:: Iftar - Medan Ikan Bakar Sabak Awor

August 13, 2012

Atas jemputan adik lelaki i untuk berbuka puasa bersama², maka mak, i, anak² dan juga off course Bucuk merangkap driver pada hari tersebut dengan hati yang amat girang, menuju ke Muar! Wow, kemain hati girang ye..  mesti la girang, pasal ada orang nak belanja makan. Jauh pun i sanggup pergi kalau ada orang nak belanja makan. 

hari itu, adik i bawak kami sekeluarga makan dekat Medan Ikan Bakar Sabak Awor. lorrr i ingatkan dapat makan asam pedas muar. i memang addicate betul la dengan asam pedas muar ni. Hari raya 2 tahun lepas, i pernah makan asam pedas muar dekat salah satu gerai dekat muar. perhhh memang terangkat abis. pulak tu, dia orang masak asam pedas Muar tak pakai Daun kesum. tapi maintance sedap. dapat makan ikan bakar pun hokey la.. Kalau orang belanja jangan banyak cekadak kan.. Alhamduillah, murah rezeki adik i. ^__^

hari itu, kita orang makan Ikan siakap masak ape tak tahu la, sayur khailan, sotong goreng tepung. Sotong goreng tepung dia memang terbaik la. tak sama dengan sotong goreng tepung dekat kedai makan Thai. Kalau kat kedai makan Thai kan, sotongnya kecik nak mampos, Tepung dia aje kemain banyak membuatkan sotong tu kelihatan besar.  senang cakap macam jemput² sotong.




Sotong Goreng Tepung ini sedap






Nur Iman Dania kena duduk sebelah ayah, sebab Ayah aje yang boleh bagi dia makan


Terima Kasih adik n cik tunang nye yang murah hati belanja kita orang yang kuat makan ni makan.. ! Jangan Serik² belanja kita orang lagi yeee

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images