:: Tolong ingatkan Aku ::

July 04, 2012

assalamulaikum semua reader! 
i nak share 1 artikel yang tersangatlah menyentuh hati sanubari i. artikel ni i dapat dari facebook. so, i harap artikel ini juga menyentuh hati sanubari korang... baca dan hayati. semoga kita boleh saling mengingati antara satu sama lain..



Tolong ingatkan aku.. Andai aku terlupakan Tuhan..
Dalam kelapangan dan kesibukan.. Dalam kesenangan dan kesusahan..

Tolong ingatkan aku.. Jangan jadi anak derhaka..
Mak Ayah dilupakan jangan.. Usah diluka hati dan perasaan..

Tolong ingatkan aku.. Supaya ingat pesanan guru..
Bukan sekadar peringatan.. Tapi ta...rbiyah berpanjangan..

Tolong ingatkan aku.. Dengarlah dan bacalah al-quran..
Tika radio penuh hiburan.. Tika tv penuh hindustan..

Tolong ingatkan aku.. Di mana islamnya zahirku..
Jika aurat didedahkan.. Disingkat, Diketat dan Dijarangkan.

Tolong ingatkan aku.. Jadilah sahabat yang baik..
Sentiasa memberi peringatan.. Sentiasa menerima teguran..

Tolong ingatkan aku.. Kalau bercinta biar keranaNya..
Dalam memilih utamakan Iman.. Kelak ikatan dihindari syaitan..

Tolong ingatkan aku.. Hidup ini satu kembara..
Kutiplah mutiara dalam perjalanan..
Moga di sana menjadi bekalan..

Tolong ingatkan aku.. Diri ini milik Yang Kuasa..
KepadaNya jiwa diserahkan.. Segala-galanya Dialah tumpuan..

Tolong ye ingatkan aku...Sahabat dan kawan-kawan sekelian...
Sebagai Bekalan Di Alam Barzarkku,Sebagai Bekalan Di Alam RohKu, 
terima kasih,Alhamdullillah....

Credit to : http://www.facebook.com/pages/Selamat-Malam-Sayangku/110306875712787 










You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images