunggu orang datang beraya. time macam ni, i, suami dan mak mertua i akan mengeluarkan sampul duit raya untuk diberikan kepada anak² i. masa ni ada terasa meriahnya, sebab anak² tiri i akan terjerit² gembira. hahahahaaa...

Tapi bila dekat kampung,selepas kaum adam balik dari solat hari raya, kita orang sekeluarga akan makan beramai². dan menu wajib dipagi raya adalah nasi! kalau kat rumah orang lain mesti makan ketupat kan. tapi family i akan makan nasi, tapi bukan nasi putih. Selalunya mak akan masak nasi jagung ataupun nasi minyak yang dimakan dengan Ayam masak Merah, rendang daging, Dalca, Acar Masak dan yang paling penting, Ikan Bawal atau Ikan Siakap Masak 3 Rasa. hahahaha... mesti ada yang terkejut, bila i cakap, family i lebih suka makan ikan daripada ayam di pagi raya. sebabnya, kalau pergi beraya, mesti kita orang akan makan ayam, ayam dan ayam, ayam lagi. Hahaaa sebu pulak nanti perut bila asyik makan ayam aje kan.. selesai makan, sesi meminta ampun dan maaf bermula pada yang tua. masa ini bermula la sesi mengeluarkan air mata. huhuhhh dah lama rasanya tak merasa bermaaf-maafan seperti ini. bila puas mengalirkan air mata, maka bermula sesi memberi duit raya! hoooyeeee! seronok kan?

ssetelah itu, kami semua akan berangkat ke kubur beramai. semenjak kawin i tak pernah ke kubur. even kubur arwah abah. hanya Doa mengiringi dipagi raya. Semoga arwah faham mengapa i tak pernah ke sana. setelah itu, barulah kami semua akan beraya dirumah sanak saudara. masa ni la, bermacam² cerita mengenai ahli keluarga dapat kita ketahui. ermmm.. seronok kan? walaupun beraya dirumah mak mertua i, tidak semeriah di kampung i. I terima seadanya kerana itu adalah cara suami i beraya. ^__^


bukan niat i nak menghebahkan keburukan sesiapa disini. i cuma nak berkongsi apa yang i rasa. semoga tidak ada tanggapan negetif pada i pada entry kali ini.