Saturday, August 11, 2012

:: Kain Cotton Kamdar ::

Minggu² terakhir Ramadhan memang masa yang sentiasa sibuk. Bertambah sibuk bila i terpaksa berkerja pada hari Ahad minggu terakhir ramadhan. Aduuuhhhh, kalau diikutkan hati, malas nak pergi kerja. tapi atas rasa tanggungjawab. i gigihkan juga jiwa dan raga i pergi kerja hari ini, walaupun kuih muih, baju kurung yang belum siap dan langsir yang baru separuh dijahir, melambai² kat i. *stress*

kalau nak cerita pasal persiapan, semuanya sederhana. tapi sederhana itu la yang buat i tak cukup kaki tangan. ditambah pula anak i Muhammad Aufa Tahqif tak boleh berenggang langsung dengan i even dia tengah tidur. kena pastikan i ada kat sebelah dia. ermmm... so, persiapan agak lambat berbanding tahun² lepas. i bercita² untuk menjahit pakaian raya anak i sendiri. hahaha.. macam tak percaya je i jadi terminat dengan menjahit. pastu siap beli mesin jahit baru lagi. punya la bersemangat i nak menjahit pakaian anak i. see!

untuk pengetahuan korang, i beli kain cotton yang sangat cantik dekat kamdar. tak sangka pulak dekat kamdar ada jual banyak kain cotton yang cantik dengan harga yang berpatutan. 

yang ini i rasa nak buat seluar tidur sedondon anak beranak.. heeeee

kain ini i nak buat baju kurung si kakak dan baju melayu untuk si adik

menjahit baju kurung bukanlah asing bagi i. macam tahun lepas, i jahit baju raya sendiri. tapi tahun ni, dah ada anak bujang. so, kena la belajar sikit² macam mana nak buat baju melayu. i banyak refer dekat youtube dan kat website² yang memberi tutorial untuk membuat seluar kanak². kebanyakan website tu datangnya dari luar negara. so, kena pandai² la nak convertkan seluar tu jadi seluar baju melayu. jarang sekali i dapat website dari malaysia yang nak buat tuturial buat baju melayu secara percuma! kebanyakkan nya berbayar! alahaiii... tak satu malaysia betul la kan?

Kain Baju kurung


Baju Kurung


Nur Iman Dania Punya.

Tahun ini nampaknya i terpaksa pas botton pada mak i dalam hal membuat kuih.. sebab i concentrate menjahit. kenkadang tu tengok mak i main² tepung, geram jugak! hehee



2 comments:

  1. Kat kamdar memang banyak pilihan kain. Macam macam ada. Kain kapas .. lycra dan chiffon

    Lebih murah dari jakel

    Berbaloi lagi beli kat sini

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*