Friday, August 17, 2012

:: Saya Kini 8 Bulan ::

hari ni, genap 8 bulan umur saya..
sekarang saya semakin bijak,
kalau dulu ibu saya sakit kepala bila memikirkan saya yang suka tidur berbuai,
disebabkan saya sayangkan ibu saya,
saya sudah tidak perlukan buai untuk tidur pada waktu malam,
saya lebih suka tidur atas katil ibu saya yang sungguh besar

saya juga suka sangat meniarap,
sekarang kaki saya sudah semakin kuat,
saya sudah pandai mengesotkan badan saya kehadapan
kadangkala saya buat pusingan 360 darjah..
pandai kan saya..

saya paling suka time makan
saya akan makan ape sahaja orang lain makan,
hehehehee
bila orang berbuka
mulut saya riuh minta makanan
saya tidak cerewet pasal makanan.
saya berusaha untuk menambahkan berat badan saya, 
supaya ibu saya tidak risaukan saya,
baik kan saya

saya paling pantang kalau orang pakai cantik², pakai tudung
saya tahu mereka hendak berjalan²,
saya akan menjerit kuat² bila mereka tidak perdulikan saya.

sekarang saya semakin bijak kan?



sebelah saya tu kakak saya, saya suka tarik rambut dia.. hahahahah ^__^




saya tahu saya comel. comel kan saye ?

Doakan saye menjadi anak yang soleh untuk ibu bapa saya.

Thursday, August 16, 2012

:: Resepi - Chocolate Crunchy ::

mood untuk berhari raya semakin membuak² kan.. bagi kaum wanita, tak sah kalau raya tak buat kuih. Masa macam ini lah, nak tunjuk skill. bagi Anak dara nak tunjuk skill kat bakal Suami. mana yang dah kawin, nak tunjuk skill membuat kuih dekat suami, anak² dan jugak mertua! haaaa.... baru la lengkap pakej sebagai perempuan kan?

oleh kerana i terlalu taksub menjahit pada tahun ini, rasa macam tak de masa nak uli-uli tepung ni. ingatkan nak serah tugas pada mak i. tapi sedaya upaya jugak i cuba nak hasil satu jenis kuih. InsyaAllah. kite tunggu aje la hari raya nanti yeee...

okey, hari ini i nak share 1 resipi yang cukup mudah dan simple lagi sedap mak datuk pada korang semua.  nama dia Chocolate crunchy! wahhh.. kemain sedap bunyi dia kan...

Bahan-Bahan
1 Mangkuk Bertih Beras - 
Coklat Masakan secukupnya
Mangkuk kertas yang comel²

Cara Membuatnya
Coklat Masakan tu cairkan dengan menggunakan mircowave. kalau tak de microwave boleh guna teknik double boiler. then bila dah cair, tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi bertih beras. Gaul sehingga coklat sebati dengan bertih beras. selepas itu, masukkan kedalam mangkuk kertas dan sejukan. Siap!



















 selamat mencuba!

Wednesday, August 15, 2012

:: Misi Baju Raya Berjaya ::

Alhamdulillah....
berkat kesabaran dan ketekunan serta keterujaan *hhaaahhhaaa ape banyak ter la kan*, akhirnya i dapat siapkan baju kurung dan baju melayu untuk dipakai anak-anak i dipagi raya.. ooohhyeeeee! seronok sangat sebab penat lelah i menghasilkan pakaian yang comel² untuk anak i. bertambah la comel anak i kan? heee

nak bagitahu korang, sebenarnya menjahit ni, nampak aje senang. sebenarnya payah beb! memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. kalau orang amatur macam i ni, menetas jahitan disebabkan kesilapan dan kealphaan diri sendiri tu sememangnya tak dapat dipisahkan. dekat sini kesabaran yang amat² tinggi diperlukan. sepanjang menjahit ni, banyak kali i kena tetas penjahit pada pakaian anak i. tapi nasib baik mak ada beri sokongan. Thanks Mak!!

so, ini lah hasilnya....

Kain Cotton dari Kamdar




Kain entah ape entah dari Nagoya! satu set dengan ibu dia..
^__^



Kain Satin sepesen dengan ayah dia

haiii tak sabar nak beraya kan? Selamat Menyambut Hari Raya kepada awak, awak dan awak semua! Maaf zahir dan batin, Jemput datang rumah.. ehhh tapi kena inform dulu pasal rumah kite tak de kuih.. heheee. kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati² memandu, kalau mengantuk berhenti sekejap tak pun singgah Petronas, sebab dia orang menyediakan kopi percuma. 


Tahun ni i dapat balik kampung, tapi bucuk kena keje.. Selamat bertugas Bucuk!

Monday, August 13, 2012

:: Iftar - Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Atas jemputan adik lelaki i untuk berbuka puasa bersama², maka mak, i, anak² dan juga off course Bucuk merangkap driver pada hari tersebut dengan hati yang amat girang, menuju ke Muar! Wow, kemain hati girang ye..  mesti la girang, pasal ada orang nak belanja makan. Jauh pun i sanggup pergi kalau ada orang nak belanja makan. 

hari itu, adik i bawak kami sekeluarga makan dekat Medan Ikan Bakar Sabak Awor. lorrr i ingatkan dapat makan asam pedas muar. i memang addicate betul la dengan asam pedas muar ni. Hari raya 2 tahun lepas, i pernah makan asam pedas muar dekat salah satu gerai dekat muar. perhhh memang terangkat abis. pulak tu, dia orang masak asam pedas Muar tak pakai Daun kesum. tapi maintance sedap. dapat makan ikan bakar pun hokey la.. Kalau orang belanja jangan banyak cekadak kan.. Alhamduillah, murah rezeki adik i. ^__^

hari itu, kita orang makan Ikan siakap masak ape tak tahu la, sayur khailan, sotong goreng tepung. Sotong goreng tepung dia memang terbaik la. tak sama dengan sotong goreng tepung dekat kedai makan Thai. Kalau kat kedai makan Thai kan, sotongnya kecik nak mampos, Tepung dia aje kemain banyak membuatkan sotong tu kelihatan besar.  senang cakap macam jemput² sotong.




Sotong Goreng Tepung ini sedap






Nur Iman Dania kena duduk sebelah ayah, sebab Ayah aje yang boleh bagi dia makan


Terima Kasih adik n cik tunang nye yang murah hati belanja kita orang yang kuat makan ni makan.. ! Jangan Serik² belanja kita orang lagi yeee

Sunday, August 12, 2012

:: Resipi - Potato Salad ::

tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya kan? kan? anak i la yang paling excited nak beraya. bila di suruh test baju kurung yang i jahit, terus tak nak tanggal. budak kecik memang sentiasa teruja bila dapat barang baru kan? kan? dulu masa korang kecik pun macam tu. 

Hari² terakhir bulan ramadhan ni, kebanyakkan peniaga² bazar Ramadhan banyak yang dah tutup perniagaan kan. Untung dah banyak! hahaaaa.. kenkadang, tempat makcik yang selalu kita borong makanan berbuka tu dah tutup. so, nak makan ape? nak masak dah tentunya tak sempat! hahaha... itu merujuk kepada i la kan. sepanjang ramadhan ni, i tak de la nak masak untuk berbuka bila berkerja. bila cuti aje i jenguk dapur mak i.. heheehee...

so, hari ini, i nak kongsi dengan korang semua satu resipi yang mudah, murah dan menjimatkan masa. jom kite memasak .. ^__^

Bahan-Bahan
4 Biji Kentang
200 Gram Udang kecil
3 tangkai Daun Bawang
1 paket Mayonies
1 Sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 Sudu besar Serbuk pati Ayam
1 Biji Limau Nipis / Lemon
Secubit Garam




Cara Memasak :

Kentang dipotong dadu dan direbus sehingga empuk. Kemudiann Toskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk
Gaulkan dengan Mayonies. Then masukkan Udang, Daun Bawang, Serbuk lada hitam, Serbuk pati Ayam, Garam dan Limau Nipis. Gaul hingga rata. dan sejukan di dalam fridge sebelum menikmatinya.. 






















tak dan nak ambik gambar dan hampir licin masuk perut.

Resipi ini i jumpa dekat sini http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/07/resipi-potato-salad.html Selamat Mencuba!

:: Berat Cuma Naik 200 gram ::

pening kepala bila mengenangkan anak bujang i nie. susah sangat nak naik berat badan. berat badan ibu dia aje tak boleh nak kawal kenaikkan nye.. hahaaa! rasa macam nak derma aje lemak² i ni pada dia. masa check-up yang ke 7 bulan. Berat badan Aufa cuma naik 200 gram. kurang 100gram daripada sebelum nya. semakin hampir pada garisan kuning.

Adakah hidung kami sama? hehee


Sebelum ni, i bagi dia minum susu lectogen. ingatkan salah susu, so i tukarkan susu Enfapro. mengikut sejarah anak² kawan i, semua anak dia orang montel² bila minum susu Enfa ni. tapi tak de effect pun kat aufa. Nurse tu kata aufa nie jaga badan.

makan kuat, minum susu pun kuat. cuma masalah dia adalah susah nak tidur siang. Nurse tu kata mungkin aufa nie hyperactive. tapi disebabkan dia kecik lagi, so dia tak dapat nak detect betul ke tidak. kalau nak dilihat pada pipi, ada sedikit kenaikkan gebunya. heheeeeee.. pastu mengah jugak la kalau nak dukung dia pasal badan dia "taf" macam ayah dia.. haaaa....

ke i yang salah tengok meter timbang tu.?? tapi dah dua kali i timbang si aufa nie. tapi still lagi jarum penimbang tu dekat 6.6Kg. so ape nak buat ni. tak kan nak biarkan macam tu aje.


i decide tak tukar balik susu dia. buat membazir aje beli mahal² tapi tak de effect. makin turun adalah. ramai orang cakap, as long dia sihat dan berselera makan, itu tandanya dia sihat. yesss! anak i memang sihat, so i nekad untuk tukar susu yang asal. boleh jimat sikit. kan kan?

Tapi bila tukar balik susu lactogen, Si aufa ada masalah sembelit pulak.. nak tak nak kena juga continue susu Enfa tu.. ape nak buat kan. ibu dengan ayah kena kerja kuat la lepas nie.. ^__^

Next Appointment pada bulan september 2012. so hopefully, berat dia tidak terkena pada line kuning tu.





ada petua tak nak kongsi dengan i, untuk tambah berat badan si bujang ni. ataupun petua nak bagi dia tidur siang yang lena... boleh la kongsi dengan i.. 

Saturday, August 11, 2012

:: Kain Cotton Kamdar ::

Minggu² terakhir Ramadhan memang masa yang sentiasa sibuk. Bertambah sibuk bila i terpaksa berkerja pada hari Ahad minggu terakhir ramadhan. Aduuuhhhh, kalau diikutkan hati, malas nak pergi kerja. tapi atas rasa tanggungjawab. i gigihkan juga jiwa dan raga i pergi kerja hari ini, walaupun kuih muih, baju kurung yang belum siap dan langsir yang baru separuh dijahir, melambai² kat i. *stress*

kalau nak cerita pasal persiapan, semuanya sederhana. tapi sederhana itu la yang buat i tak cukup kaki tangan. ditambah pula anak i Muhammad Aufa Tahqif tak boleh berenggang langsung dengan i even dia tengah tidur. kena pastikan i ada kat sebelah dia. ermmm... so, persiapan agak lambat berbanding tahun² lepas. i bercita² untuk menjahit pakaian raya anak i sendiri. hahaha.. macam tak percaya je i jadi terminat dengan menjahit. pastu siap beli mesin jahit baru lagi. punya la bersemangat i nak menjahit pakaian anak i. see!

untuk pengetahuan korang, i beli kain cotton yang sangat cantik dekat kamdar. tak sangka pulak dekat kamdar ada jual banyak kain cotton yang cantik dengan harga yang berpatutan. 

yang ini i rasa nak buat seluar tidur sedondon anak beranak.. heeeee

kain ini i nak buat baju kurung si kakak dan baju melayu untuk si adik

menjahit baju kurung bukanlah asing bagi i. macam tahun lepas, i jahit baju raya sendiri. tapi tahun ni, dah ada anak bujang. so, kena la belajar sikit² macam mana nak buat baju melayu. i banyak refer dekat youtube dan kat website² yang memberi tutorial untuk membuat seluar kanak². kebanyakan website tu datangnya dari luar negara. so, kena pandai² la nak convertkan seluar tu jadi seluar baju melayu. jarang sekali i dapat website dari malaysia yang nak buat tuturial buat baju melayu secara percuma! kebanyakkan nya berbayar! alahaiii... tak satu malaysia betul la kan?

Kain Baju kurung


Baju Kurung


Nur Iman Dania Punya.

Tahun ini nampaknya i terpaksa pas botton pada mak i dalam hal membuat kuih.. sebab i concentrate menjahit. kenkadang tu tengok mak i main² tepung, geram jugak! hehee



:: Tabung Satu Malaysia ::

i memang minat mengumpul duit syiling. asal nampak duit syiling bersepah² dekat rumah i, i akan kutip. hahaa! kat rumah i aje la .. kalau kat rumah orang lain, i tak buat macam tu. kalau i basuh baju then terjumpa kat poket seluar sesiapa duit syiling, memang kena kebas la. ^__^.

selalunya i akan simpan duit-duit syiling i ni, dalam laci almari solek i aje. tapi minggu lepas, i pergi petronas dekat kawasan perumahan i, isi petrol RM 50.00. apa yang mengembirakan i adalah i dapat Tabung berbentuk 1. wow! sukanya i... tabung ni dari BSN sebenarnya. tak berapa pasti pulak, memang Petronas ada bagi tabung ni, ataupun memang nasib i baik dapat pekerja petronas yang sangat baik hati menghadiahkan i tabung tu. 

lepas ni, i boleh la memenuhkan tabung 1 Malaysia i ni. Menabung ni menyeronokkan tau!








i edit gambar nie guna http://www.ribbet.com/ . fungsi , cara edit dan laman web adalah sama dengan picnik. cuma berbeza nama dia aje

Tuesday, August 7, 2012

:: Terima Kasih ::

Pejam celik Pejam celik dah lebih 2 minggu kita berpuasa kan? semakin hampir kita nak menyambut hari raya. dan semakin hampir juga kita bakal meninggalkan bulan Ramadan yang penuh Berkat ini. mungkin agak terlambat, tapi nak wish jugak kepada semua pembaca blog i, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga Bulan Ramadhan pada kali ini, membawa lebih 1001 kebaikkan kepada kita. Amin.

Pejam celik pejam celik jugak, follower blog i nak dah pun mencecah 31 orang. Waaaaahhhhhh seronoknya.  terima kasih awak awak dan awak, yang sudi menjadi follower i. terima kasih sebab membaca bebelan i. terima kasih jugak kepada mereka yang sudi meninggalkan komen² dan juga pertanyaan...


so, mengenang kebaikkan korang, i hadiahkan coklat ini untuk korang. Harap sudi² la menjamah mata yeeee... heheeeee


Aduuuhhhh sedapnyeee!!

kalau ada blog² makanan yang best² boleh la share ngan i ekkkk...