Saturday, August 11, 2012

:: Tabung Satu Malaysia ::

i memang minat mengumpul duit syiling. asal nampak duit syiling bersepah² dekat rumah i, i akan kutip. hahaa! kat rumah i aje la .. kalau kat rumah orang lain, i tak buat macam tu. kalau i basuh baju then terjumpa kat poket seluar sesiapa duit syiling, memang kena kebas la. ^__^.

selalunya i akan simpan duit-duit syiling i ni, dalam laci almari solek i aje. tapi minggu lepas, i pergi petronas dekat kawasan perumahan i, isi petrol RM 50.00. apa yang mengembirakan i adalah i dapat Tabung berbentuk 1. wow! sukanya i... tabung ni dari BSN sebenarnya. tak berapa pasti pulak, memang Petronas ada bagi tabung ni, ataupun memang nasib i baik dapat pekerja petronas yang sangat baik hati menghadiahkan i tabung tu. 

lepas ni, i boleh la memenuhkan tabung 1 Malaysia i ni. Menabung ni menyeronokkan tau!








i edit gambar nie guna http://www.ribbet.com/ . fungsi , cara edit dan laman web adalah sama dengan picnik. cuma berbeza nama dia aje

2 comments:

  1. Salam. Nk tanye. Ade jual x tabung ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite rasa takde jual la.. kte pun dapat free dkt petronas.. heheee

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*